Kalau Mahu Terus Di Hormati Umno Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui Pru


KUANTAN - Desakan supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) segera diadakan terus mendapat sokongan akar umbi UMNO.
Kali ini, Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, tampil berkata, parti Melayu itu memerlukan mandat baru yang lebih stabil jika ingin terus dihormati.
Katanya, walaupun wakil UMNO memegang jawatan Perdana Menteri, namun kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan 'diwarisi' daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020.
"Kita jadi kerajaan bukan melalui mandat rakyat, jadi kalau kita mahu dihormati, kena dapatkan mandat baharu.
"Bagaimana nak dapat mandat baru? mestilah melalui pilihan raya dan kalau itulah caranya, UMNO tidak ada pilihan, selain kita berdepan dengan pembangkang atau sesiapa sahaja dalam pilihan raya umum," katanya ketika ditemui di pejabatnya, lapor Malaysiakini
Ketika ditanya sama ada UMNO sudah bersedia jika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat, Ahmad Tajuddin memaklumkan, bersedia atau tidak itu bukan soal paling penting.
"Di peringkat akar umbi memang sudah lama (bersedia) bekerja, sekarang ini kita cuma nak tengok sejauh mana 'rentak' pembangkang.
"Jika dulu mereka (pembangkang) selalu meminta supaya kembalikan mandat kepada rakyat, tapi sejak akhir-akhir ini, pembangkang 'pusing cerita' kononnya kita (UMNO) yang bersungguh-sungguh mahukan PRU-15.
"Pandangan sayalah, mana ada parti yang mahu menangguhkan (PRU15) jika mereka yakin boleh menang, jadi saya fikir mereka (pembangkang) juga tidak yakin boleh menang," katanya.
Ditanya mengenai isu dihadapi pimpinan tertinggi UMNO ketika ini, dia menjelaskan suara akar umbi lebih berkuasa berbanding seorang dua pimpinan.
Katanya, kes mahkamah dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak adalah masalah peribadi dan tidak membabitkan akar umbi secara langsung.
"Itu masalah (peribadi) mereka, kekuatan UMNO selama ini disebabkan sokongan ahli akar umbi, ahli peringkat cawangan, jentera jalinan rakyat (JR) Wanita UMNO, Puteri dan semua penyokong.
"Mereka (akar umbi) ini berjuang mempertahankan UMNO bukan disebabkan nak jadi Menteri, Timbalan Menteri atau duta, tapi sebab sayangkan parti.
"Kita sudah ada pengalaman 22 bulan bersama (diperintah) Pakatan Harapan (PH), ahli akar umbi kita dah lalui kesukaran itu, mereka masih setia bersama UMNO, masih mempertahankan parti dan tidak lari (melompat) ke mana-mana," katanya.
Ketika ini, Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana berjuta-juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Manakala pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dipenjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta.
Proses rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman dalam kes penyelewengan itu akan didengar Mahkamah Persekutuan selama 10 hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini.
Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail pada 21 Jun lalu berhubung pemilihan calon 'muka baru' untuk PRU-15, Ahmad Tajuddin berkata, ia masih lagi belum muktamad.
"Kalau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah lebih empat penggal menang tapi dia masih boleh berkhidmat, boleh memastikan kemenangan UMNO, tidak ada isu berbangkit, bolehlah dia teruskan (bertanding).


"Kalau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah lebih empat penggal menang tapi dia masih boleh berkhidmat, boleh memastikan kemenangan UMNO, tidak ada isu berbangkit, bolehlah dia teruskan (bertanding).
"Tapi kalau ada masalah, tidak diterima baik oleh ahli peringkat akar umbi dan ada masalah lain (seperti kesihatan), elok bagi laluan kepada orang lain.
"Tidak semestinya kalau dia pegang jawatan di peringkat Bahagian, maka dia jadi calon, itu atas kebijaksanaan pimpinan UMNO Pahang tentukan siapa yang layak bertanding," katanya lagi.
Wan Rosdy yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang dalam sidang media di Kuantan pada 21 Jun lalu memberi gambaran ADUN yang sudah berkhidmat empat penggal atau lebih, akan digantikan dengan calon baharu.
Dia dilaporkan berkata, walaupun keputusan itu belum dimuktamadkan, tapi ia adalah antara cadangan awal dan akan diputuskan sebaik saja parlimen dibubarkan. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/07/kalau-mahu-terus-di-hormati-umno-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Presiden Umno Pru Belum Mana Datang Senarai Baharu Kata Ahmad Maslan

Ismail Presiden Umno Pru Belum Mana Datang Senarai Baharu Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 213 hits
Poster saf kepimpinan Umno yang didakwa akan berlaku selepas pemilihan parti itu mula tersebar dan mendapat perhatian setiausaha agung parti Ahmad Maslan PETALING JAYA PRU belum pemilihan belum mana datang senarai baharu itu maklum balas Se...
Nazri Dedah Salahuddin Lebih Disenangi Di Pulai Berbanding Pemimpin Umno

Nazri Dedah Salahuddin Lebih Disenangi Di Pulai Berbanding Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 132 hits
July 1 2022 Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub lebih disenangi pengundi di parlimen tersebut berbanding Datuk Nur Jazlan Mohamed kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Mohamed Nazri berkata kemenang...
Umno Dan Bn Perlu Pemimpin Yang Baharu Bersih Jujur Ikhlas Dan Berintegriti

Umno Dan Bn Perlu Pemimpin Yang Baharu Bersih Jujur Ikhlas Dan Berintegriti

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 175 hits
suaramerdeka com my07 07 2022KETIKA negara menunggu keputusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengenai pindaan perlembagaan parti UMNO yang mahu melanjutkan hayat Presiden Timbalan Presiden Naib Naib Presiden dan Ahli Ahli Majlis Ke...
Berbohong Dan Langgar Ketetapan Pau Ahli2 Umno Patut Malu Terus Berketuakan Zahid Hamidi

Berbohong Dan Langgar Ketetapan Pau Ahli2 Umno Patut Malu Terus Berketuakan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 155 hits
Pendedahan Tajuddin Abdul Rahman yang mengesahkan adanya usaha yang digerakkan oleh Ahmad Zahid Hamidi untuk meraih sokongan Ahli Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri serta kewujudan Akuan Bersumpah atau S...
Giliran Tok Mat Bersuara Mengenai Umno Kerajaan Najib Dan Pru

Giliran Tok Mat Bersuara Mengenai Umno Kerajaan Najib Dan Pru

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 502 hits
DALAM temubual bersama Asia Times Datuk Seri Mohamad Hasan secara terbuka melontarkan kritikan dan pandangan terhadap isu yang berlaku dalam UMNO serta kerajaan Mohamad yang mesra disapa dengan Tok Mat menyentuh pelbagai perkara termasuk da...
Pembukaan Sekolah Baharu Di Kawasan Lebih Padat Penduduk Kata Radzi

Pembukaan Sekolah Baharu Di Kawasan Lebih Padat Penduduk Kata Radzi

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 167 hits
Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk kata Radzi Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Jun
Pelan B Umno Didedah Mat Maslan Boleh Cetus Krisis Politik Baharu

Pelan B Umno Didedah Mat Maslan Boleh Cetus Krisis Politik Baharu

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 174 hits
agendaily com13 07 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Beberapa sumber dalaman parti mendedahkan kenyataan perancangan Pelan B yang didedahkan Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini berkemungkinan boleh mencetuskan satu lagi kris...
Berbeza Dari Running Man Kim Jongkook Ulas Lebih Rancangan Hiburan Baharu Dopojarak

Berbeza Dari Running Man Kim Jongkook Ulas Lebih Rancangan Hiburan Baharu Dopojarak

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 361 hits
Siap sedia untuk saksikan penampilan Kim Jong kook dalam rancangan hiburan baharu Dopojarak ARTIKEL BERKAITAN Pada 7 Julai sidang media bagi program hiburan MBC baharu Dopojarak telah diadakan Pada hari itu Kim Jong kook sebagai salah seora...
Nikmati Saluran Baharu Oppa Mania Untuk Lebih Program Korea Dari 1 Julai

Nikmati Saluran Baharu Oppa Mania Untuk Lebih Program Korea Dari 1 Julai

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 220 hits
Para pelanggan Astro boleh menantikan saluran baharu Oppa Mania untuk mengubat Demam Oppa mereka dengan drama drama Korea dan Thai terhangat program kepelbagaian Korea konsert K pop menarik serta filem filem Korea dan The post appeared firs...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It