Kalau Dah Selalu Ghaib Dan Tidak Hadir Mesyuarat Tak Usahlah Mengada Ngada Nak Rasmikan Mesyuarat




Walaupun sedar dirinya telah tidak hadir mesyuarat selama setahun, Azmin Ali nampaknya masih tidak berpuas hati apabila namanya digugurkan daripada merasmikan Kongres AMK Keadilan pada 6 Disember depan.

Lantaran itu, beliau menuduh wujudnya tangan ghaib di sebalik pengguguran namanya itu.

Menurut Azmin, tanpa kewujudan tangan ghaib itu, tidak mungkin Ketua AMK, Akmal Nasir ada keberanian untuk berbuat demikian.

Sementara harus disedari bahawa keputusan menggugurkan Azmin adalah keputusan mesyuarat AMK dan bukannya tindakan Akmal secara sendirian, hakikat yang mesti disedari ialah Timbalan Presiden itu sendiri yang mengghaibkan dirinya selama ini.

Dengan kedudukan sebagai pemimpin nombor dua dalam PKR, adalah tidak boleh diterima sama sekali tindakannya mengghaibkan diri dengan tidak hadir mesyuarat MPP dan Biro Politik selama setahun lamanya.

Malah, kalau ikut peraturan parti yang menyebut ketidakhadiran dalam mesyuarat selama tiga kali berturut-turut, seseorang itu boleh terlucut jawatannya, maka tidak dilucutkan jawatannya pun sebenarnya sudah cukup baik bagi Azmin.

Untuk itu, tidak usahnya Azmin terlalu berkecil hati, marah atau kecewa dengan pengguguran namanya daripada merasmikan Kongres AMK itu.

Insaf dan bermuhasabahlah bahawa semua yang berlaku ini berpunca daripada kesalahan dirinya juga.

Dalam bahasa mudah, kalau sudah setahun ghaib begitu saja dan tidak hadir mesyuarat parti, tak usahlah tiba-tiba meroyan serta mengada-ngada mahu merasmikan mesyuarat.

Kalau beliau sentiasa hadir mesyuarat, tentulah tidak jadi begini dan pasti  dirinya tidak semudah itu untuk diketepikan oleh sesiapa.

Sebaliknya, jika beliau digugurkan juga daripada merasmikan Kongres AMK, sedangkan dirinya tidak pernah ponteng mesyuarat, maka ketika itu barulah kesalahan sepenuhnya boleh diletakkan kepada Akmal atau mungkin ada wujud tangan ghaib di sebaliknya.

Tetapi, nyata kini kerana beliau sendiri telah ghaib selama setahun, maka kelayakannya untuk beraksi di pentas parti tentulah tidaklah sama seperti orang yang tidak pernah mengabaikan kepada parti.

Bagaimanapun, oleh kerana parti tetap bersikap baik hati dan Azmin tidak diambil apa-apa tindakan  atas keghaiban dirinya yang tidak hadir mesyuarat selama setahun itu, beliau kini masih lagi merupakan Timbalan Presiden PKR.

Sekurang-kurangnya dengan tidak dilucut atau digugurkan jawatannya sekarang ini, Azmin masih boleh lagi merasmikan satu lagi sayap parti iaitu Kongres Wanita PKR.

Maka, buat penyokong Azmin dan sekelompok kecil pemimpin AMK yang sama perangai suka tidak hadir mesyuarat sepertinya, mereka bolehlah berpindah beramai-ramai ke Kongres Wanita PKR untuk melepaskan rindu dendam mendengar ucapan pemimpin kesayangan mereka itu.

Maklumlah, sudah setahun tidak mendengar beliau berucap dalam mesyuarat dan acara-acara parti, tentulah ada yang rindu bukan saja mendengar ucapannya, malah juga untuk menatap wajahnya.

Wajah yang mirip sepertinya dalam video pula masih tidak dapat disahkan  oleh pihak polis sehingga kini sama ada dirinya atau ada pelanduk lain yang hampir serupa.

Kalau tidak, boleh jugalah melepaskan rindu menonton video tersebut berulang-ulang kali. (ShahbudinHusin 16/11/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/kalau-dah-selalu-ghaib-dan-tidak-hadir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Zuraida Tak Hadir Mesyuarat Biro Politik Pkr Lagi

Azmin Zuraida Tak Hadir Mesyuarat Biro Politik Pkr Lagi

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 378 hits
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin tidak menghadiri mesyuarat Biro Politik parti itu yang membincangkan pertemuan mereka dengan lebih 20 ahli Parlimen Barisan Nasional pada malam Isnin lalu Ia selep...
Anwar Gesa Azmin Hadir Mesyuarat Beri Penjelasan

Anwar Gesa Azmin Hadir Mesyuarat Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 366 hits
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu menghadirkan diri ke Mesyuarat Biro Politik PKR yang akan diadakan malam esok Gesaan itu disuarakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan Azmin wajib...
Kalau Boleh Hari Hari Nak Scan Baby Tak Perlu Selalu Dia Pun Tak Nak Tunjuk Muka

Kalau Boleh Hari Hari Nak Scan Baby Tak Perlu Selalu Dia Pun Tak Nak Tunjuk Muka

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 871 hits
Normal jika ibu hamil berasa teruja untuk membuat ujian imbasan Yalah mahu juga tahu macam mana keadaan anak di dalam tu kan Apabila anda berkunjung ke klinik kesihatan mahupun hospital ada masanya doktor tidak akan melakukan ujian ini terh...
Dalam Setiap Inci Rezeki Saya Ada Rezeki Untuk Isteri Juga Tak Susah Nak Gembirakan Isteri Serahkan Kad Bank Korang Jer

Dalam Setiap Inci Rezeki Saya Ada Rezeki Untuk Isteri Juga Tak Susah Nak Gembirakan Isteri Serahkan Kad Bank Korang Jer

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 325 hits
Apa juga yang dibuat secara berlebihan akan jadi kurang baik Samalah dengan kad debit I ni jika digunakan berlebihan pasti akan mendatangkan kemudaratan kata saya sambil berseloroh Tersengih sengih manis isteri saya dalam kereta depan Watso...
Adakah Kita Nak Jawi Kenyataan Calon Bn Prk Tanjung Piai Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Adakah Kita Nak Jawi Kenyataan Calon Bn Prk Tanjung Piai Undang Pelbagai Reaksi Netizen

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 460 hits
Adakah kita nak Jawi Kenyataan Calon BN PRK Tanjung Piai undang pelbagai reaksi netizenSelasa lalu MalaysiaKini melaporkan calon Barisan Nasional Wee Jeck Seng di PRK Tanjung Piai kerap mengulang ulang ungkapan Alhamdulillah dan Insya Allah...
Dari Info Ibu Kandung Cuba Ambil Anak Anak Tak Nak Ikut Video Pasangan Berebut Anak Di Cyberjaya

Dari Info Ibu Kandung Cuba Ambil Anak Anak Tak Nak Ikut Video Pasangan Berebut Anak Di Cyberjaya

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 869 hits
Viral di media sosial kini video pergaduhan yang didakwa berlaku di hadapan sekolah di Cyberjaya Berdasarkan video tersebut kelihatan seorang lelaki yang dipercayai pemandu Proton Perdana bertindak memecahkan cermin kereta yang menghalang l...
Bayar Guna Duit Seringgit Peniaga Tersentuh Budak Darjah 5 Semangat Kumpul Duit Semata Mata Nak Makan Corndog

Bayar Guna Duit Seringgit Peniaga Tersentuh Budak Darjah 5 Semangat Kumpul Duit Semata Mata Nak Makan Corndog

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 420 hits
Sudah menjadi adat dalam perniagaan untung dan rugi Bermula dengan niat yang baik pastinya akan memperolehi rezeki yang melimpah Senang kata tak mustahil untuk semua ini berlaku Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter Kinafairy ...
Nak Menjadi Lelaki Berjaya Jangan Kedekut Dengan Anak Isteri

Nak Menjadi Lelaki Berjaya Jangan Kedekut Dengan Anak Isteri

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 855 hits
Lelaki kalau nak berjaya tak boleh kedekut dengan orang sekeliling Terutamanya dengan anak bini sendiri Apa yang Tuhan bagi tu bukan milik kita 100 Dalam tu ada milik orang miskin sanak saudara dan mungkin juga hakmilik anak yatim Tak musta...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj

Karisma Mpp Ipt 2025 Kpt Serius Bentuk Pemimpin Mahasiswa Madani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Tops Open Data Rankings In Historic First

We Re Not Just On Social Media Sabah Muda Tells Analysts

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Working With Bn Has Cons For Ph Too Says Pkr S Hassan

Misi Ke Asrama Penuh 2026 Persediaan Pksk Dan Ukkm Dari Rumah Secara Online

Biskut Dalgona Squid Game