Ubat Gigi Anak Jangan Main Letak Je Ada Kuantiti Sepatutnya Doktor Kongsikan Jumlah Tepat


Bila anak-anak sudah tumbuh gigi, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak menjaga gigi yang dikurniakan pada kita. Namun tanpa kita tahu bahawa menjaga gigi juga perlukan ilmu dan cara tepat. Malah hendak meletakkan sedikit sapuan ubat gigi juga perlu ada sukatan yang sepatutnya supaya tidak memudaratkan atau terkurang fungsinya pada anak-anak kita.
Perkongsian Dr Abdul Rahman Fauzi, doktor gigi di Klinik Pergigian Al-Huda Balok ini ibu bapa perlu ambil tahu. Bukan main letak sahaja ubat gigi pada anak, sebaliknya ada sukatan tertentu. Barulah gigi anak terjaga dengan baik.

Setelah saya membaca dengan lebih mendalam dan merujuk kepada pakar, ada sedikit ralat pada tulisan saya sebelum ini tentang kandungan fluorida yang sesuai dalam ubat gigi.
Berapa Jumlah Tepat?
Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh Public Health England yang bertajuk: “Delivering better oral health: An evidence based toolkit for prevention”, saya boleh ringkaskan kepada beberapa perkara tentang penggunaan ubat gigi berfluorida seperti berikut:

1) Penggunaan ubat gigi berfluorida harus dimulakan seawal gigi pertama anak anda tumbuh dengan kandungan fluorida TIDAK KURANG DARIPADA 1000ppm bermula sekitar usia anak 6 bulan sehingga 3 tahun. Kuantiti ubat gigi pula hanya sekadar satu lapisan nipis pada berus gigi.
2) Bagi kanak-kanak yang berumur 3 tahun hingga ke 6 tahun pula, adalah disyorkan menggunakan ubat gigi dengan kandungan fluorida 1000ppm sehingga 1350ppm, dengan kuantiti ubat gigi sebesar kacang pea.

3) Manakala bagi kanak-kanak yang berumur 0-6 tahun tetapi mempunyai masalah karies gigi yang agak teruk disyorkan untuk menggunakan ubat gigi dengan kandungan fluorida 1350ppm-1500ppm, iaitu sama dengan kandungan fluorida yang disyorkan untuk gigi orang dewasa. Kuantiti ubat gigi bagi yang berumur 3 tahun ke bawah ialah sekadar satu lapisan nipis pada berus gigi mana yang berumur 3 tahun ke atas ialah sebesar saiz kacang pea.
Ok doktor. Sekarang jenama apa yang sesuai?
Secara jujurnya, saya belum sempat untuk membuat perbandingan pada semua jenis ubat gigi. Cuma untuk ubat gigi kanak-kanak, jenama K hanya 400ppm, C dan D hanya sekitar 500-600ppm, iaitu agak rendah berbanding 1000ppm yang disyorkan.

Pernah viral sebelum ini ubat gigi kanak-kanak jenama yang dikeluarkan satu pasaraya yang dikatakan bagus untuk kanak-kanak. Ada 3 jenis seingat saya. Untuk umur 0-2 tahun, kandungan fluoridanya ialah 1000ppm manakala untuk 3-5 tahun ialah 1450ppm. Untuk 6 tahun ke atas saya kurang pasti.
Apa yang mengejutkan saya ialah ubat gigi sensitif yang saya guna sekarang kandungannya hanya 1100ppm walaupun sepatutnya untuk gigi orang dewasa sekurang-kurangnya 1350ppm. Saya belum sempat untuk melihat kandungan fluorida dalam ubat gigi jenama-jenama lain. In sha Allah jika ada masa saya akan cuba buat perbandingan yang lebih baik. Jika anda masih mempunyai masalah gigi walaupun anda sudah membersihkan gigi dengan kerap dan bersih, mungkin anda patut periksa ubat gigi yang anda guna.

Apapun jenama pilihan anda, pastikan yang berfluorida. Itulah yang disyorkan oleh pengamal pergigian.
Saya berkongsi di sini hanya untuk tujuan info kesihatan pergigian berdasarkan pembacaan saya dan pemerhatian saya serta tidak berniat untuk mempromosi atau menentukan jenama mana yang terbaik.
Rajin-rajinlah untuk membuat pemeriksaan gigi serta dapatkan nasihat daripada doktor gigi anda.
p/s: Ppm atau part per million ialah unit yang digunakan untuk kandungan fluorida dalam ubat gigi
The post Ubat Gigi Anak Jangan Main Letak Je, Ada Kuantiti Sepatutnya, Doktor Kongsikan Jumlah Tepat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ubat-gigi-anak-jangan-main-letak-je-ada-kuantiti-sepatutnya-doktor-kongsikan-jumlah-tepat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambil Vitamin Tambahkan Selera Anak Tak Berkesan Pun Doktor Kongsikan Cara Tepat

Ambil Vitamin Tambahkan Selera Anak Tak Berkesan Pun Doktor Kongsikan Cara Tepat

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 529 hits
Bila anak tidak suka makan dan hanya makan makanan ringan ibu bapa mula tercari cari vitamin yang sesuai untuk tambahkan selera anak Hakikatnya pengambilan vitamin ini tidaklah membantu malah pengambilan vitamin juga tidak mendorong kenaika...
Jika Anak Anda Ada Gigi Berlubang Jangan Cabut Dulu Ini Sebabnya

Jika Anak Anda Ada Gigi Berlubang Jangan Cabut Dulu Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 1428 hits
Bila gigi anak anak bermasalah pasti ibu bapa kebuntuan Perlukah dicabut ataupun dibiarkan Persoalan ini selalu timbul Bagi ibu bapa yang tidak tahu apa harus dilakukan baca artikel penuh ini Doktor gigi anak saya berlubang baru 5 tahun ken...
Bukan Main Sedap Dia Asah Gigi Mama Jadi Seriau Waktu Susukan Anak

Bukan Main Sedap Dia Asah Gigi Mama Jadi Seriau Waktu Susukan Anak

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 572 hits
Ketika gigi bayi mulai tumbuh biasanya mereka cenderung untuk mengalami rasa gatal pada gusi Jadi mereka cenderung untuk menggigit benda lembut untuk melegakan kegatalan gusi itu Salah satu daripadanya adalah payudara ibu Mungkin ada sesete...
Beli Termometer Yang Elok Supaya Bacaan Suhu Badan Anak Tepat Doktor Kongsi Apa Patut Dibuat Kalau Anak Demam

Beli Termometer Yang Elok Supaya Bacaan Suhu Badan Anak Tepat Doktor Kongsi Apa Patut Dibuat Kalau Anak Demam

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 755 hits
Apa yang ibu bapa perlu buat jika anak demam Kadang ibu bapa tersilap cara untuk merawat demam anak Ikuti panduan yang dikongsi oleh doktor untuk merawat anak demam Firstly rileks jangan gabra nanti caca merbaDemam biasanya terjadi apabila1...
Comelnya Tengok Anak Senyum Ada Gigi Cantik Rupanya Kena Pilih Ubat Gigi Yang Sesuai Umur

Comelnya Tengok Anak Senyum Ada Gigi Cantik Rupanya Kena Pilih Ubat Gigi Yang Sesuai Umur

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 532 hits
Penjagaan oral dan gigi anak anak memang sepatutnya dimulakan sejak si kecil anda mula tumbuh gigi Tapi kadang sebagai ibu yang mungkin tak ada pengalaman atau baru punya seorang anak pasti kurang jelas tentang pemilihan ubat gigi yang baik...
Anak Kita Lahir Nurse Doktor Orang Pertama Puji Comelnya Jangan Lupa Ucap Terima Kasih

Anak Kita Lahir Nurse Doktor Orang Pertama Puji Comelnya Jangan Lupa Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 458 hits
Saat melahirkan anak adalah saat yang paling mendebarkan itulah perjuangan antara hidup dan mati Perjuangan untuk melahirkan zuriat yang ditunggu tunggu setelah membawa perut selama 9 bulan lamanya Namun antara rasa sebak gembira dan terhar...
Jangan Bagi Anak Main Handphone Biarkan Dia Bosan Atau Menangis

Jangan Bagi Anak Main Handphone Biarkan Dia Bosan Atau Menangis

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 351 hits
Jangan Bagi Anak Main Handphone Biarkan Dia Bosan Rasa bersalah pula kalau biarkan anak kebosanan Cepat saja kita rangkakan aktiviti dek kasihankan mereka Takpun dihulurkan saja smartphone sementara menunggu hidangan sampai di restoran Baru...
Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 703 hits
Kebanyakan ibu ayah buntu mengapa anak mereka suka buat perangai Sebenarnya dalam tidak sedar kitalah yang menyebabkan mereka berperangai negatif Jika dibiarkan mungkin ia boleh berlanjutan sehingga mereka besar nanti Artikel Menarik Sebaga...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia