Kalau Shuib Kahwin Semula Semuanya Demi Anak Anak


KEHADIRAN Kosmo! di kediaman tiga tingkat Shuib di Puchong, Selangor untuk sesi fotografi edisi tahun baharu tempoh hari benar-benar menyingkap memori lelaki itu terhadap arw4h isterinya, penyanyi Siti Sarah Raissuddin.
Sedang Shuib bersiap-siap, lama dia merenung anak keduanya, Dzahira Talita Zahra yang merupakan satu-satunya bunga dalam keluarga sedang ditatarias jurusolek, Vie Xenddra.
Seraya, Shuib menoleh kepada penulis dan berkata: “Ingat tak, inilah kerusi dan posisi kegemaran arwah untuk bersolek jika ada sesi fotografi di rumah.
“Sekarang, tempat itu diganti oleh Talita. Cantik sangat Talita bila bersiap sama seperti ibunya.”
Emosi yang bergulung-gulung di dadanya terpancar ke muka. Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, kini seorang bapa tunggal kepada empat orang anak, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan. Hal itu bukan lagi sesuatu yang canggung buat Shuib.
Arw4h isterinya, Siti Sarah men1nggal dun1a pada 9 Ogos lalu selepas melahirkan anak bongsu mereka Ayash dalam keadaan dij4ngkiti v1rus c0v1d-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur.
KADANG-kadang Shuib merasakan meskipun anak-anaknya masih kecil, mereka sebenarnya lebih kuat berbanding dirinya mengharungi dugaan hidup. Foto – AMIR KHALID/MEDIA MULIADitebak bagaimana kehidupannya memikul gelaran ‘kepala’ keluarga, melangkah ke hadapan atau ‘move on’ daripada episod paling sukar dalam kehidupannya, Shuib terdiam, cuba mencari ungkapan paling tepat barangkali. Bibirnya lambat melenturkan bicara.
“Saya tiada jawapan untuk soalan itu. Sekarang ini, saya cuba sibukkan diri. Sekarang ini saya seorang diri, apabila pulang ke rumah, tidur sendirian pasti akan teringat arw4h.
“Sudah hampir lima bulan, saya serahkan kepada masa. Melupakan memang tidak boleh, tetapi sekarang sakit sedikit berkurangan, saya sedang terima serta sesuaikan diri hidup tanpa dia.”
Bagi melepaskan kerinduan tanpa berpenghujung buat Siti Sarah, selain menitipkan doa, Shuib sesekali akan mendengar lagu dendangan arw4h.
Setiap kali mendengar lagu arw4h isterinya, segala memori manis yang dicipta bersama semasa hayatnya bermain-main dalam minda.
“Sejak arw4h tiada, saya tiba-tiba suka dengar muzik dan hayati lagu, lalu datang pelbagai emosi. Kadangkala terfikir juga kenapa saya mahu membin4sakan diri dengan mendengar lagu-lagu sedih.
“Tambahan, lagu-lagu arw4h saya akan dengar sewaktu rasa terlalu rindu padanya. Dengar kembali lagu-lagu duet bersamanya akan buatkan saya teringat kembali momen kena marah di studio, reaksi dan senyumannya,” ujar Shuib beremosi.
Kekuatan
Tentang anak-anak mengharungi kehidupan tanpa ibu di sisi, Shuib menjelaskan, meskipun masih kecil, namun anak-anak lebih kuat berbanding dirinya.
Sedang Shuib masih berper4ng dengan emosi setiap kali teringatkan arw4h, anak-anak sudah mampu menerima kenyataan bahawa ibu mereka telah tiada.
“Anak-anak sebenarnya sangat kuat. Saya masih menangis andai teringat, anak-anak sudah boleh bercakap tentang arw4h ibu mereka dalam keadaan normal.
“Contohnya, mereka cakap rindu ibu, kemudian terus anak-anak baca al-Fatihah. Baru-baru ini, saya bawa mereka bercuti ke Pulau Pinang dan pergi ke restoran kegemaran kami sekeluarga.
“Kedudukan meja yang sama, cuma tiada arwah ibu mereka sahaja. Anak-anak boleh bercakap secara normal, ibu suka makan ini. Saya yang termenung melihat situasi tersebut,” tutur Shuib sayu.
SHUIB percaya, biar secantik mana perancangan manusia, perancangan dan ketentuan Ilahi adalah segala-galanya dan jika sudah tertulis akan berlaku sesuatu kejadian, maka tiada siapa dapat menghalang takdir.Lelaki itu juga amat bersyukur meskipun anak keempatnya, Ayash dilahirkan pramatang, si bongsu itu berada dalam keadaan sihat dan kini mencapai berat tujuh kilogram.
“Saya tidak sabar untuk melihat dia membesar. Perjalanan indah bersamanya seperti dalam sebuah filem. Nanti dah besar, Ayash akan faham bahawa dia seorang anak yang sangat istimewa.
“Satu Malaysia tahu kisah kelahirannya yang luar biasa. Kisahnya akan diingati sampai bila-bila dan dia akan tahu betapa hebat arw4h ibunya,” tutur Shuib penuh makna.
Justeru, sebagai pemegang amanah kepada anak-anaknya, dia berjanji akan memberi yang terbaik buat mereka.
“Saya tidak memaksa anak-anak, sebaliknya hanya ikut apa yang mereka minati. Uwais sangat meminati sukan golf dan berbakat dalam muzik. Dia boleh bermain piano hanya dengan mendengar muzik. Jadi, saya akan mencari guru piano agar dia lebih serius.
“Talita pula sangat berminat untuk meneruskan legasi arw4h ibunya. Matin masih terlalu muda, saya tidak nampak apa yang diminati setakat ini selain dia sangat berani dan seorang yang lucu.
“Ketika arwah masih hidup, kami tidak sempat merancang apa-apa untuk Ayash. Sekarang ini, saya berharap agar dia menjadi seorang tahfiz. Insya-Allah, saya akan usahakan,” katanya.
Jodoh
Meskipun terlalu awal untuk berbicara soal jodoh, Shuib bagaimanapun bersikap terbuka tentang perancangan Allah buatnya pada masa hadapan.
Akui usahawan itu, hatinya masih kosong dan belum ada wanita yang berjaya mencvri tempat mengisi kelompongan yang ada.
“Soal jodoh dan aj4l, Allah yang tentukan. Jika saya kata, janganlah ambil Sarah cepat sangat, tetapi Allah tetap ambil jua. Begitulah juga dengan kehidupan saya pada masa depan. Saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih mengenai soal jodoh.
“Jika esok lusa saya jatuh cinta dengan orang lain, jadi saya serahkan semuanya pada Allah. Saya pun sudah matang, andai berkahwin lagi pasti sudah tahu apa yang diinginkan dalam sebuah perkahwinan,” tegas Shuib.
Biarpun begitu terdapat syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membenarkan hatinya kembali dimiliki.
BIAR sesekali tewas dengan perasaan rindu tidak berpenghujung, Shuib kini mula berdamai dengan takdir dan mengatur langkah demi masa depan keluarganya.“Sebagai manusia, sudah fitrah kita ingin berkasih sayang dan ada yang menemani. Namun, saya lebih fikirkan anak-anak. Andai saya berkahwin semula, sebab utamanya adalah demi anak-anak.
“Mereka masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ibu. Terutamanya Talita yang saya lihat lebih banyak berdiam berbanding dahulu. Sebelum ini, dia selalu berkongsi cerita, pakaian dan alat solek bersama arw4h ibunya.
“Walaupun saya cuba yang terbaik, pasti ada ruang-ruang kosong yang tidak mampu saya isi kerana saya lelaki, tidak memahaminya seperti mana seorang ibu. Cepat atau lambat jodoh, saya serah pada Allah,” kata Shuib yang mengaku suka wanita yang manja dan pandai menyanyi.
Beralih tentang kerjaya, selepas beberapa bulan berehat, Shuib akan kembali sibuk pada tahun ini apabila perniagaan BubbleBee mula masuk ke pasaran antarabangsa. Antaranya Singapura, Brunei, Indonesia, Amerika Syarikat, Mekah dan Madinah.
“Tahun ini memang saya akan lebih sibuk dengan perniagaan kerana BubbleBee akan ke peringkat antarabangsa. Bukan mudah, perlukan pasukan besar dengan projek berskala mega.
“Di sebalik ujian, saya bersyukur. Allah hadirkan rezeki dan sokongan yang kuat daripada rakyat Malaysia. Terus doakan yang baik-baik buat kami sekeluarga,” luah Shuib menutup bicara.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/3kJY7Is


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2022/01/kalau-shuib-kahwin-semula-semuanya-demi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vide0 Ibu Bagi Green Light Kahwin Lagi Shuib Mula Kenal Seseorang Terfikir Siapa Nak Terima Duda Anak 4

Vide0 Ibu Bagi Green Light Kahwin Lagi Shuib Mula Kenal Seseorang Terfikir Siapa Nak Terima Duda Anak 4

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 279 hits
SELEPAS hampir lima bulan pemerg1an isteri tercinta iaitu Allahy4rham Siti Sarah Raisuddin pelawak dan ahli perniagaan Shuib Sepahtu mengakui ada mengenali wanita lain Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad 38 bagaimanapun berkata hubu...
Ya Kita Nak Pergi Mama Kahwin Bawa Anak Pergi Majlis Kahwin Bekas Isteri Lelaki Ini Sebak Atas Pelamin

Ya Kita Nak Pergi Mama Kahwin Bawa Anak Pergi Majlis Kahwin Bekas Isteri Lelaki Ini Sebak Atas Pelamin

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 388 hits
Tular kisah seorang lelaki yang membawa anaknya menghadiri majlis pernikahan bekas isteri telah menarik perhatian netizen di laman sosial TikTok Biarpun sudah membawa haluan masing masing lelaki yang dikenali dengan nama Mohd Asraf Firdaus ...
Bukan Asbab Kubur Masih Merah Shuib Dikecam Nak Kahwin Lagi Pesan Superdaddy Cukup Makan Dalam

Bukan Asbab Kubur Masih Merah Shuib Dikecam Nak Kahwin Lagi Pesan Superdaddy Cukup Makan Dalam

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 234 hits
Oleh Perihal selebriti popular Shuib yang tidak menolak untuk berkahwin lagi andai ada jodoh turut memberi tempias kepada bapa tunggal kepada tiga hero Khairul Abdullah Menurut Khairul yang popular dengan gelaran SuperDaddy apa sahaja keput...
Hati Saya Masih Untuk Siti Sarah Shuib Dedahkan Ciri Ciri Wanita Yang Dia Idamkan Demi Anak2

Hati Saya Masih Untuk Siti Sarah Shuib Dedahkan Ciri Ciri Wanita Yang Dia Idamkan Demi Anak2

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 196 hits
Dek keindahan cinta dan hubungan suami isteri mereka bukan dibuat buat maka tidak mudah andai berbicara soal pengganti Itulah hakikat bagi Shuib yang terus menyimpan kemas hubungan cinta dan kasihnya kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin...
Buat Apa Duit Banyak Dalam Bank Tapi Kedekut Dengan Anak Anak Tak Ada Memori Nak Di Kenang

Buat Apa Duit Banyak Dalam Bank Tapi Kedekut Dengan Anak Anak Tak Ada Memori Nak Di Kenang

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 192 hits
Dalam rezeki kita ada rezeki anak anak Percaya tak bila kita berbelanja untuk bahagiakan keluarga kita rezeki akan lebih banyak datang Tapi tak bermakna anda perlu berboros tanpa menyimpan langsung Ada banyak cara boleh bahagiakan anak anak...
Teknik Potong Buah Oren Secara Kiub Mudah Tak Tercekik Anak Makan

Teknik Potong Buah Oren Secara Kiub Mudah Tak Tercekik Anak Makan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 391 hits
Buah buahan bagus untuk anak Cuma ibu bapa perlu pilih buah sesuai dengan umur anak Sebaiknya digalakkan untuk mula dengan buah yang lembut dan tidak terlalu berserat Malah potongan buah yang betul juga penting untuk elakkan anak tercekik K...
Suruh Anak Berhenti Menangis Ibarat Suruh Anak Berhenti Rasa Lapar Sebab Semalam Dah Makan

Suruh Anak Berhenti Menangis Ibarat Suruh Anak Berhenti Rasa Lapar Sebab Semalam Dah Makan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 227 hits
Bila berlaku bencana seperti banjir ada anak anak yang mungkin kehilangan ibu bapa atok nenek adik beradik bestfriend haiwan peliharaan hilang tempat tinggal tempat bermain hilang mainan kesayangan baju kesayangan selimut kesayangan Dan mac...
Kepala Bnpt Ingatkan Radikalisme Menyasar Anak Muda Lewat Dunia Digital

Kepala Bnpt Ingatkan Radikalisme Menyasar Anak Muda Lewat Dunia Digital

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 169 hits
Kepala Badan Nasional Penanggulangan Terorisme Boy Rafli Amar mengingatkan bonus demografi yang diterima Indonesia saat ini turut berdampak rentannya anak muda terpapar paham radikal dari kelompok terorisme
Bekas Isteri Dakwa Badrul Muhayat Larikan 2 Anak Rumah Dipecah Masuk Ini Penjelasan Tuan Punya Badan

Bekas Isteri Dakwa Badrul Muhayat Larikan 2 Anak Rumah Dipecah Masuk Ini Penjelasan Tuan Punya Badan

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 448 hits
TIADA angin tiada ribut tiba tiba sahaja nama Badrul Muhayat dihimpit kontroversi selepas bekas isterinya iaitu Julia Daud mendakwa dua orang anak mereka yang bawah jagaannya dilarikan aktor itu
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Pulau Poporang A Hidden Gem Of World War Ii History In Indonesia

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas