Bahaya Pembakaran Asap Rokok Boleh Menyebabkan Barah Paru Paru


Bahaya Pembakaran Asap Rokok Boleh Menyebabkan Barah Paru-Paru. Assalamualaikum, umum mengetahui bahawa rokok sememangnya amat bahaya pada kesihatan. Seorang penghisap rokok yang sedang merokok bukan sahaja boleh memudaratkan diri tetapi juga sebenarnya boleh menyebabkan orang yang tidak merokok mendapat kesan yang buruk apabila menghidu asap rokok.

Apabila perokok mula membakar rokok, ia dipanggil pembakaran ( burning ) atau combustion.

Berapa ramai orang yang tidak peduli dengan amaran bahaya rokok. Walaupun undang-undang dan banyak kempen larangan merokok dibuat, masih ada juga sebilangan yang tetap berdegil dan tidak mempedulikan langsung kesihatan orang di sekeliling.


Sumber gambar - pixabay
Rokok yang mengandungi bahan tembakau, apabila dibakar ia akan menghasilkan asap rokok yang mengandungi lebih 7000 bahan kimia yang bahaya. Tembakau yang dibakar pula, ia boleh mencapai suhu sekitar 900'C dan suhu ekstrem inilah yang menjadi masalah dengan perokok sekaligus boleh menjejaskan kesihatan.

Sebanyak 100 bahan kimia telah diklasifikasikan sebagai penyebab penyakit berkaitan merokok seperti karbon monoksida, tar, sianida, benzene, kadmium, methanol, hydrogen sianida dan beberapa lagi.

Tahukah anda yang Karbon Monoksida antara bahan kimia bertoksik yang kerap dijumpai dalam asap buangan kereta. Nikotin, bahan yang walaupun sedikit dalam rokok, ia memberikan rasa tenang dan kelegaan pada perokok juga boleh menyebabkan berlakunya peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, dalam rokok terdapat 7000 bahan kimia. Dan tar terdiri daripada lebih 4000 bahan kimia dimana 60 bahan kimianya bersifat karsinogen. Tar yang terbentuk di dalam asap rokok dan apabila seseorang menghidu, lama kelamaan jantung yang sihat boleh bertukar menjadi kelabu dan seterusnya menjadi hitam sekaligus boleh menjejaskan bahagian organ yang lain.

Kadmium pula merupakan logam yang sangat beracun dan bersifat radiokatif. Benzene pula antara bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak mempunyai warna serta Hidrogen Sianida merupakan racun yang digunakan untuk membunuh semut yang turut digunakan sebagai racun perosak.


Sumber gambar - pixabayBahan-bahan dalam rokok dan asap rokok inilah yang boleh memberikan kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Perokok atau orang yang berada berhampiran apabila menghidu asap rokok, asap rokok tersebut akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Hal inilah boleh menyebabkan berlakunya kerosakan tisu dalam tubuh.

Kesan jangka pendek yang berlaku seperti perokok mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut. Gigi dan gusi juga boleh menjadi kuning. Mereka juga mudah berasa letih dan sukar bernafas malah menyebabkan berlakunya pengurangkan fungsi otak yang disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.

Untuk kesan jangka panjang, rokok boleh merosakkan organ dalaman tubuh. Secondhand smoke yang dikenali sebagai environmental tobacco smoke ( ETS ) merupakan asap rokok yang dihasilkan dari hujung rokok yang menyala, kemudian asap itu dihembuskan oleh perokok.

Asap rokok itulah boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada orang dewasa yang tidak merokok seperti barah paru-paru dan penyakit jantung. Selain itu, asap rokok juga boleh menyebakan terjadinya asma, jangkitan pernafasan, batuk, otitis media ( jangkitan ditengah telinga ), dan sindrom kematian bayi dan kanak-kanak secara tiba-tiba. Bayi dan kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan.

Kesan Pada Diri Akibat Pembakaran Asap Rokok

Zaza rasa semua orang pun tentu pernah mengalami kesan daripada asap rokok kan? Begitu jugalah dengan diri zaza. Memang geram dengan sesetengah perokok yang tak mempedulikan orang sekeliling.

Zaza sendiri pun rasa nak marah kalau terjumpa perokok yang main hembus je asap sesuka hati. Selalu bila keluar makan dekat kedai-kedai tepi jalan, tengah-tengah makan ada pelanggan lain masuk dan duduk disebelah meja makan, ketika itulah nak merokok.

Nak ditegur nanti risau pula kan, ye lah sekarang ni nak tegur orang bukan boleh sangat. Dari nak tegur, terus jadi pergaduhan pula nanti. Tapi itulah memang tak selesa kalau berdepan dengan situasi sebegini tambahan pula zaza ni boleh sesak nafas kalau bau asap rokok. Rasa lemas.

Satu lagi buat zaza nak marah bila ada perokok lepas je habis hisap rokok, terus buang punting rokok tu merata-rata. Banyak kali juga terjumpa punting rokok dibuang di tepi-tepi bangunan kaki lima, dalam longkang, ada juga terjumpa dekat celah-celah pokok bunga. Keadaan ini amat mencacatkan pemandangan dan membuatkan tempat-tempat itu menjadi kotor.

Ada juga zaza tanya rakan-rakan yang pernah merokok. Ada seorang rakan ni share yang dia pernah alami batuk yang teruk akibat ketagih merokok setiap hari. Bila ia beri kesan buruk dekat badannya, memang ada rasa takut. Atas kesedaran, dia pun nekad untuk berhenti merokok. Walaupun pada awalnya memang susah untuk tinggalkan tabiat merokok tu, tapi kini dia lega sebab berjaya tinggalkannya.

Alternatif Kepada Perokok Untuk Berhenti Merokok

Rokok yang terbakar dan membebaskan lebih daripada 7000 bahan kimia bukan sahaja memudaratkan tubuh, tetapi juga memberi pencemaran kepada udara.

Walaupun seseorang perokok merokok ditempat yang kurang orang, apabila asap rokok dihembuskan ke udara, ia telah membebaskan bahan kimia berbahaya sekaligus beberapa orang yang berada berhampiran boleh terdedah dengan bahan kimia tersebut.

Oleh sebab itu, selain merokok di kawasan kurang orang, perokok juga harus beralih ke alternatif lain seperti heat-not-burn product, vape, e-rokok dan lain-lain lagi. Ia alternatif yang kurang berbahaya walaupun ia tidaklah menghilangkan bahaya sepenuhnya tetapi ia dapat membantu mengurangkan bahan kimia yang berbahaya kepada perokok dan orang disekitar mereka sebanyak 80%-90%.

Kepada perokok, berhentilah merokok. Bebaskan diri anda darinya. Jika anda telah membuat keputusan berhenti merokok, itu menandakan anda sedang berusaha untuk kearah hidup yang lebih sihat dan baik. Tetapi jika anda seorang perokok yang tidak boleh berhenti merokok, anda harus beralih kepada alternatif yang kurang berbahaya badan seperti vape atau e-cigarette. Sila lakukan untuk anda dan orang di sekitar anda.

References;

1. http://www.myhealth.gov.my/
2. https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok/kandungan-rokok
3. https://www.klikdokter.com/info-sehat/read/3628072/mengungkap-bahaya-nikotin-dan-tar-pada-rokok






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zazaiman.com/2021/08/bahaya-pembakaran-asap-rokok-boleh_25.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cengkih Boleh Buat Paru Paru Anda Berfungsi Dengan Baik

Cengkih Boleh Buat Paru Paru Anda Berfungsi Dengan Baik

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 162 hits
Cengkih boleh buat paru paru anda berfungsi dengan baik Tapi kan dah alang alang kunyah cengkih apa kata kita cuba petua amalan Allahyarham Tuan Guru Haji Hashim mudir Pondok Pasir Tumbuh Kelantan ni Allahyarham Tuan Guru Haji Hashim dah am...
8 Makanan Dan Minuman Yang Tidak Boleh Dikonsumsi Bersamaan Bahaya

8 Makanan Dan Minuman Yang Tidak Boleh Dikonsumsi Bersamaan Bahaya

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 272 hits
Ternyata benar habis makan udang baiknya jangan minum es jeruk Ada penjelasannya
Simposium Jackson Hole Boleh Menyebabkan Penurunan Emas Yang Lebih Mendalam

Simposium Jackson Hole Boleh Menyebabkan Penurunan Emas Yang Lebih Mendalam

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 201 hits
Kegagalan emas menembusi 1 800 meletakkan satu lagi risiko penjualan besar besaran Daniel Pavilonis penganalisis kanan dari RJO Futures mengatakan bahawa walaupun logam dengan cepat stabil di atas 1 700 setelah kemalangan mendadak dua mingg...
Kalau Mama Terlebih Minum Susu Bahaya Juga Ini Cadangan Hidangan Yang Mama Boleh Ambil

Kalau Mama Terlebih Minum Susu Bahaya Juga Ini Cadangan Hidangan Yang Mama Boleh Ambil

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 167 hits
Susu merupakan sejenis minuman yang baik untuk kesihatan Walau bagaimanapun semua itu merupakan sesuatu yang selalu kita dengar menerusi iklan yang ditayangkan di kaca televisyen Hakikatnya sejauh manakah kebenaran tentang faedah minum susu...
No Smoking Pembakaran Rokok Api Nampak Kecil Tapi Impaknya Sangat Besar

No Smoking Pembakaran Rokok Api Nampak Kecil Tapi Impaknya Sangat Besar

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 275 hits
No Smoking Pembakaran Rokok Api Nampak Kecil Tapi Impaknya Sangat Besar Penghisap rokok tegar ada ramai di Malaysia Antaranya arwah ayah dan abang sulungku Aku sendiri tidak tahu apakah nikmatnya menghisap rokok ini Yang pasti aku ada terba...
Mageran Boleh Ditubuhkan Jika Tiada Ahli Parlimen Cukup Sokongan Jadi Pm

Mageran Boleh Ditubuhkan Jika Tiada Ahli Parlimen Cukup Sokongan Jadi Pm

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 152 hits
hmetro comPRESIDEN Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melambaikan tangan kepada pengamal media ketika keluar dari Istana negara selepas selesai sesi menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah h...
Nak Maintain Susu Meriah Bukan Senang Kena Kuat Usaha Tenaga Ini Tips Ringkas Boleh Cuba

Nak Maintain Susu Meriah Bukan Senang Kena Kuat Usaha Tenaga Ini Tips Ringkas Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 376 hits
Momen menyusukan anak sememangnya saat yang paling indah Bonding dengan anak terasa cukup kuat Sampai saatnya bila mana susu makin berkurang dan anak sudah mula kurang minat ibu merasa kosong dan sedih Begitu kuatnya penangan menyusukan bay...
Pru Boleh Diadakan Tambah Beberapa Hari Buang Undi Penganalisis

Pru Boleh Diadakan Tambah Beberapa Hari Buang Undi Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 233 hits
AGENDA DAILY Boleh PRU15 diadakan dalam tempoh krisis pandemik ini Langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik yang dihadapi negara adalah dengan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke 15 ia dengan menambah beberapa hari kepada orang ramai ...
Sokong Anwar Tiada Jaminan Ke Syurga Dan Tak Boleh Jadi Kaya

Sokong Anwar Tiada Jaminan Ke Syurga Dan Tak Boleh Jadi Kaya

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 180 hits
Kenapa Anwar tidak layak menjadi PM Sokong Anwar tiada jaminan ke syurga dan tak boleh jadi kaya SOALAN DIJAWAB DGN PERSOALAN Siapa yg menyokong Anwar anda tidak dijamin masuk syurga dan tidak akn menjadi kaya Anwar bukan jenis manusia yg m...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Experience The Bee Heat Ac Difference Experience Superior Comfort

Dua Lelaki Warga Asing Empat Lari 70 Meter Sahaja

Bekas Pemain Import Liga M Antara Ditahan Dalam Op Kutip

Huawei Pura 70 Series

Operator Tidak Berlesen Lupus Sisa Secara Haram Swcorp Negeri Sembilan

Elegan Dalam Minimalis