Kalau Nak Gigi Anak Cantik Hidangkan Lobak Merah Lobak Merah Boleh Cegah Kerosakan Gigi


Orang selalu berkata, “Makanlah lobak merah, ia baik untuk mata.” Tetapi adakah lobak merah hanya mendatangkan manfaat kepada mata? Haa…kalau nak tahu lebih lanjut mengenai sayuran berwarna oren ini, marilah baca perkongsian artikel Hello Doktor ini.

Nutrisi lobak merah
Daucus carota merupakan nama saintifik bagi sayuran daripada keluarga ubi ini. Sayuran rangup dengan pilihan warna seperti oren dan putih (warna biasa yang terdapat dalam pasaran Malaysia) ini sering digunakan sebagai bahan dalam coleslaws, salad dan wrap. Carrot karot) juga boleh digunakan dalam pembuatan pastri seperti kek dan mufin. Malahan ia juga boleh dijadikan sebagai jus yang berkhasiat.
Menurut U.S. Department of Agriculture (USDA), secawan lobak yang dipotong, seberat 128 gram (g), memberikan:
Kalori – 52
Karbohidrat – 12.26 g
Gula – 3 g
Protein – 1.19 g
Lemak – 0.31 g
Serat – 3.6 g
Vitamin A – 1,069 mcg (mikrogram)
Vitamin C- 7.6
Kalsium – 42 mg (miligram)
Zat besi – 0.38 mg
Magnesium – 15 mg
Fosforus – 45 mg
Kalium – 410 mg
Sodium – 88 mg
Zink – 0.31 mg
Folat – 24 mcg
Vitamin K – 16.9 mcg
Secawan lobak merah sudah dapat membekalkan lebih 100 peratus purata keperluan harian vitamin A individu lelaki dan wanita yang disyorkan elaun harian (RDA). Sayuran ini juga mengandungi pelbagai jenis vitamin B.
Kebaikan lobak merah
Jadi anda sudah mengetahui kelebihan nutrisi yang terkandung di dalam sayuran ini, apa kata kita lihat pula manfaatnya untuk kesihatan badan secara keseluruhan, okay? Berikut adalah beberapa kebaikan lobak merah yang mungkin akan menarik minat anda untuk mengambilnya dalam diet pemakanan harian anda.
Penjagaan mata
Seperti yang semua sedia maklum, carrot sememangnya bagus untuk mata. Kandungan vitamin A dan B membantu mengekalkan tahap penglihatan mata pada tahap yang baik. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan anda mengalami rabun malam. Beta-karotena pula dapat melindungi mata daripada masalah degenerasi makular dan perkembangan katarak.
Kecantikan kulit
Nak kulit cantik? Makanlah carrot. Ini kerana sayuran ini dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, terima kasih kepada vitamin A dan antioksidan. Ia juga membantu mencegah pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan awal dan menjadikan kulit anda lebih cerah serta sihat.
Cegah kanser
Kandungan diet karotenoid membuktikan lobak mempunyai kesan antikanser. Ini kerana kandungan antioksidan dapat membantu mengurangkan radikal bebas dalam badan. Terdapat kajian yang mencadangkan kemungkinan wujud kaitan antara diet tinggi karotenoid dengan risiko kanser prostat yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, masih banyak bukti yang diperlukan untuk mengesahkan mengenai perkara ini.
Kuruskan badan
Tengah mencari jalan untuk mengurangkan berat badan? Pilihlah lobak merah. Ia dapat membantu mengurangkan berat kerana kandungan enzim yang dapat melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam badan. Manakala kandungan serat di dalamnya akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh lebih lama.
Cegah kerosakan gigi
Mengamalkan pengambilan lobak dapat membantu dalam aspek penjagaan gigi. Ini kerana Daucus carota mempunyai peranan sebagai penghakis semula jadi yang boleh menyingkirkan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Malahan kandungan mineral di dalamnya dapat membantu membunuh kuman di dalam mulut.
Sumber: Hello Doktor
The post Kalau Nak Gigi Anak Cantik, Hidangkan Lobak Merah. Lobak Merah Boleh Cegah Kerosakan Gigi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-nak-gigi-anak-cantik-hidangkan-lobak-merah-lobak-merah-boleh-cegah-kerosakan-gigi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cekodok Lobak Merah Plus Baby Shrimp Pun Boleh

Cekodok Lobak Merah Plus Baby Shrimp Pun Boleh

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 501 hits
Cekodok Lobak Merah Plus Baby Shrimp Pun Boleh Assalamualaikum hai Pagi ni korang sarapan apa Fiza pulak Buat cekodok lobak merah je Hujan di luar so malasla nak keluar cari kuih muih Masak je apa yang terlintas di fikiran Janji suami dan a...
Keliru Nak Sediakan Puri Anak Mama Jangan Cemas Resipi Ibu Ni Boleh Jadi Panduan

Keliru Nak Sediakan Puri Anak Mama Jangan Cemas Resipi Ibu Ni Boleh Jadi Panduan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 364 hits
Pengalaman pertama menyuapkan anak makan pada usia enam bulan sememangnya satu detik terindah bagi semua ibu Namun bila anak menjangkau usia lima bulan lebih dan enam bulan ibu mula rasa cemas dan berdebar debar mencari menu terbaik untuk a...
Ubat Gigi Anak Jangan Main Letak Je Ada Kuantiti Sepatutnya Doktor Kongsikan Jumlah Tepat

Ubat Gigi Anak Jangan Main Letak Je Ada Kuantiti Sepatutnya Doktor Kongsikan Jumlah Tepat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 436 hits
Bila anak anak sudah tumbuh gigi sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak anak menjaga gigi yang dikurniakan pada kita Namun tanpa kita tahu bahawa menjaga gigi juga perlukan ilmu dan cara tepat Malah hendak mel...
Ambil Sarapan Pagi Boleh Tingkatkan Pencapaian Anak Jangan Malas Untuk Bersarapan

Ambil Sarapan Pagi Boleh Tingkatkan Pencapaian Anak Jangan Malas Untuk Bersarapan

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 303 hits
Pendidikan merupakan aset yang paling penting kerana ia boleh menjamin masa depan individu Namun banyak faktor yang boleh mempengaruhi kebarangkalian untuk seseorang itu berjaya termasuklah pemakanan individu Pernah tak dengar ungkapan yang...
Aku Nak Duty Offshore Ko Tolong Layan Isteri Aku Boleh Terkejut Rakan Buat Permintaan Pelik Siap Nak Bayar Lagi

Aku Nak Duty Offshore Ko Tolong Layan Isteri Aku Boleh Terkejut Rakan Buat Permintaan Pelik Siap Nak Bayar Lagi

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 1705 hits
Pada awalnya lelaki ini menyangka rakannya cuba melakukan prank Tetapi lama kelamaan perbualan dengan lelaki itu menjadi semakin serius dan membuatkan dia rasa ada yang tidak kena Lebih mengejutkan lelaki itu juga memaklumkan isterinya pern...
Gigih Nak Bank In Duit Dekat Anak Ibu Terbabas Koma Dua Tahun

Gigih Nak Bank In Duit Dekat Anak Ibu Terbabas Koma Dua Tahun

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 368 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Begitulah perumpamaan bagi menggambarkan keperitan yang dilalui oleh seorang gadis yang menjaga ibunya yang terlantar koma sejak dua tahun lalu Gadis tabah Nur Farah Shakylla anak ke 4 dari ...
Ibu Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium Sentuh Supaya Berkesan Di Hati Anak

Ibu Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium Sentuh Supaya Berkesan Di Hati Anak

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 656 hits
Tahukah anda ciuman itu penting buat seorang anak namun wajib mak ayah tahu dimana cara yang betul nak cium dan sentuhan kepada anak anak Apa yang jelas setiap sentuhan itu akan menimbulkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak Jika diperha...
Miris Masih 4 Tahun 20 Gigi Anak Ini Busuk Dan Harus Dicabut Semua

Miris Masih 4 Tahun 20 Gigi Anak Ini Busuk Dan Harus Dicabut Semua

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 402 hits
Peringatan bagi orang tua Ini akibat kebanyakan permen masih 4 tahun 20 gigi anak ini busuk dan harus dicabut sekaligus langsung disuntik 14 kali Waspada bagi orang tua yang selalu mengabaikan apa saja yang dikonsumsi oleh anak anda Berikut...
Dah Lah Tidur Lewat Asyik Makan Je Tabiat Buruk Ini Boleh Buat Anak Jatuh Sakit

Dah Lah Tidur Lewat Asyik Makan Je Tabiat Buruk Ini Boleh Buat Anak Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 381 hits
Anak anak yang sering tidur lewat sebenarnya boleh menjejaskan tumbesaran mereka Paling menakutkan mereka berisiko untuk mendapat obesiti kerana tabiat makan tengah malam jika tidur lewat Sebagai ibu ayah kita suka anak selera makan Tetapi ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba