Bezakan Isu Dasar Agama Berhubung Isu Kilang Arak




Oleh Lucas Liu
Saya bukan penganut Islam dan sekali-sekala turut mengambil minuman beralkohol atau dirujuk dalam bahasa Inggeris sebagai “social drinker”, tetapi saya melihat isu larangan untuk 2 kilang arak beroperasi sepanjang tempoh PKP tiada kena-mengena dengan bangsa atau agama.
Saya fikir sebahagian pandangan terhadap keputusan kerajaan menarik balik kelulusan untuk syarikat minuman keras beroperasi, khususnya dari rakan-rakan yang bukan beragama Islam adalah satu salah faham. Isu pokok adalah dasar, bukan bangsa atau agama.
Pada saya, keputusan kerajaan itu adalah berteraskan soal pematuhan kepada PKP yang jelas memperuntukkan hanya pengeluaran barang keperluan penting tidak terbabit dalam larangan berkenaan.
Adakah minuman keras itu barang keperluan? Jika dibenarkan kilang membuat minuman itu terus sepanjang tempoh PKP, bagaimana pula dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti pengeluar karipap sejuk beku atau ais krim Malaysia di Tanjung Sepat, Selangor atau di Serkam, Melaka?
Dalam aspek pematuhan PKP, semua pihak harus memberi kerjasama dan kerajaan perlu membuat keputusan yang konsisten, menguat kuasakan peraturan dengan adil dan saksama.
Kita akui arahan dalam PKP sememangnya menjejaskan ramai orang dan banyak pihak, tetapi dalam masa-masa sukar seperti sekarang, semua pihak wajar memberikan kerjasama, bertolak ansur dan bersatu-padu dalam memerangi musuh yang tidak kelihatan.
Bukan sahaja kilang minuman keras, operasi kilang sarung tangan getah iaitu produk yang sangat diperlukan dan mendapat permintaan tinggi pada musim penularan wabak Covid-19, turut mendakwa terjejas kerana diarah mengecilkan operasi sepanjang PKP bagi mengekang penularan virus berkenaan.
Berdasarkan laporan berita sebelum ini, kilang pengeluaran pelbagai barangan lain berasaskan getah juga diarah menghentikan sementara operasi sepanjang PKP, termasuk juga pengeluaran kondom walaupun syarikat pengeluar menganggap ia juga antara barang keperluan yang penting.
Dalam krisis ketika ini, ayuh semua kita patuhi peraturan, ketepikan dahulu kepentingan sendiri, bersatu-padu memburu kemenangan dan peperangan ini.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/08/bezakan-isu-dasar-agama-berhubung-isu-kilang-arak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bezakan-isu-dasar-agama-berhubung-isu-kilang-arak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Pengecualian Kilang Arak Tidak Selari Dengan Dasar Pn

Pkp Pengecualian Kilang Arak Tidak Selari Dengan Dasar Pn

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 570 hits
KUALA LUMPUR Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa membidas keputusan kerajaan Perikatan Nasional yang memberi pengecualian kepada syarikat arak Heineken Malaysia Bhd untuk beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan yang dakwanya...
Kebenaran Kilang Arak Beroperasi Semasa Pkp Dibatalkan Menteri Wilayah

Kebenaran Kilang Arak Beroperasi Semasa Pkp Dibatalkan Menteri Wilayah

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 850 hits
KUALA LUMPUR Kebenaran beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diberikan kepada sebuah kilang minuman keras sudah pun dibatalkan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa memaklumkan perkara itu menerusi laman Twitter...
Kilang Arak Dibenar Beroperasi Ketika Pkp Di Mana Suara Pas

Kilang Arak Dibenar Beroperasi Ketika Pkp Di Mana Suara Pas

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 641 hits
Sehingga ini belum kedengaran lagi suara bantahan daripada Pas berhubung kebenaran yang diberikan kerajaan tebuk atap terhadap sebuah kilang arak untuk terus beroperasi ketika PKP dikuatkuasakan Jika kita masih ingat sebelum ini jika ada ke...
Putrajaya Akan Batal Pengecualian Pkp Bagi Kilang Arak Kerana Menteri Tak Dimaklumkan

Putrajaya Akan Batal Pengecualian Pkp Bagi Kilang Arak Kerana Menteri Tak Dimaklumkan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 414 hits
April 6 2020 11 28 AMHeineken berkata 10 daripada jumlah tenaga kerjanya ialah kakitangan penting dan akan terbabit dalam operasi ketika PKP PETALING JAYA Putrajaya akan membatalkan kelulusan kontroversi yang diberikan kepada kilang arak He...
Pemuda Ppbm Persoal Kilang Arak Heineken Dibenar Beroperasi Semasa Pkp

Pemuda Ppbm Persoal Kilang Arak Heineken Dibenar Beroperasi Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 859 hits
April 6 2020 12 18 AMTangkap layar surat daripada KPDNHEP membenarkan kilang Heineken beroperasi semasa tempoh PKP yang tular di media sosial hari ini PETALING JAYA Pemimpin Pemuda PPBM hari ini mempersoalkan kenapa kilang arak Heineken dib...
Kerajaan Batal Kelulusan Operasi Kilang Arak

Kerajaan Batal Kelulusan Operasi Kilang Arak

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 526 hits
MALAYSIA GAZETTE Surat kebenaran dan pengesahan KSU KPDNHEP yang membenarkan operasi Heneiken sewaktu PKP sebagai essential makanan yang ditandatanganinya dilampirkan pemilik akaun twitter yang belum dapat dipastikan kesahihannya KUALA LUMP...
Pas Sudah Boleh Terima Kilang Arak

Pas Sudah Boleh Terima Kilang Arak

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 514 hits
PAS SUDAH BOLEH TERIMA KILANG ARAK Rakyat Malaysia terutamanya orang Islam dalam keadaan yang amat terkejut apabila terdedah dua surat yang mana Kementrian Hal Ehwal Pengguna membenarkan Kilang Heineken dan Kilang Calrsberg beroperasi seper...
Dendam Projek Rm200 Juta Mantan Ksu Kpdnhep Luluskan Operasi Kilang Arak Untuk Sabotaj Menteri

Dendam Projek Rm200 Juta Mantan Ksu Kpdnhep Luluskan Operasi Kilang Arak Untuk Sabotaj Menteri

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 487 hits
Ketika rakyat dan Kerajaan Malaysia berhempas pulas menangani wabak Covid 19 tiba tiba kita dikejutkan dengan 2 keping surat kelulusan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna yang dikata membenarkan kilang arak Hein...
Pandangan Saya Tentang Arak Konsisten Kata Menteri Agama

Pandangan Saya Tentang Arak Konsisten Kata Menteri Agama

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 316 hits
Menteri Hal Ehwal Islam Zulkifli Mohamad Al Bakri menjelaskan mengapa pada awalnya dilihat berdiam diri berhubung kelulusan yang diberikan kepada syarikat bir untuk beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan Zulkifli dalam hantaran...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan