Kali Ni Saya Boleh Bersetuju Dgn Khalid Samad But Tell This To Oren Masam




AMANAH KUKUH BERSAMA PH




1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menyedari wujudnya kekeliruan di kalangan masyarakat umum dan juga ahli-ahlinya berhubung dengan apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat semasa pengundian Belanjawan di peringkat dasar dijalankan. Kelihatan seolah-olah ada perbezaan dan perbalahan di antara pimpinan AMANAH apabila sebahagian duduk dan sebahagian yang lain bangun meminta undi belah bahagi dilakukan.

2. Keadaan yang mengelirukan terhasil apabila keputusan berubah di saat terakhir tanpa perbincangan dan penjelasan kepada semua Ahli Parlimen PH. Ini menyebabkan sebahagian Ahli Parlimen AMANAH terus berpegang kepada keputusan asal, yang dianggap keputusan yang rasmi memandangkan ianya telah dibahas dan diputuskan bersama dalam mesyuarat Majlis Presiden. Pada masa yang sama sebahagian yang lain berpegang kepada keputusan baharu seperti yang dicadangkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

3. Sebahagian pimpinan, seramai 5 orang termasuk Presiden dan Timbalan Presiden, berpegang kepada keputusan baharu kerana ingin menjamin keutuhan dan kesatuan PH. Pimpinan Nasional AMANAH sentiasa menegaskan bahawa keutuhan dan kesatuan Pakatan Harapan adalah sesuatu yang amat penting untuk diusaha dan dipertahankan setiap pemimpin. Oleh itu, keputusan untuk menjamin keutuhan dan kesatuan Pakatan Harapan dengan akur kepada keputusan Pengerusi PH pada hari tersebut adalah selari dengan kehendak parti.

4. Pada masa yang sama, sebahagian pimpinan lain, ia itu seramai 6 Ahli Parlimen, yang bangun meminta belah bahagi juga turut berusaha memenuhi kehendak parti AMANAH dan keputusan Majlis Presiden PH. Sepertimana yang diketahui, pengundian ke atas belanjawan begitu ditunggu-tunggukan seluruh rakyat dan AMANAH telah berjanji untuk melakukannya sehingga ke tahap belah bahagi. Oleh itu tindakan sebahagian pimpinan ini turut dilihat betul juga dan selari dengan aspirasi pimpinan dan ahli AMANAH.

5. Pada hakikatnya semua pimpinan AMANAH menolak belanjawan yang telah dibentangkan. Perbezaannya adalah samada melakukan belah-bahagi atau tidak. Dan perbezaan ini hanya timbul pada saat terakhir hasil cadangan Pengerusi PH.

6. Oleh itu boleh dirumuskan bahawa tidak wujud perbezaan atau perpecahan di kalangan pimpinan AMANAH. Situasi yang mencabar ini boleh digambarkan melalui pepatah Melayu “ditelan mati emak, diluah mati bapa” telah menghasilkan tindakan berbeza yang pada hakikatnya kedua-duanya betul. Kita tidak berpeluang untuk berbincang dan berbahas untuk menentukan mana satu di antara dua pilihan betul ini adalah yang lebih betul. Namun kita yakin kedua-dua kumpulan telah bertindak mengikut pertimbang mereka masing-masing dengan mengharapkan yang terbaik bagi AMANAH dan PH.

7. AMANAH memahami ramai kecewa dengan apa yang telah berlaku. Namun kekecewaan ini akan menjadi lebih parah sekiranya ianya menggugat kesatuan dan perpaduan dalam AMANAH serta antara AMANAH dan PH. Ianya sewajarnya dijadikan sebagai pengajaran untuk kita terus maju ke hadapan, bersama dalam keadaan yang bertambah kukuh.

8. Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah agar segala keputusan yang telah dan bakal dibuat mendapat bimbingan Nya dan akan menambahbaik parti sambil mengukuhkan lagi kedudukan PH. Marilah kita merapatkan saff dan membaharui iltizam untuk membawa kemenangan dan kebaikan bagi AMANAH dan PH.

Apa yang berlaku pada 26hb November tidak menjejaskan langsung komitmen kami untuk menolak kerajaan PN bawah TSMY yang tetap dianggap sebagai kerajaan pintu belakang yang tidak memiliki mandat sah dari rakyat.

KHALID ABD SAMAD

Pengarah Komunikasi Amanah

Pada 28 November 2020.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/kali-ni-saya-boleh-bersetuju-dgn-khalid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Samad Perlu Jelas Siapa Yang Sebenarnya Nak Laga2kan Amanah Dgn Dsai Pkr

Khalid Samad Perlu Jelas Siapa Yang Sebenarnya Nak Laga2kan Amanah Dgn Dsai Pkr

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 240 hits
MO PLAY VICTIM BLAME GAME dan RAIH SIMPATI LAGI BAGI MEMAHAMI apa yg saya perjelaskan ini anda perlu membaca satu persatu Screenshot yg saya sertakan bersama artikel ini Kenapa saya siarkan begitu byk SS Sebab saya mahu ia menjadi sebahagia...
Walaupun Telah Ditegur Oleh Khalid Samad Mahathir Terus Serang Anwar Anwar Terus Bertahan

Walaupun Telah Ditegur Oleh Khalid Samad Mahathir Terus Serang Anwar Anwar Terus Bertahan

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 350 hits
haaaa apanama Walaupun ditegur oleh Khalid Samad Mahathir tidak peduli serangan Mahathir terhadap Anwar semakin kuat dan terbuka Anwar masih bertahan Mengapa Menjelang penentuan nasib Muhyiddin di Parlimen Mahathir terpaksa menyerang Anwar ...
Akhirnya Khalid Samad Juga Tak Setuju Dengan Kebiasaan Mahathir

Akhirnya Khalid Samad Juga Tak Setuju Dengan Kebiasaan Mahathir

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 222 hits
1 Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ketidak mampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin negara dalam suasana krisis dewasa ini dilihat sebagai satu kenyataan yang tidak perlu dan tidak membantu sama sekali dalam usaha kembalikan man...
Khalid Samad Nafi Wujud Perpecahan Dikalangan Pemimpin Amanah

Khalid Samad Nafi Wujud Perpecahan Dikalangan Pemimpin Amanah

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 281 hits
MALAYSIA DATELINEParti Amanah Negara menafikan wujudnya perbezaan atau perpecahan dalam kalangan pemimpin parti itu susulan situasi yang berlaku di Dewan Rakyat semasa pengundian Belanjawan 2021 di peringkat dasar Khamis lalu Sebaliknya Pen...
Why Did Amanah Mps Stand Against Budget 2021 When Pakatan Did Not Khalid Samad Explains

Why Did Amanah Mps Stand Against Budget 2021 When Pakatan Did Not Khalid Samad Explains

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 268 hits
Parti Amanah Negara lawmakers who rose to try and force bloc voting on Budget 2021 were not informed that Pakatan Harapan MPs had been told to stand down from opposing the federal spending plan Khalid Samad asserted last night The former fe...
Kenali Oren Masam Part 1

Kenali Oren Masam Part 1

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 199 hits
NORSHIDAH MOHD DAUD Merupakan anak buah kepada Hadiahwang Berjawatan sebagai Ketua PAN Marang Pernah plan utk bertanding lawan Pak Saudara dia tapi akhirnya membatalkan niat tersebut Bagi yang dambakan ilmu politik boleh ikuti tazkirah poli...
Melayu Lawan Melayu This Is Not About Budget 2021 But About Pm9

Melayu Lawan Melayu This Is Not About Budget 2021 But About Pm9

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 252 hits
In essence they need an excuse to oust Muhyiddin And they are using the bad Budget 2021 as that excuse This way they can declare they are opposing Budget 2021 merely for the good and the benefit of the rakyat and not so that Anwar can take ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik