Kami Bantu Rakyat Berbeza Agama Bangsa Atas Dasar Kemanusiaan Kata Wakil Masjid Kg Lindungan


Faiz ZainudinSeorang wanita mengambil bantuan daripada Masjid Al-Islamiah di Kampung Lindungan.PETALING JAYA: Selepas tular dan mendapat pujian ramai susulan bantuan makanan kepada penduduk sekitar, termasuk orang bukan Islam, Masjid Al-Islamiah di Kampung Lindungan, Petaling Jaya berkata aktiviti itu terus diperluas bagi membantu masyarakat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jurucakap masjid, Muhammad Hafis Asib berkata bantuan makanan kepada mereka terjejas ketika PKP wajar dicontohi masjid termasuk rumah ibadat lain tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.
Sebaliknya ia perlu dilakukan atas dasar kemanusiaan.

“Kami berharap bukan sekadar kami yang memulakan inisiatif ini tapi harapan kami supaya ia diikuti masjid-masjid lain atau rumah-rumah ibadat lain bersama membantu masyarakat sekeliling tanpa mengira kaum, agama dan sebagainya.

“Tapi kita bantu masyarakat atas dasar kemanusiaan, kita bantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, itulah prinsip kita di masjid Masjid Al-Islamiah ini,” katanya kepada FMT.

Kini, masjid itu meneruskan misi bantuan di mana kali ini membabitkan penduduk sekitar yang terdiri daripada warga asing.

Sumbangan barangan seperti beras, minyak masak, bihun, tepung dan telur diberikan kepada lebih 100 isi rumah.

“Hari ini kita beri bantuan kepada warga asing, dasar kita berperikemanusian, apabila memikirkan nasib mereka yang terkesan dengan PKP ini kita bantu, sebab kebanyakan mereka kerja kontrak dan mendapat gaji harian, jadi ketika ini tidak boleh kerja kita bantu setakat mampu untuk meringankan beban mereka.
Penduduk tempatan yang terkesan akibat PKP beratur untuk mendapatkan bantuan bekalan makanan.“Walaupun bantuan diberi kepada warga asing, tidak bermakna masyarakat tempatan kita tak bantu, kita bantu dan teruskan seperti biasa, cuma bagi warga asing kita hadkan kepada mereka yang berada di kawasan sekitar sahaja,” katanya merujuk bantuan diberi kepada warga Indonesia dan Bangladesh.
Hafis berkata, bantuan yang diberikan kepada penduduk sekitar itu dibuat mengikut hasil sumbangan yang diberikan, orang awam dan NGO.

“Bentuk dan jumlah bantuan kita berikan berdasarkan berapa banyak mana sumbangan yang kami terima, kalau sumbangan kami dapat banyak, kita perluas lagi, kalau dapat terhad dana kita bantu setakat yang ada,” katanya.

Hafis yang juga pegawai hubungan masjid berkata selepas bantuan kepada bukan Islam viral sebelum ini, mereka yang tampil memberi sumbangan menunjukkan peningkatan termasuk penyumbang dari bukan Islam.

“Sumbangan dari warga Malaysia ada peningkatan, kami juga terima sumbangan dari bukan Islam yang mempercayai kreadibiliti masjid dalam menyampaikan sumbangan dan kami harap dengan sumbangan itu kami dapat bantu lagi mereka yang memerlukan untuk meringankan beban mereka,” katanya sambil memaklumkan tiada pilih kasih dilakukan dalam memberikan bantuan.

Bantuan Ramadan

Sementara itu Nazir Masjid, Hakimi Hafiz Husain berkata, pihaknya dalam perancangan membantu masyarakat ketika bulan Ramadan jika ia mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor.

“Memandangkan aktiviti berbuka puasa mungkin tidak ada tahun ini, antara bentuk bantuan yang dirancang termasuk memberikan makanan secara bungkus kepada masyarakat, maknanya apabila penyumbang datang kita akan masuk dan agihkan kepada penduduk setempat, mungkin kita buat sepertimana agihan bubur lambuk.

“Tahun sebelum ini kita sediakan untuk 300 orang, jadi tahun ini kalau dibenarkan kita akan sediakan jumlah yang sama, kita mengajak mereka yang bermurah hati untuk menyumbang,” katanya.
Petugas masjid mengagihkan barangan keperluan kepada penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19.Sementara itu, salah seorang penerima bantuan makanan warga Indonesia, Nor Hasani Hamat ketika ditemui mengucapkan terima kasih atas sumbangan diberikan dan menganggap mereka dilayan seperti keluarga sendiri.

“Pihak masjid sangat bermurah hati, mereka layan kami macam keluarga sendiri, walaupun kami berasal dari Indonesia, tapi mereka baik hati, malah kami merasakan tidak berada di bumi asing, macam tinggal di negara sendiri.

“Bila kami susah, tiada kerja, ketika ini, ada saja orang yang bantu, terima kasih,” katanya yang bekerja sebagai tukang cuci.

Seorang lagi warga Indonesia yang dikenali sebagai Rosriah turut berkongsi kesusahan ketika PKP, kerana pergerakkan terbatas dan kekurangan pendapatan.

“Dengan bantuan ini kami dapat makan, terima kasih kepada pihak masjid, gaji kerja hanya dapat separuh bila PKP, nak bayar sewa rumah lagi, makan kadang-kadang tidak cukup, terpaksa pinjam kawan,” katanya.

Masjid Al-Islamiah di Kampung Lindungan, merupakan penempatan golongan berpendapatan rendah di Petaling Jaya, yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah Sunway Pyramid, menyumbangkan barangan seperti beras, telur, biskut, minyak masak dan ayam untuk penduduk sekitar selama beberapa hari dalam seminggu ketika PKP termasuk kepada bukan Islam.

Hafis juga merayu lebih banyak dana diberikan untuk membeli barangan keperluan dengan berkata, masjid itu mempunyai dana yang terhad.

Mereka yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam masjid: 1204 7010 0164 05.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/kami-bantu-rakyat-berbeza-agama-bangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemanusiaan Masjid Al Islamiah Kg Lindungan Salurkan Bantuan Kepada Semua Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

Kemanusiaan Masjid Al Islamiah Kg Lindungan Salurkan Bantuan Kepada Semua Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 505 hits
Kami bantu rakyat berbeza agama bangsa atas dasar kemanusiaan kata wakil masjid Kg Lindungan Seorang wanita mengambil bantuan daripada Masjid Al Islamiah di Kampung Lindungan PETALING JAYA Selepas tular dan mendapat pujian ramai susulan ban...
Khidmat Bimbingan Kerohanian Mycarecov19 Urus Emosi Rakyat Malaysia Untuk Semua Agama Bangsa Di Tv Al Hijrah

Khidmat Bimbingan Kerohanian Mycarecov19 Urus Emosi Rakyat Malaysia Untuk Semua Agama Bangsa Di Tv Al Hijrah

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 434 hits
Dalam mendepani isu pandemik Covid 19 yang sudah memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan pastinya keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan secara psikologi terhadap sebilangan besar masyarakat Sebagai inisiatif bagi memberi bantu...
Bezakan Isu Dasar Agama Berhubung Isu Kilang Arak

Bezakan Isu Dasar Agama Berhubung Isu Kilang Arak

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 243 hits
Oleh Lucas Liu Saya bukan penganut Islam dan sekali sekala turut mengambil minuman beralkohol atau dirujuk dalam bahasa Inggeris sebagai social drinker tetapi saya melihat isu larangan untuk 2 kilang arak beroperasi sepanjang tempoh PKP tia...
Campur Tangan Politik Bantutkan Usaha Bantu Rakyat Memerlukan

Campur Tangan Politik Bantutkan Usaha Bantu Rakyat Memerlukan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 283 hits
Pada 14 April 2020Kehidupan rakyat amat terkesan dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan ketika ini Rakyat terutama kelompok berpendapatan rendah atau B40 sangat memerlukan bantuan dan bantuan itu perlu tiba segera kepada mereka M...
Kanada German Beri Rm24 Ribu Rakyat Malaysia Hanya Dapat Rm500 Kata Aktivis Lgbt

Kanada German Beri Rm24 Ribu Rakyat Malaysia Hanya Dapat Rm500 Kata Aktivis Lgbt

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Aktivis Lesbian Gay Biseksual dan Transeksual Numan Afifi membidas langkah kerajaan yang hanya memberikan sumbangan RM500 kepada rakyat bujang di negara ini Numan melalui ciapan di laman Twitter berkata rakyat di negara ini sep...
Mkn Sedia Talian Khas Bantu Rakyat Tertekan Ketika Pkp

Mkn Sedia Talian Khas Bantu Rakyat Tertekan Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 359 hits
SHAH ALAM 13 APRIL Majlis Keselamatan Negara menyediakan dua talian khas bagi membantu orang ramai yang menghadapi tekanan perasaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dua bantuan itu adalah talian sokongan emosi dan psikososial manak...
Netizen Kecam Wakil Rakyat Langgar Pkp

Netizen Kecam Wakil Rakyat Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 600 hits
Ketika rakyat disuruh duduk di rumah dan patuh pada perintah kawalan pergerakan namun segelintir wakil rakyat termasuk menteri besar dan timbalan menteri dilihat melanggar peraturan berkenaan Beberapa gambar membabitkan pemimpin parti polit...
Bantuan Rm21 Juta Bantu Tahfiz Sekolah Agama Pondok

Bantuan Rm21 Juta Bantu Tahfiz Sekolah Agama Pondok

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 497 hits
BANGI 8 Syaaban 1441H Khamis Bantuan secara one off berjumlah RM21 juta bakal disalurkan kepada semua pusat tahfiz swasta pondok sekolah agama rakyat dan swasta yang berdaftar di seluruh negara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zu...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik