Netizen Kecam Wakil Rakyat Langgar Pkp



Ketika rakyat disuruh duduk di rumah dan patuh pada perintah kawalan pergerakan (PKP), namun segelintir wakil rakyat termasuk menteri besar dan timbalan menteri dilihat "melanggar" peraturan berkenaan.

Beberapa gambar membabitkan pemimpin parti politik berkumpul secara beramai-ramai tular di media sosial sehingga menimbulkan kecaman netizen.

Sejak semalam, tular gambar Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi bekas menteri besar Ahmad Said di kediamannnya di Teluk Kalong, Kemaman.

Samsuri berkunjung ke rumah Ahmad yang juga pengerusi Umno Terengganu bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung agihan peruntukan yang tidak sama rata diterima Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN.

Gambar yang dikatakan dirakam pada pertemuan itu memaparkan Samsuri menikmati hidangan makanan bersama Ahmad, selain bergambar dengan orang ramai yang berada di kediaman berkenaan.

Gambar itu, mengundang kecaman netizen yang mendakwa ia melanggar peraturan PKP termasuk penjarakan sosial.



Turut tular di media sosial, tindakan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Rahman Mohamad yang berkujung ke rumah rakan politiknya bersama rombongan dan menikmati jamuan makan tengah hari.

Gambar berkenaan dimuat naik pemilik akaun Facebook Nasarruddin Zin, dipercayai individu yang menjemput timbalan menteri ke kediamannya.

Nasarrudin yang juga Ketua Umno Klang dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan yang beliau dan rombongannya kemudiannya mengiringi Rahman untuk menyampaikan bantuan kepada masyarakat orang Asli.



Setiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula melahirkan kebimbangan dengan tindakan Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali serta Exco kerjaan negeri Perak, Razman Zakaria bersama kumpulanya yang menikmati makanan secara beramai-ramai.

Tindakan itu dilihat seolah-olah mereka mengabaikan peraturan PKP dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Saifuddin berkata, ketika PKP dilanjutkan dan pasukan barisan hadapan menggadai nyawa menangani Covid-19 bebas begerak untuk lawatan tidak kritikal.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan (MKN) menasihati rakyat supaya duduk di rumah, bazar Ramadan dibatalkan.

"Timbalan Menteri Kesihatan ke sana ke sini membawa rombongan untuk lawatan bukan kritikal, makan berjemaah, berkongsi lauk (meningkatkan risiko jangkitan) dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

"Sungguh tidak bertanggungjawab dan menunjukkan contoh yang teruk kepada rakyat. Harap tiada kluster baru yang berpunca daripada lawatan sebegini," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.



Saifuddin turut memuat naik gambar Azmi dan Razman bersama kumpulannya sedang makan berkumpulan.

Berdasarkan tangkap layar yang dimuat naik Saifuddin, Azmin dan Razman berbuat demikian ketika hadir ke sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong, Perak.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan penjelasan Azmi dan Razman berhubung gambar berkenaan.

Malaysia mengambil langkah drastik melaksanakan PKP dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

PKP pada asalnya dikuat kuasa bermula 18 Mac lalu dan dijadualkan berakhir pada 31 Mac lalu.

Bagaimanapun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP dilanjutkan sehingga 24 April ini bagi memastikan negara benar-benar bebas Covid-19.

Melalui pelaksanaan PKP, beberapa peraturan dikuat kuasa antaranya tidak boleh bergerak keluar rumah melebihi 10 kilometer, perlu mengamalkan penjarakkan sosial dan tidak boleh berkumpul.


MR :  Sepatutnya perkara ini dielakkan.. ramai rakyat terpisah suami isteri, anak-anak kerana PKP


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/netizen-kecam-wakil-rakyat-langgar-pkp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langgar Pkp Rakyat Kena Denda Menteri Bila Lagi

Langgar Pkp Rakyat Kena Denda Menteri Bila Lagi

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1085 hits
Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan selama sebulan dan dilanjutkan lagi untuk setengah bulan Sepanjang tempoh itu hampir 8 700 rakyat biasa telah ditahan Bukan hanya ditahan dan dikenakan hukuman ringan seperti kesal...
Anak Bekas Menteri Langgar Pkp Cabar Netizen Lapor Polis

Anak Bekas Menteri Langgar Pkp Cabar Netizen Lapor Polis

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 798 hits
KUALA LUMPUR Selepas dua timbalan menteri dikatakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan hari ini tular pula gambar seorang anak bekas menteri yang melakukan perkara yang sama Beberapa keping gambar yang dimuatnaik ke Instagram individu be...
Aliff Syukri Langgar Pkp Netizen Mahu Pdrm Ambil Tindakan

Aliff Syukri Langgar Pkp Netizen Mahu Pdrm Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 316 hits
Nampaknya ramai netizen rasa tidak berpuas hati apabila usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri memuatnaik beberapa posting di Instagramnya aliffsyukriterlajaklaris bersama dengan anak anaknya yang sedang makan di kediaman ibunya Rozita I...
Sering Kesana Kesini Netizen Bengang Aliff Syukri Ingkar Pkp

Sering Kesana Kesini Netizen Bengang Aliff Syukri Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 340 hits
Masuk hari ke 23 Perintah Kawalan Pergerakan masih ramai lagi yang berdegil untuk keluar sesuka hati meskipun sudah dimaklumkan seorang sahaja dibenarkan The post appeared first on
Time Kritikal Camni Pun Ajak Rakyat Main Tiktok Netizen Kritik Menteri Pendidikan Tinggi Anjur Pertandingan Tiktok

Time Kritikal Camni Pun Ajak Rakyat Main Tiktok Netizen Kritik Menteri Pendidikan Tinggi Anjur Pertandingan Tiktok

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 465 hits
8 April 2020 Menteri Pengajian Tinggi Dato Dr Noraini Ahmad mengumumkan pertandingan TikTok melalui Twitternya bagi rakyat Malaysia yang menawarkan hadiah menarik Time kritikal camni pun ajak rakyat main TikTok Netizen kritik Menteri Pendid...
Terus Ke Mahkamah Ismail Beri Amaran Pada Orang Langgar Pkp

Terus Ke Mahkamah Ismail Beri Amaran Pada Orang Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 268 hits
Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob meningatkan orang ramai agar tidak melanggar perintah kawalan pergerakan atau berdepan risiko ditangkap serta merta Polis akan menggunakan budi bicara sama ada untuk mengenakan denda RM1 000 terhadap a...
Ctos Bantu Rakyat Malaysia Ketika Pkp Covid 19 Dengan Laporan Skor Myctos Percuma

Ctos Bantu Rakyat Malaysia Ketika Pkp Covid 19 Dengan Laporan Skor Myctos Percuma

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 438 hits
CTOS BANTU RAKYAT MALAYSIA KETIKA PKP COVID 19 DENGAN LAPORAN SKOR MyCTOS PERCUMA Ramai yang menghadapi masalah kewangan dan terjejas ekonomi mereka disebabkan penularan wabak Banyak syarikat syarikat mula membuang pekerja kerana ekonomi du...
Netizen Kecam Pesakit Covid 19 Ke 136 Punca 1 Malaysia Sengsara

Netizen Kecam Pesakit Covid 19 Ke 136 Punca 1 Malaysia Sengsara

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 403 hits
Satu Malaysia sengsara netizen kecam pesakit Covid 19 ke 136 kuat merayap ARIF ATAN Rata rata rakyat Malaysia mengecam pesakit Covid 19 kes ke 136 yang dianggap tidak mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalani kuarantin ...
Mkn Sedia Talian Khas Bantu Rakyat Tertekan Ketika Pkp

Mkn Sedia Talian Khas Bantu Rakyat Tertekan Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 360 hits
SHAH ALAM 13 APRIL Majlis Keselamatan Negara menyediakan dua talian khas bagi membantu orang ramai yang menghadapi tekanan perasaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dua bantuan itu adalah talian sokongan emosi dan psikososial manak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025