Kali Pertama Sejarah Lebuh Raya Penurunan Tol Kini Ditunaikan


Kali Pertama Sejarah Lebuh Raya Penurunan Tol, Kini Ditunaikan! Penstrukturan kadar tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mulai 1 Feb ini merupakan kali pertama berlaku pengurangan tol dalam sejarah lebuh raya itu tanpa beban pampasan oleh kerajaan, sekali gus mewujudkan penjimatan RM26 bilion yang boleh memberi pelbagai faedah kepada rakyat dan pembangunan ekonomi.
BACA: Top 10 Tempat Shopping Popular & Murah di Langkawi, Rugi Tak Singgah!
Ia merupakan “triple win” apabila pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun tol sebanyak 18 peratus dengan tiadanya peningkatan kadar tol selama-lamanya, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Tony Pua.
Tegasnya apa yang gagal dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) selama ini bakal ditunaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Sambil mengingatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai dasar lebuh raya PLUS di bawah kerajaan BN yang sering menyaksikan peningkatan kadar tol, Pua berkata pada zaman BN kerajaan terpaksa membayar pampasan lebih RM3 bilion kepada konsesi untuk membekukan kadar tol.

“Nampaknya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah pening dan hilang akal memikirkan bagaimana nak pertahankan dasar lebuh raya bertol kerajaan BN yang menganiayai rakyat,” katanya.
Menurut Pua, di bawah kerajaan PH juga kadar tol tidak akan meningkat mengikut perjanjian sehingga tamat konsesi, yang antaranya menyaksikan kadar tol bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar kekal RM45.50 pada tahun 2038, hampir separuh daripada harga yang terpaksa dibayar pengguna jika mengikut formula Najib iaitu RM82 pada tahun yang sama.
Pada zaman BN kadar tol akan meningkat sekurang-kurangnya lima peratus setiap tiga tahun mengikut perjanjian konsesi, katanya sambil memberi contoh pada 1999 tempoh konsesi PLUS dilanjutkan selama 12 tahun dari 2018 hingga 2030, dengan kenaikan kadar tol 26 peratus setiap tiga hingga lima tahun sehingga 2016.
Pada 2005 pula, tempoh konsesi lebuh raya PLUS dilanjutkan sekali lagi selama lapan tahun dari 2030 sehingga 2038, dengan kadar tol akan meningkat 10 peratus setiap tiga tahun manakala pada 2011, kadar tol lebuh raya PLUS distruktur semula supaya kadar tol meningkat lima peratus setiap tiga tahun.

Selain itu kesemua konsesi lebuh raya lain bawah kumpulan PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), Lebuhraya Laluan Kedua Johor-Singapura (LINKEDUA) dan Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH) – dilanjutkan sehingga tahun 2038 dan juga dikenakan jadual kenaikan masing-masing.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 16 Jan mengumumkan kadar tol PLUS akan diturunkan 18 peratus mulai 1 Feb tahun ini melibatkan semua lebuh raya kendalian PLUS dengan hasrat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Pua berkata langkah kerajaan PH itu akan membolehkan rakyat seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak menerima manfaat bernilai lebih RM26 bilion hasil penjimatan bayaran pampasan, dan pada masa sama, hak serta kepentingan pemegang saham syarikat PLUS – Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – tidak terjejas.
”Bawah kerajaan BN, walaupun konsesi dilanjutkan beberapa kali, tidak pernah sekali pun kadar tol menurun, malah kadar tol masih akan meningkat setiap tiga tahun mengikut perjanjian konsesi,” katanya.
“Ini bermaksud nilai aset PLUS tidak akan merosot dalam penstrukturan ini, dan bayaran dividen daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kepada pihak pekerja Malaysia tidak akan terjejas,” katanya.
Menyelar tindakan Najib yang kini rajin memutar-belitkan isu lebuh raya bertol, Pua berkata pemansuhan kutipan tol di tiga plaza tol PLUS mulai 2018 yang sering diungkit bekas perdana menteri itu sebagai “pencapaiannya”, sebenarnya telah mengikat kerajaan dengan bayaran pampasan sebanyak RM856 juta yang masih terhutang kepada PLUS.

”Nasib baik dengan pelan yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, ‘hutang’ ini daripada kerajaan kepada PLUS akan dilupuskan dan tidak perlu lagi dibayar.
”Ini secara langsung membolehkan kerajaan Persekutuan untuk memperuntukkan semula jumlah ini kepada lain-lain perbelanjaan yang lebih memanfaatkan rakyat seluruh Malaysia,” katanya.
Sumber: Siakap Keli
The post Kali Pertama Sejarah Lebuh Raya Penurunan Tol, Kini Ditunaikan! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kali-pertama-sejarah-lebuh-raya-penurunan-tol-kini-ditunaikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadar Tol Di Semua Lebuh Raya Plus Diturunkan

Kadar Tol Di Semua Lebuh Raya Plus Diturunkan

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju melaksanakan pengurangan 18 ke atas kadar tol bagi penggunaan kenderaan persendirian di semua lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan berkuat kuasa 1 Februari ini Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataa...
Hari Ini 29 Januari 1886 Dalam Sejarah Inilah Kereta Berbahan Bakar Benzin Pertama Di Dunia Ciptaan Karl Benz

Hari Ini 29 Januari 1886 Dalam Sejarah Inilah Kereta Berbahan Bakar Benzin Pertama Di Dunia Ciptaan Karl Benz

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 579 hits
Kenderaan pada zaman dahulu diawali oleh kereta kuda yang dilengkapi dengan mesin jenis early internal combustion engines Sebelum akhir 1800 an langkah langkah signifikan menuju kenderaan moden tercipta Tepat pada 29 Januari 1886 kereta ber...
Apple Melaporkan Perolehan 91 8 Bilion Pada Suku Fiskal Pertama 2020 Tertinggi Dalam Sejarah

Apple Melaporkan Perolehan 91 8 Bilion Pada Suku Fiskal Pertama 2020 Tertinggi Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 271 hits
https ift tt 36wITw0 Apple ialah syarikat teknologi pertama yang mencapai nilai pasaran 1 trilion tahun lalu Hari ini mereka mengumumkan laporan kewangan untuk suku fiskal pertama 2020 dan syarikat dari Cupertino ini mencatatkan perolehan 9...
Pertama Kali Bertemu Kaabah Lambaian Sekumpulan Mualaf Ini Sentuh Emosi

Pertama Kali Bertemu Kaabah Lambaian Sekumpulan Mualaf Ini Sentuh Emosi

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 370 hits
Pasti umat islam sangat terharu apabila dapat berita berita mengenai penghijarah oleh saudara baru ke agama islam Bertambah menyentuh perasaan apabila sifat dan sikap bersungguh sungguh muallaf ini mempelajari serta mendalami ilmu agama ama...
Kenapa Agama Islam Pertama Kali Turun Di Jazirah Arab Ini Penjelasannya

Kenapa Agama Islam Pertama Kali Turun Di Jazirah Arab Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 226 hits
Pertama tama perlu digaris tebal hikmah yang dijabarkan disini hanya prediksi ilmiah belaka dalam rangka menghilangkan dahaga keingintahuan Sifatnya tidak mengikat dan relatif Karena Allah jalla wa ala Maha Mampu untuk mewahyukan Islam di m...
Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh

Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 682 hits
Kes pertama koronavirus di Malaysia tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif koronavirus Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr ...
Ada Apa Dengan Diskaun 18 Peratus Lebuh Raya Plus

Ada Apa Dengan Diskaun 18 Peratus Lebuh Raya Plus

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 382 hits
MALAYSIAKINI PANDUANKINI Panduankini ini cuba menjawab beberapa soalan yang sering ditujukan kepada mengenai keputusan kerajaan persekutuan untuk mengurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi semua lebuh raya kendalian Plus Malaysia Berha...
Kini Jadi Artis Kaya Raya Begini Potret Rumah Kontrakan Raffi Ahmad Sebelum Terkenal

Kini Jadi Artis Kaya Raya Begini Potret Rumah Kontrakan Raffi Ahmad Sebelum Terkenal

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 488 hits
Jauh sebelum seperti sekarang Raffi Ahmad ternyata pernah tinggal di rumah kontrakan Hal itu saat Raffi masih merintis karier di dunia hiburan Berikut potret rumah kontrakan Raffi Ahmad saat itu usianya masih 17 tahun
Masih Ramai Penunggang Motosikal Enggan Guna Laluan Khas Lebuh Raya

Masih Ramai Penunggang Motosikal Enggan Guna Laluan Khas Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 564 hits
Masih ramai penunggang motosikal enggan guna laluan khas lebuh raya Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Jan 20
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih