Kami Hilang Hero Di Cbn Ramai Pelajar Sedih Pak Guard Kesayangan Convent Bukit Nanas Meninggal Dunia


Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jua. Peribahasa yang tepat menggambarkan kisah Pak Din, seorang pengawal keselamatan yang secara tiba-tiba menjadi ‘trending’ di laman sosial Twitter selepas meninggal dunia semalam.
Hingga ke hari ini, beribu-ribu ciapan membanjiri laman sosial tersebut dengan rata-rata menzahirkan  ucapan takziah, rasa sedih selain mengimbas kenangan bersama Pak Din – nama sebenar Kamarudin Basri.
Pak Din, 67, yang telah bertugas hampir 20 tahun di Sekolah Kebangsaan dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas (CBN) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur semalam kerana komplikasi kesihatan akibat masalah jantung dan leukemia.
Anaknya Zulzailiza Kamarudin, 36, berkata beliau tidak menyangka kematian ayahnya menjadi satu topik dalam kalangan netizen, terutamanya bekas pelajar sekolah dan anggota keluarga mereka yang berkongsi  berbagai-bagai kisah mengenai sikap prihatin ayahnya sepanjang bertugas di sekolah itu.
“Saya memang tak sangka benda ni boleh jadi besar (viral),” katanya kepada Bernama.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan CBN Rosemand A. Lawrence pula berkata kehilangan Pak Din benar-benar dirasai oleh semua warga sekolah termasuk guru dan pelajar.
“Kami merasakan kehilangannya. Pelajar (perempuan) amat menyayangi beliau. Kepergiannya satu kehilangan besar kepada sekolah ini,” katanya.
Guru Bahasa Melayu di SMKCBN Nor Aini Mohd Hol, 57, pula menyifatkan Pak Din sebagai hero CBN kerana beliau bukan sahaja pengawal keselamatan yang cukup dipercayai oleh ibu bapa tetapi turut disayangi guru dan murid kerana kemuliaan hatinya.
“Warga CBN memang mengharapkan kehadiran Pak Din setiap hari mengawal lalu lintas sepanjang  Jalan Bukit Nanas, malah Pak Din juga membantu membaiki kerosakan, menggantung bendera, membaiki kereta yang sukar dihidupkan atau tayar pancit, dan sebagainya,” katanya.
Bekas pelajar, Shaza Mhd Husam Eddin Al Muzayen, 24, mengimbau kenangan sepanjang mengenali Pak Din selama lima tahun bersekolah di situ dari 2008 hingga 2012, dan menyifatkan Pak Din sebagai insan yang murah dengan senyuman.
Katanya, Pak Din cukup terkenal dengan tiupan wiselnya yang amat nyaring dan kadang-kala meniup wisel hanya kerana hendak bergurau dan membuat pelajar serta guru terkejut, dan kemudiannya ketawa.
“Pak Din sentiasa berada di sekitar. Dari awal pagi hingga lewat petang, beliau orang pertama yang anda lihat datang ke sekolah, dan orang terakhir yang mereka lihat ketika pulang.
“Beliau sering membantu pelajar dan guru. Jika kami perlu bantuan menaikkan sepanduk, Pak Din akan bantu. jika kami hendak memasang hiasan, dia akan bantu. Pendeknya, apa jua bantuan yang diperlukan,” kata Shaza.
Sementara itu, ibu kepada bekas pelajar yang juga penyunting di Bernama, Melati Mohd Ariff berkata Pak Din amat mengambil berat hal keselamatan pelajar-pelajar di sekolah itu dan beliau juga seorang yang amat ramah dan mudah mesra dengan ibu bapa pelajar.
“Selama lima tahun dari 2008, setiap petang ketika saya menunggu anak balik sekolah, Pak Din sering berbual dengan saya dan juga ibu bapa pelajar lain.
“Di sebelah CBN ialah Hutan Simpan Bukit Nanas maka dialah yang selalu tolong halau monyet-monyet yang banyak berkeliaran dan bergayut di tiang elektrik di situ,” katanya.
Rata-rata bekas pelajar dan pelajar CBN di Twitter pula menyifatkan Pak Din sebagai hero mereka dan ‘the legendary guard’ kerana beliau bukan sahaja melakukan tugas sebagai pengawal keselamatan tetapi juga kerja-kerja lain hanya kerana suka membantu warga sekolah.

Rata-rata pengguna twitter yang pernah bersekolah disitu mezahirkan rasa sedih dan menceritakan beberapa pengalaman bersama Pak Din.
“Selalu teman kalau ayah datang lambat, dia hero kami”
“Pak Din tidak pernah mengatakan ‘tidak’ bila kami minta bantuan. Kami kehilangan seorang wira CBN yang hebat!.”
“Setiap kali saya datang lewat ke sekolah, Pak Din akan cakap ‘haa takpe masuk masuk”
“Pak Din dah jadi my atuk for 11 years and never fail”
 
Sumber: Bernama, Twitter


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/09/kami-hilang-hero-di-cbn-ramai-pelajar-sedih-pak-guard-kesayangan-convent-bukit-nanas-meninggal-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Disayangi Pelajar Pemergian Pak Guard Convent Bukit Nanas Diratapi Warganya

Disayangi Pelajar Pemergian Pak Guard Convent Bukit Nanas Diratapi Warganya

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 728 hits
Sekolah merupakan medan untuk para pelajar memperolehi ilmu Sudah tentu semua individu yang berkhidmat di kawasan tersebut adalah penyalur kepada setiap ilmu berkaitan kehidupan dan juga akademik Tidak hanya tertumpu kepada guru sahaja suda...
Bekas Pelajar Dan Peserta Akademi Fantasia Meninggal Dunia

Bekas Pelajar Dan Peserta Akademi Fantasia Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 749 hits
Semalam kita dikejutkan dengan pemergian seorang penyanyi yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur Kalau korang layan program Akademi Fantasia dari dulu mesti korang kenal Shazroul Fazli iaitu bintang kelahiran Ak...
Pelakon Veteran Pak Limra Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Pak Limra Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 1271 hits
MALAYSIAKINI Pelakon veteran Ramli Mohamed atau Pak Limra meninggal dunia pada usia 81 tahun akibat sakit tua di Hospital Kajang Selangor semalam Penolong Setiausaha Persatuan Seniman Malaysia Rena Tan berkata Allahyarham menghembuskan nafa...
Terima Kasih Allah Hadirkan Pak Choong Dalam Hidup Saya Mufti Sebak Jiran Cina Meninggal Dunia

Terima Kasih Allah Hadirkan Pak Choong Dalam Hidup Saya Mufti Sebak Jiran Cina Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 783 hits
Persahabatan tidak mengira bangsa agama dan keturunan malah persahabatan juga akan menjalinkan satu hubungan yang harmoni tambahan pula negera kita merupakan negera berbilang bangsa Hari ini dalam satu kenyataan sayu di laman Instagram Muft...
Damailah Anak Syurga Ibu Babah Lebih 3 Hari Suhu Badan Turun Naik Bayi Meninggal Dunia Kuman Dah Merebak Dalam Darah

Damailah Anak Syurga Ibu Babah Lebih 3 Hari Suhu Badan Turun Naik Bayi Meninggal Dunia Kuman Dah Merebak Dalam Darah

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 586 hits
Tular ni laman media sosial malam tadi satu hantaran yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook Dalila Yusof Dalila berkongsi tragedi duka kehilangan anak sulungnya yang baru mencapai usia 4 bulan Siapa sangka permata hati yang dinanti ...
Bayi Parasit Asal Buleleng Bali Meninggal Dunia

Bayi Parasit Asal Buleleng Bali Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 272 hits
Penyebab meninggalnya bayi parasit yang lahir dari pasangan Made Mujana dan Kadek Gorsi warga Kecamatan Seririt Kabupaten Buleleng Bali dikarenakan kondisi menurun dan luka di ususnya
4 Hari Usai Melahirkan Sang Suami Paksa Berhubungan Intim Istri Tahan Sakit Hingga Meninggal Dunia

4 Hari Usai Melahirkan Sang Suami Paksa Berhubungan Intim Istri Tahan Sakit Hingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 428 hits
Pada kalangan masyarakat Melayu ada pantangan bagi perempuan 44 hari pascamelahirkan yang sudah dipraktikkan secara turun temurun Pasalnya periode ini dianggap sebagai masa pemulihan fungsi kewanitaan dari semua luka serta fisik dan mental ...
Viral Mahasiswi Unj Meninggal Dunia Karena Gas Air Mata Ternyata Ini Fakta Sebenarnya

Viral Mahasiswi Unj Meninggal Dunia Karena Gas Air Mata Ternyata Ini Fakta Sebenarnya

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 281 hits
Sedang viral berita berpulangnya mahasiswi UNJ yang disebut sebut karena terkena gas air mata Sebuah akun Sinox Dhiny menuliskan kabar duka di sebuah grup Facebook suara SOCIAL media Akun tersebut mengunggah sebuah lembaran pengumuman berpu...
Shazroul Af4 Meninggal Dunia

Shazroul Af4 Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 647 hits
Selepas hampir dua minggu bertarung nyawa di Hospital Kuala Lumpur penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim keempat Shazroul Fazlie menghembuskan nafas terakhir jam 6 20 petang tadi Shazroul 34 meninggal dunia akibat jangkitan kuma...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Early Morning Blaze Guts Sm Sains Alam Shah Admin Block

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month