20 Koleksi Resepi Ayam Mudah Tapi Sedap


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
20 Koleksi Resepi Ayam Mudah Tapi Sedap! | Hari-hari makan ayam boleh pening. Pening sebab nak fikirkan resepi. Asyik-asyik ayam goreng, ayam sup, ayam kari... Ayam kicap.

Bosan juga kan...

Tapi sebenarnya kan, banyak resepi yang boleh kita pelbagaikan dengan sumber asas iaitu ayam.
Ayam ni boleh dimasak kering atau berkuah. Perlu rempah yang banyak atau tidak. Dengan bahan banyak atau bahan sikit semua boleh dibuat.

Jom, MF kongsikan 20 resepi ayam mudah tapi sedap...

20 Koleksi Resepi Ayam Mudah Tapi Sedap!

20 Koleksi Resepi Ayam Mudah Tapi Sedap! Daftar Isi Ayam Kukus Halia Ayam Bakar Ala-Ala Kenny Rogers Ayam Masak Kurma Ayam Masak Kicap Daun Kari Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis Ayam Buttermilk Ayam Masak Lemon Mudah Tapi Sedap Ayam Goreng Crispy Ala KFC Ayam Percik Kelantan Ayam Masak Merah Ayam Masak Lemak Cili Padi Ayam Goreng Berempah Sambal Ayam Cilipadi Tomyam Tom Yam Ayam Kaw Ayam Perap Mayo Ayam Goreng Kunyit Ayam Goreng Mamak Ayam Goreng ala Korea / Korean Fried Chicken Ayam Masak Bali Ayam Masak Minang






1. Ayam Kukus Halia
Bahan-bahan: Ayam – di potong-potong
Bahan-bahan perap: 3cm halia – hiris kecil-kecil 2 ulas bawang putih – cincang 1/2 sudu makan kicap cair Sedikit Garam Serbuk lada putih – jika suka 1/2 sudu makan minyak bijan Daun bawang – di hiris Cara memasak: Perap ayam dengan bahan-bahan perap selama 30min Kukus 10min -15min Kukus bergantung kepada berapa banyak ayam yang dimasak Tabur hirisan daun bawang. Siap dihidangkan. Kembali ke Atas


2. Ayam Bakar Ala Ala Kenny Rogers Bahan-bahan: 1 ekor ayam, belah 4 8 ulas bawang putih - kisar 2 biji bawang besar - kisar 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos lada hitam 2 sudu besar mix herbs 1 sudu besar lada hitam 1 sudu kecil pasti sedap (optional) 1 sudu kecil garam 4 biji kentang 1 batang carrot Sedikit 'Smoked Flavour Liquid' Chef Ammar - ni rahsia grilled chicken bau sangat sedap! Tapi kalau takde pun takpe. Sebab dia untuk aroma je. Bau asap-asap gitu.. Cara-cara: Bersihkan ayam Kisar bawang putih+bawang besar Gaul ayam dengan bahan kisar dan semua bahan atas tu. Perap 1-2 jam. Kalau dapat semalaman lagi sedap. Sementara tu, kupas kentang, carrot. Rebus dulu sampai masak. Tapi jangan overcooked. Nanti kentang senang pecah. Dah masak tapis. Susun ayam, kentang dan carrot atas tray. Sapu mentega kat atas. Eh, kentang dengan carrot gaul dulu dengan rempah perap ayam tadi tau. Baru ada rasa. Renjis sedikit Smokes Flavour Liquid Chef Ammar. Serius memang sedap pakai ni kalau buat bakar-bakar. Tapi kalau takde pun takpe. Tabur mix herbs dengan lada hitam sikit. Bakar suhu 250 darjah celcius api atas bawah. Ikut oven masing- masing ye. Lepas 45 minit, keluarkan, sapu mentega lagi sekali. Ni untuk buatkan bahagian atas ayam jadi crispy dan tak kering. Masuk semula. Bakar lagi sejam. Kena monitor ayam tau. Takut rentung.  Dah siap, boleh makan dengan kuah blackpepper. Kembali ke Atas



3. Ayam Masak Kurma
Bahan-bahannya: Ayam Bahan kisar  Bawang besar Bawang puti Halia Air 1 peket kecil Rempah kurma Kentang Carrot Sedikit santan Cara memasak: Tumis Bawang besar dan bawang putih hiris Bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis Masukkan Bahan blend, selepas naik bau, Masukkan ayam, carrot, kentang biarkan sekejap. Masukkan air dan sedikit santan. Api kecil, tunggu sehingga pecah minyak. Masukkan cili padi jika suka. Siap untuk di hidang. Kembali ke Atas



4. Ayam Masak Kicap Daun Kari
Bahan-bahan 5 ketul ayam- gaul garam dan serbuk kunyit 1 tangkai daun kari ½ cawan kicap manis ½ cawan air ½ biji limau purut( @ 1 sudu air asam jawa) ½ bawang besar- hiris bulat 5 cili padi hijau- belah 2 1 sudu teh garam minyak Bahan Kisar: 5 cili kering 2 bawang putih ½ bawang besar Cara masak Goreng ayam yang digaul garam kunyit. Tak perlu goreng garing, sekadar untuk bagi ayam masak sahaja Tinggalkan agak-agak 2 sudu minyak gorengan ayam dalam kuali dan tumis daun kari. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak Masukkan kicap manis dan 1/2 cawan air. Masuk pula ayam goreng, garam dan jus limau purut. Sesuaikan rasa dan tabur bawang hiris, cili padi hiris dan matikan api Kembali ke Atas




5. Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis
Bahan-bahan : 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit dan goreng) ketepikan 3 biji bawang merah (sederhana besar) 2 biji bawang putih 1 inci halia 1/2 inci belacan 4 biji lada merah 6 biji cilipadi 1 atau 2 keping Asam keping 1 sudu teh sos tiram 1 sudu teh cuka 1 sudu teh sos ikan 1 batang serai diketuk Hirisan bawang besar Minyak untuk meggoreng Garam gula / gula merah (jika suka) Cara memasak: Kisar/tumbuk bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah dan belacan. Masukkan dalam minyak yang dipanaskan (api sederhana) dan goreng hingga naik bau. Masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap. Masukkan gula 1/2 sudu teh saja dan sedikit gula merah, masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yang diketuk tadi..  Goreng sampai naik bau kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan..  Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu dan boleh padamkan api. Siap untuk dihidang. Kembali ke Atas




6. Ayam Buttermilk
Bahan-Bahan: 2 ketul besar ayam, bahagian dada 1/2 tin susu cair 3 ulas bawang putih, hiris halus 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu 4 sudu besar mentega 2 tangkai daun kari 4 biji cili padi Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam: 2-3 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar serbuk kari 1 biji telur Sedikit garam Air secukupnya Cara memasak Potong dadu isi ayam, bersihkan dan tos kan airnya. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Cara-cara untuk ayam buttermilk: Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tips: Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran Kembali ke Atas



7. Ayam Masak Lemon Mudah Tapi Sedap
Bahan-bahan  Bahan perapan Ayam Tepung serbaguna Bestari Bahan Untuk Sos Lemon 1 cawan air ¹⁄³ cawan gula ½ kiub ayam 1½ sudu tepung jagung 2 sudu makan perahan jus lemon ¾ sudu kecil garam 2 potongan nipis lemon 2 sudu makan minyak masak Sedikit pewarna kuning atau kunyit Cara Cara Menyediakan Ayam Goreng Perap ayam yang telah dipotong kecil bersamaa air dan tepung serbaguna Bestari. Sebelum menggoreng, sissy akan salut sekali lagi tepung yang kering sebelum masukkan ayam ke dalam kuali. Hasilnya lebih yummy! Goreng dengan api yang perlahan untuk pastikan ayam masak sekata. Cara Cara Menyediakan Sos Lemon Bancuhkan semua sekali bahan untuk membuat sos di dalam satu bekas kecuali minyak masak. Panaskan minyak di dalam kuali dan masak sos tadi dengan api perlahan sehingga pekat. Tuangkan sos ke atas ayam goreng tadi. Sedia dihidang. Kembali ke Atas




8. Ayam Goreng Crispy Ala KFC
Bahan-bahan 2 sudu serbuk cili atau chilli flakes 1 labu atau dlm 10 ulas bawang putih ditumbuk 1 sudu lada hitam 1 sudu lada sulah 1 sudu serbuk pasti sedap knorr atau secukup rasa maggi atau sedikit ajinomoto 2 sudu kecil garam 1 sudu kecil soda bikarbonate 2 sudu sebuk kari ikan **kari ayam abis.bantai kari ikan pun ok 1 sùdu cuka atau 1 sudu limau nipis (untuk ayam juicy di dalam rangup di luar) gaul rata bahan perap perap 30 minit Sebelum goreng pecahkan 2 biji telur ayam. Gaul sehingga sebati

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tepung goreng : 2 cawan tepung gandum 2 cawan tepung jagung 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil soda bikarbonat sedikit serbuk secukup rasa maggi atau serbuk pasti sedap knorr Gaul ayam bersama dengan tepung

Goreng deep fry. Gunakan kuali yang kecil untuk penjimatan minyak

***pastikan minyak betul-betul panas. Biarkan api sederhana dan goreng sehingga kekuningan

Kembali ke Atas



9. Ayam Percik Kelantan
Bahan-bahan Bahan perapan: Ayam seekor dipotong 4 5 ulas bawang merah* 5 ulas bawang putih* halia sebesar ibu jari* sedikit garam Bahan untuk kuah: 1 cawan santan cair* serai 4 batang* halia besar ibu jari* lengkuas besar ibu jari* 20 tangkai cili kering* (rendam air panas dulu) 1 cawan air* gula 5 sudu makan garam sedikit 1 sudu makan bahan perasa (optional) 2-3 butir asam keping santan pekat (masukkan kemudian) Cara memasak 1. Sediakan bahan perapan Pertama sekali, tumbukkan semua bahan perapan bertanda * seperti yang disenaraikan di atas. Tumbuk kasar semua bahan tersebut dan perasakan dengan sedikit garam

2. Perapkan 1 jam Kelarkan sedikit ayam supaya ia dapat menyerap bahan perapan. Lumur dan perapkan lebih kurang 1 jam atau lebih. Kalau lebih lama, lebih sedaplah rasanya

3. Sediakan kuah Sementara itu, kita boleh sediakan kuah. Ambil semua bahan yang bertanda * dan kisar dengan blender. Selepas siap dikisar, didihkan di atas pemanggang, kuali, atau periuk masakan anda

Tambahkan 2-3 butir asam keping dan perasakan dengan gula, garam, dan perasa
Menyediakan kuah ayam percik 4. Masakkan ayam yang diperap Seterusnya, ambil ayam yang diperap tadi dan masukkan ke dalam didihan kuah sehingga separuh masak

5. Angkat ayam dan perap lagi sekali. Selepas ayam agak-agak kecut sedikit / separuh masak, keluarkannya dan perapkan lagi sekali dengan sedikit kuah ini selama 1 jam atau lebih

Sementara itu, lebihan kuah yang di atas kuali kita tambahkan dengan 1 cawan santan pekat. Masakkan semua biar mesra dan bila teksturnya dah cukup pekat, bolehlah tutup api

Ayam yang separuh masak diperap lagi sekali
6. Bakar / goreng / panggang ayam Akhir sekali, bolehlah dimasak ayam tadi mengikut cara yang anda suka. Tak kisahlah nak bakar dalam oven, panggang atas api, atau dimasak atas kuali leper asalkan ia masak sepenuhnya

7. Sedia dihidangkan Bila ayam dah masak sepenuhnya, hidangkan bersama kuah yang dibuat tadi. Nampak menyelerakan

Kembali ke Atas



[Baca juga] Resepi Ayam Golek Juicy Mudah dan Sedap 10. Ayam Masak Merah
Bahan-bahan 1/2 ekor ayam sedikit garam kunyit
Bahan-bahan kisar 4-5 biji cili kering 1 cm halia 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 1 biji tomato-potong dadu 1/2 cawan sos tomato Bahan Hias 1/2 biji bawang besar- potong bulat kacang hijau secukupnya Cara menyediakan dan memasak: Bersih ayam.  Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit.  Goreng sehingga 2/3 masak Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau.  Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato.  Tumis sehingga naik minyak. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias.  Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api. Kembali ke Atas




11. Ayam Masak Lemak Cili Padi
Bahan bahan: 1 ekor ayam - potong 16 dengan kulit sekali 1 biji kelapa parut - asing santan pekat dan cair Garam 1 keping asam keping 1/2 helai daun kunyit - hiris halus Bahan tumbuk halus: 5 - 8 tangkai cili api kampung hijau 5 - 8 tangkai cili merah Pakistan 2 saiz ibu jari kunyit hidup 1 ulas bawang merah Cara memasak: Ayam diperap dengan garam dalam 30 minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna pucat

Sementara itu, bolehlah menumbuk bahan tumbuk dan sediakan bahan bahan lain. Bahan tumbuk dihiris halus supaya senang menjadi lumat

Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata rata bersama ayam hingga sebati. Kacau rata sehingga bahan tumbuk agak masak

Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping

Sebaik ayam empuk, masukkan daun kunyit yang dihiris halus

Kemudian tambah santan pekat. Selepas masuk santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja. Tutup api dan terus dikacau

Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih kecil supaya tiada buih buih dalam kuah. Sesuaikan rasa. Tambah garam, jika perlu

Bila nampak kuah pekat dan terbit minyak cantik, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan. Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya

Kembali ke Atas




12. Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan:- * 4 labu bawang merah * 6 batang serai * 2 tongkol lengkuas * 3 sudu rempah kari ikan * 3 sudu kunyit babas * 5 sudu cili kering (kisar) * 5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3 * sedikit serbuk perasa
Cara Memasak:- Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan tosudu kecilan. Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam.. Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus (*akak biarkan jek..ok laa..xda la hangus sangat...sedang sedap makan..hehe) Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi. Tabur atas ayam bersama serdak tadi....tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya. Kembali ke Atas



13. Sambal Ayam Cilipadi Tomyam
Bahan-bahan: Ayam 8 ketul(bersihkan n akk potong kecik'n goreng garam kunyit) *30 tangkai cilipadi hijau + merah *1 biji bawang besar * 3 ulas bawang putih 1 sudu mkn pes tomyam 1 btng serai 5@6helai daun limau purut Setengah biji tomato-hiris nipis Garam n perasa 1 biji bawang besar-hiris bulat Cara-cara: Kisar bahan bertanda * Tumis bahan hingga naik bau.. Masukkan serai dan daun limau purut Masukkan pes tomyam Masukkan tomato hiris dan masak sambal hingga agak garing(tomato hiris tu biarkan hancur dlm sambal) Masukkan garam n perasa Akhir masukkan ayam dan bawang hiris.. Siap!!

Kembali ke Atas



14. Tom Yam Ayam Kaw
Bahan A: Ayam secukupnya | potong kecil. Jika mahu lebih sedap, guna seafood. 1 biji bawang besar | hiris 4 ulas bawang putih | hiris 2 batang serai | ketuk dan hiris menyerong 6 helai daun limau purut | buang urat tengah untuk elakkan pahit Lengkuas | hiris Cili padi | ketuk Akar ketumbar Sayur (bunga kubis,putik jagung, lobak merah,tomato, cendawan) Bahan B: Pes tomyam botol kecil | anggaran 5-6 sudu makan 4 sudu teh pes cili thai 4 sudu makan susu cair sejat Daun ketumbar | hiris Garam dan serbuk perasa secukupnya Cara memasak: Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit. Masukkan akar ketumbar. Akar ini dapat menyerlahkan lagi kesedapan tomyam. Setelah air mendidih, masukkan ayam. Masak hingga isi ayam menjadi putih. Masukkan semua bahan hiris dan bahan yang diketuk tadi. Kacau sebati. Masukkan pes tomyam dan pes cili thai. Kacau sebati dan masukkan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya. Masukkan sayur. Masak hingga sayur empuk. Bila dah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat. Kacau sebati dan padamkan api. Akhir sekali, tabur daun ketumbar. Perah limau jika perlu. Jika guna pes tomyam jenama seperti diatas, tidak perlu perah limau kerana rasanya sudah cukup masam. Sedia untuk dinikmati. Kembali ke Atas





15. Ayam Perap Mayo
Bahan: Ayam ikut suka berapa banyak Halia Bawang Putih Mayonis Sos Tiram Kicap (saya pakai kicap manis) Honey Serbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam Cara: Tumbuk Halia dan Bawang Putih Campur semua dan gaul sebati. Adjust lah rasa nak manis ke atau lemak. Nak manis berlemak..lebihkan honey dan mayonis Perap lah 5jam keatas Boleh digoreng dan di bakar Kembali ke Atas




16. Ayam goreng kunyit
Bahan-bahan: 4-5 keping dada ayam – potong kecil 3 batang kacang panjang – potong panjang 1 biji kuning telur 1 sudu makan tepung gandum 1/2 sudu teh garam, perasa, gula 1/2 batang lobak merah – potong kecil 1 biji bawang besar – potong/ mayang 3 ulas bawang putih – ketuk/ cincang 1-3 cili merah & hijau – mayang Minyak masak – secukupnya Cara memasak: Masukkan isi ayam yang telah dipotong bersama garam, kunyit, kuning telur dan tepung ke dalam mangkuk. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Kemudian, panaskan minyak masak dan goreng semua bahan yang telah digaul tadi sehingga hampir garing. Angkat dan toskan ayam itu. Diingatkan supaya tidak menggoreng terlalu lama, takut ayam keras. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, tambahkan bahan lain; kacang panjang, lobak merah, dan cili. Tumis bersama garam, gula dan perasa seperti sos tiram. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan naik bau. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekali lagi sehingga semua bahan sebati bersama ayam. Jangan goreng terlalu. Apabila semua bahan sudah masak, tutup. Hidangan sedia untuk dihidangkan. Kembali ke Atas



17. Ayam Goreng Mamak
Bahan-bahan: 1 ekor ayam 6 sudu makan tepung jagung 6 sudu makan tepung beras 3 tangkai daun kari Bahan kisar: 6 ulas bawang putih 2 inci halia 5 tangkai cili kering 2 sudu makan rempah kari 1 biji telur Garam secukup rasa 1 sudu makan serbuk lada sulah Cara memasak: Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak Kembali ke Atas




18. Ayam Goreng ala Korea / Korean Fried Chicken
Bahan Perapan: 10 ketul drummet ayam (bersihkan & tos) 7 ulas bawang putih 2 inci halia 1 sudu besar lada hitam 1 sudu gula secubit garam Cara Perap Ayam: Tumbuk semua bahan hingga lumat.   Lumur pada ayam dan perapkan selama 30 minit minimum. Lagi lama lagi bagus. Bahan Tepung Goreng Ayam: 1 senduk tepung gandum 1 senduk tepung jagung Cara Menggoreng: Sebatikan kedua-dua tepung kering. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam adunan tepung sambil golek-golekkan ayam. Pastikan minyak cukup panas sebelum masukkan ayam. Kawal api sampai ayam masak dengan sempurna. Dah nampak keperangan sedikit bolehlah angkat dan toskan minyak sampai betul-betul kering. Bahan Untuk Sos: 3 ulas bawang putih 2 sudu cili kisar 2 sudu besar gula 4 sudu sos cili 3 sudu sos tomato 2 sudu madu 1 sudu jus lemon garam secukup rasa bijan (untuk hiasan) daun bawang (untuk hiasan) Cara Penyediaan Sos: Tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga garing dengan sedikit minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan madu. Biarkan seketika kemudian masukkan jus lemon. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Sejukkan sebelum digaulkan dengan ayam goreng tadi. Taburkan ke atas ayam goreng yang telah disaluti dengan sos. Siap! Kembali ke Atas




19. Ayam Masak Bali
Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan* 1 camca teh penuh kunyit serbuk* 3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap) 6 batang serai, diketuk 4 pelepah daun kari 1 camca besar kicap lemak manis JALEN 1/3 cawan cili kisar 1 camca besar rata gula (atau secukup rasa) Garam secukup rasa 1/2 cawan air Bahan kisar: 4 biji bawang besar 8 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 inci belacan Cara memasak: Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minya. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap. Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Kembali ke Atas





20. Ayam Masak Minang
Bahan-bahan: 1 ekor Ayam 1 helai Daun Kunyit 4 helai Daun Limau Purut 200 ml Santan (boleh gunakan santan segar) 2 keping Asam Gelugor atau 1/2 mangkuk Air Asam Garam secukup rasa Minyak untuk menumis
Bahan kisar : 1 inci Lengkuas 1 inci Halia 1/2 inci Kunyit 2 biji Bawang Besar 4 ulas Bawang Putih 5 biji Buah Keras 12 tangkai Cili Kering 4 biji Cili Api 4 batang Serai Cara memasak: Bersihkan ayam, potong ikut citarasa dan toskan Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar Masak sehingga bahan tumisan masak dan airnya kering Masukkan ayam, gaulkan rata-rata dan biarkan ia masak Tuangkan santan bersama air sedikit supaya ia tak terlalu pekat Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa bersama asam gelugor, rasakan kuahnya Masak di atas api yang sederhana dan biarkan ia mendidih dan kuahnya pekat Sedia untuk dihidangkan Kembali ke Atas






Tu dia, panjang berjela kan... itulah 20 koleksi resepi ayam mudah tapi sedap... Dijamin sedap...  korang boleh cuba kalau berminat nak cuba ya... Bahan-bahan pun biasa yang ada kat rumah.... Bawang, cili dan rempah ratus yang biasa ada... cuma olah untuk nampak dan rasa yang lain.

Selamat mencuba!



Sumber resepi dan gambar: Facebook dan Google


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2020/04/20-koleksi-resepi-ayam-mudah-tapi-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Masak Lemon Sedap Dan Mudah

Resepi Ayam Masak Lemon Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 1054 hits
Bahan Bahan AyamTepung serbaguna BestariBahan Untuk Sos Lemon1 cawan air cawan gula kiub ayam1 sudu tepung jagung2 sudu makan perahan jus lemon sudu kecil garam2 potongan nipis lemon2 sudu makan minyak masakSedikit pewarna kuningCara Penyed...
Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 1939 hits
Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan disambung dua minggu lagi dari 15 April hingga 28 April 2020 Moga semua ini dapat berakhir dengan cepat dan kembali pulih seperti biasa Sepanjang PKP ni ...
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah

10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 432 hits
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah Hari tu saya kongsikan resepi puding hasil air tangan KC Iman yang korang boleh baca kat dan kalau nak resepi dessert lain boleh baca kat tauMemandangkan tak berapa hari lagi kita nak menyambut R...
Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 631 hits
Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa Salam semua setiap kali masuk bulan puasa mesti buntu nak masak apa Setelah berpuasa seharian mestilah kalau nak menu buka puasa yang mudah Kalau masak menu nasi pun mesti na...
6 Himpunan Resepi Durian Crepe Mudah Sedap Dan Lazat

6 Himpunan Resepi Durian Crepe Mudah Sedap Dan Lazat

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 990 hits
Assalamualaikum wbt 6 Himpunan Resepi Durian Crepe Mudah Sedap Dan Lazat Resepi durian crepe adalah menjadi fenomena suatu masa dulu ia merupakan satu hidangan pencuci mulut yang sangat lazat untuk dinikmati seisi keluarga Ada orang lebih m...
Sup Ayam Ringkas Tapi Sedap

Sup Ayam Ringkas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 705 hits
Sup Ayam Ringkas Tapi Sedap Hari ni nak belanja anda semua cara masak sup ayam yang simple tetapi sedap hingga menghirup sup tu hehe sup ayam yang simple sesuai untuk lauk emergency time berbuka atau bersahur Itu kalau dalam bulan ramadan l...
Resepi Nasi Ayam Mudah Dari Dapur Bujang

Resepi Nasi Ayam Mudah Dari Dapur Bujang

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 531 hits
Salam to all readers Aku bukanlah kaki masak pun tapi sejak PKP ini tengok orang duk post gambar makanan sedap sedap teringin pula nak makan Boleh je order dekat foodpanda tapi kalau hari hari kau ber foodpanda sakit juga kocek kau PKP dah ...
Resepi Mudah Sedap Lontong Goreng Bayam Brazil

Resepi Mudah Sedap Lontong Goreng Bayam Brazil

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 460 hits
assalamualaikum salam sejahtera di hari raya ketupat adalah salah satu juadah yg mesti ada di atas meja baik di hari raya Aidilfitri mahupun Aidil adha kan di makan bersama kuah kacang rendang ayam kari itik masak merah ayam pendek kata sem...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut