Kadar Tol Di Semua Lebuh Raya Plus Diturunkan



KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan pengurangan 18% ke atas kadar tol bagi penggunaan kenderaan persendirian di semua lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berkuat kuasa 1 Februari ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu berdasarkan persetujuan Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 15 Januari, 2020.

Katanya lagi, lebuhraya yang terlibat ialah - Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).

“Sebagai contoh, kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan akan berkurang daripada 13.6 sen/km kepada 11.15 sen/km. Apabila ia dilaksanakan, kadar tol baharu ini lebih rendah daripada kadar tol pada tahun 1999 (11.24 sen/km).

“Ini bermakna kadar tol Jalan Duta ke Alor Setar akan ditetapkan kepada RM45.50 berbanding RM55.50, manakala kadar tol Jalan Duta ke Skudai menurun kepada RM38.50 daripada RM47.00 sekarang ini,” menurut kenyataan itu lagi.

PMO berkata, sejajar dengan keputusan itu, Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh konsesi bagi semua Lebuhraya PLUS selama 20 tahun, dari 2038 ke 2058.

Jelasnya lagi, keputusan itu diambil bagi memastikan PLUS mampu menjalankan kegiatan penyelenggaraan dan operasi lebuhraya mereka tanpa bergantung kepada Kerajaan.

“Walaupun sebelum ini perjanjian konsesi memperuntukkan kenaikan kadar tol secara berperingkat, keputusan terbaru ini akan memastikan tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat selama 38 tahun (2020-2058).

“Tiada sebarang bayaran akan dibuat oleh Kerajaan kepada PLUS sebagai timbal balas berikutan pengurangan kadar tol tersebut,” kata PMO.

Dengan tindakan itu juga, PMO berkata, kerajaan kini tidak lagi perlu membayar pampasan kepada PLUS, dan penjimatan sekitar RM42 bilion dapat dilakukan sepanjang 20 tahun tempoh konsesi itu.

“Kerajaan yakin keputusan ini akan memberi manfaat yang banyak kepada Rakyat melalui pengurangan beban kadar tol, dan dalam masa yang sama membolehkan PLUS untuk terus beroperasi dengan kedudukan kewangan yang baik.

“Penjimatan RM42 billion kini boleh digunakan oleh Kerajaan untuk inisiatif-inisiatif yang menguntungkan Rakyat,” katanya lagi lapor AstroAwani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/01/kadar-tol-di-semua-lebuh-raya-plus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kali Pertama Sejarah Lebuh Raya Penurunan Tol Kini Ditunaikan

Kali Pertama Sejarah Lebuh Raya Penurunan Tol Kini Ditunaikan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 369 hits
Kali Pertama Sejarah Lebuh Raya Penurunan Tol Kini Ditunaikan Penstrukturan kadar tol Lebuhraya Utara Selatan mulai 1 Feb ini merupakan kali pertama berlaku pengurangan tol dalam sejarah lebuh raya itu tanpa beban pampasan oleh kerajaan sek...
Ada Apa Dengan Diskaun 18 Peratus Lebuh Raya Plus

Ada Apa Dengan Diskaun 18 Peratus Lebuh Raya Plus

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 566 hits
MALAYSIAKINI PANDUANKINI Panduankini ini cuba menjawab beberapa soalan yang sering ditujukan kepada mengenai keputusan kerajaan persekutuan untuk mengurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi semua lebuh raya kendalian Plus Malaysia Berha...
Penurunan 18 Kadar Tol Plus Bermula 1 Februari Ini Lebih Murah Berbanding Tahun 1999

Penurunan 18 Kadar Tol Plus Bermula 1 Februari Ini Lebih Murah Berbanding Tahun 1999

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 703 hits
Sebelum ini ada ura ura mengatakan kerajaan bakal menjual Lebuh Raya PLUS dan sekarang keputusan itu ditangguhkan dan akan kekal menjadi milik Khazanah Nasional dan KWSP Kerajaan turut mengumumkan pengurangan kadar tol sebanyak 18 bermula p...
Ambil Alih Tol Plus Keputusan Minggu Depan Ambil Alih Tol Plus Keputusan Minggu Depan

Ambil Alih Tol Plus Keputusan Minggu Depan Ambil Alih Tol Plus Keputusan Minggu Depan

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 437 hits
Ambil alih tol PLUS Keputusan minggu depanOleh January 09 2020Keputusan sama ada kerajaan akan mengambilalih lebuh raya PLUS Malaysia Bhd bagi mengurangkan kadar tol akan diumumkan minggu hadapanThe Star memetik sumber Kementerian Kerja Ray...
Masih Ramai Penunggang Motosikal Enggan Guna Laluan Khas Lebuh Raya

Masih Ramai Penunggang Motosikal Enggan Guna Laluan Khas Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 666 hits
Masih ramai penunggang motosikal enggan guna laluan khas lebuh raya Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Jan 20
Ada Persinggahan Menarik Sepanjang Lebuh Raya

Ada Persinggahan Menarik Sepanjang Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 369 hits
Ada Persinggahan Menarik Sepanjang Lebuh Raya Asalamualaikum Salam Sejahtera Semua Etuza hendak ceritakan pengalaman semasa melalui lebuh raya sepanjang jalan di Pahang dan di lebuh raya menuju ke Kuala Lumpur dan KLIA baru baru ini Jika ti...
Ph Baru Lanjut Tol Plus Hingga 2058 Kata Najib

Ph Baru Lanjut Tol Plus Hingga 2058 Kata Najib

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 972 hits
Pada 2017 PLUS dilaporkan berkata berdasarkan perjanjian konsesi yang disemak semula pada 2011 kutipan tol dijadualkan berakhir pada 31 Dis 2038 PETALING JAYA Najib Razak berkata kerajaan Pakatan Harapan baru melanjutkan konsesi PLUS Malays...
Kenaikan Harga Tol Plus Dibekukan 38 Tahun

Kenaikan Harga Tol Plus Dibekukan 38 Tahun

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 417 hits
PUTRAJAYA Kadar tol bagi pengguna kenderaan persendirian di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd dikurangkan 18 peratus bermula seawal 1 Feb 2020 dan sehingga 2058 tiada kenaikan kadar tol akan berlaku Loading Pejabat Perdana Menteri da...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suria Park Suria Hill Taman Rekreasi Baru Di Bandar Puncak Alam

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Dinner Mee Kolok Masam Masam Manis Kat Paroq Vaie

Padang Besar Here We Come Part 1

Hardcover Rigid Box Chipboard Kotak Keras Simbol Kemewahan Kualiti Premium Untuk Jenama Anda

Strawberry Smoothie