Kami Hanya Nak Hiburkan Penonton Paraxnormal Tawar Kelainan Gabung Seram Lawak Spontan




Filem
‘Kami Hanya Nak Hiburkan Penonton’ – Paraxnormal Tawar Kelainan, Gabung Seram & Lawak Spontan oleh Mohd Indera 23 Aug 2025 2:38 am Paraxnormal sebuah filem yang terbitan Nanord Studio Production yang mengisahkan empat sahabat karib Yasin, Asri, Fateh dan Anas yang terjebak dalam situasi mencemaskan ketika cuba merompak sebuah vila lama yang dikatakan berhantu tetapi menyimpan harta bernilai jutaan ringgit.
Filem ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Azhan Rani, Joey Daud, Epy Kodiang, Amir Nafis, Ellie Suriaty Omar dan Kamarool Haji Yusoff.
Pelakon senior, Azhan Rani, menyifatkan Paraxnormal sebagai naskhah hiburan ringan yang tidak dibebankan dengan mesej kompleks, sebaliknya sekadar untuk menghiburkan penonton tempatan.
Menurut Azhan, idea utama penghasilan Paraxnormal adalah untuk mengembalikan semula suasana gelak tawa di pawagam selepas sekian lama genre komedi seram kurang ditonjolkan di layar perak.
“Filem ini kami anggap sebagai karya ‘popcorn’ sahaja. Kami cuma mahu menghiburkan penonton. Bila saya dengar ada yang ketawa semasa pratonton, saya rasa lega kerana itu tanda apa yang kami sasarkan sampai,” katanya ketika ditemui pada malam gala di GSC IOI Mall Damansara, semalam.
Tambahnya lagi, walaupun dilabel sebagai filem komedi seram, Paraxnormal tetap mempunyai kekuatan tersendiri dengan jalan cerita yang dekat dengan kehidupan masyarakat, selain diselitkan mesej ringan yang mudah difahami.
Penggambaran yang dijalankan sepenuhnya di Kelantan turut memberi nilai tambah kerana memperlihatkan latar suasana negeri itu, sekali gus menjadikan ia lebih segar berbanding filem bergenre sama.

Pelakon senior, Ellie Suriaty Omar yang turut membintangi Paraxnormal berkata, penggambaran filem ini meninggalkan pengalaman yang cukup menyeronokkan.
“Saya rasa teruja bila lihat barisan pelakon yang hebat-hebat. Sepanjang di set memang ‘pecah’, penuh dengan gelak ketawa yang spontan,”
“Kami benar-benar menikmati kerjasama ini, tanpa terlalu menekan soal teknikal. Filem ini memang kami anggap sebagai sebuah projek yang ‘stress free’ dengan ‘chemistry’ pelakon yang sangat serasi,” katanya.
Penerbit, Nurul Ain Nordin, berkata karya ini pada asalnya dirancang sebagai telefilem, namun beralih ke layar perak selepas melihat potensi besar jalan ceritanya.
“Ketika proses suntingan, saya teringat ada sebuah karya yang diangkat daripada telefilem menjadi filem. Saya fikir kenapa tidak kita cuba untuk telefilem ini? Sekaligus membuka ruang dan peluang untuk mendapat pendedahan yang lebih luas,” katanya.
Nurul Ain turut menyatakan harapan agar filem tersebut mencatat kutipan memberangsangkan sekali gus membuka jalan untuk penghasilan Paraxnormal 2 pada masa akan datang.
Menurut penulis skrip merangkap pelakon utama, Epy Kodiang, antara tujuan penerbitan filem ini adalah untuk membantu kru yang berdepan kesulitan kewangan selepas negara melalui tempoh pandemik COVID-19.
“Kru kami sekitar 20 orang, ada kru yang tak mampu bayar sewa rumah, ada yang kereta hampir ditarik. Jadi saya berbincang dengan Ain untuk jayakan projek ini demi bantu mereka. Dari segi bayaran, mungkin tidak besar, tetapi yang penting semua berpuas hati,” jelasnya.
Katanya, penggambaran di Kelantan bukan sahaja membantu menjimatkan kos, malah memudahkan pelakon dan kru berkumpul di satu tempat sepanjang produksi.
Paraxnormal dijangka menjadi taruhan baharu filem seram tempatan dengan gabungan elemen seram dan komedi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos 2025.





Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/22/kami-hanya-nak-hiburkan-penonton-paraxnormal-tawar-kelainan-gabung-seram-lawak-spontan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Hasil Ikat Perut Akhirnya Dapat Arwah Zara Simpan Duit 2 Bulan Nak Beli Kasut Kini Hanya Tinggal Kenangan

Hiburan Hasil Ikat Perut Akhirnya Dapat Arwah Zara Simpan Duit 2 Bulan Nak Beli Kasut Kini Hanya Tinggal Kenangan

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 896 hits
Dapat dilihat melalui platform media sosial warganet membanjiri luahan sedih serta rasa marah selepas tular lama milik Allahyarham Zara Qairina tular semula Melalui posting yang dimuat naik pada 5 Disember 2024 itu arwah dilihat meluahkan r...
Nak Jadi Popular Tapi Takut Hilang Undi

Nak Jadi Popular Tapi Takut Hilang Undi

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 719 hits
Ustax Al AsriSemua parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu bertindak segera ke atas tindak tanduk ahli ahli parti mereka yang merugikan Kerajaan Madani
Nak Tukar Bateri Atau Tidak

Nak Tukar Bateri Atau Tidak

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 1509 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi lagi sekali Diri ini dalam dilema nak tukar atau tidak Begini ceritanya kadang handphone ini suka buat hal tetiba sahaja atau kong Maksudnya contoh dari 50 peratus bateri menjadi 0 dengan cepatnya Memang nam...
Ramai Nak Masuk Pukat Bukan Apa Pun

Ramai Nak Masuk Pukat Bukan Apa Pun

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 366 hits
Jamzuri Ardani Benda dah lama selesai Waythamoorthy saja nak bikin kecoh desparado betul Kalau betul korang kuat rakyat bersama korang apa yg takut sangat nak tunggu PRU16
2tahun Lagi Nak Lepas Pun Payah Kena Ke Sg Buloh Pulak

2tahun Lagi Nak Lepas Pun Payah Kena Ke Sg Buloh Pulak

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 731 hits
Dua belas parti pembangkang hari ini bersetuju membentuk satu gabungan longgar bagi memperjuangkan isu isu yang didakwa mereka gagal diselesaikan kerajaan Madani termasuk janji reformasi Gabungan itu terdiri daripada Bersatu PAS Gerakan Pej...
Dap Nak Putus Dengan Akmal Maksud Putus Dengan Umno

Dap Nak Putus Dengan Akmal Maksud Putus Dengan Umno

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 419 hits
Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin mengingatkan rakan sejawatnya dalam DAP bahawa kerjasama politik bukan sesuatu yang boleh dipilih sesuka hati Dia berkata gesaan Pemuda DAP Pulau Pinang supaya memutuskan hubungan dengan sayap Pemuda Umn...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anniversary 01 Januari 2026

Azam Tahun Baru 2026

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum

Nasi Lemak Coconut Shake Mee Kari

Wanita Berperwatakan Kelakian Tampil Ayu Di Hari Nikah 7 Tahun 11 Bulan Berakhir Dengan Ikatan Halal