Kalau Boleh Hari Hari Nak Scan Baby Tak Perlu Selalu Dia Pun Tak Nak Tunjuk Muka


Normal jika ibu hamil berasa teruja untuk membuat ujian imbasan. Yalah, mahu juga tahu macam mana keadaan anak di ‘dalam’ tu kan? Apabila anda berkunjung ke klinik kesihatan mahupun hospital, ada masanya doktor tidak akan melakukan ujian ini terhadap anda. Jangan pula kata doktor itu pemalas.
Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menerangkan tentang keperluan melakukan ujian imbasan ini. Tidak perlulah selalu, ada masa-masa penting yang perlu dititikberatkan. Ikuti apa penjelasan dari Dr Izzat berkaitan hal ini.

“ Eh, kenapa tak scan pun hari ini? Jumpa doktor A minggu lepas dia buat scan. Jumpa doktor B minggu ni tak scan pun.
Memang sah, doktor B PEMALAS, makan GAJI BUTA! “
Macam ni pun ada? Meh saya nak terangkan sikit mengapa dan bila perlu scan baby 👶🏻
Artikel MenariK: [Mulut Bersih, Gigi Elok Boleh Buat Wanita Lebih Subur. Suami Pun ‘Mendekat’]
Scan dicadangkan ketika 3 peringkat kehamilan iaitu :
✏️Trimester pertama ( 11-14 minggu )– untuk confirmkan tarikh dijangka bersalin, dan menentukan minggu kehamilan
– melihat tumbesaran bayi pada trimester pertama
– nak mengenalpasti sama ada kehamilan kembar atau tiga atau lebih

Masa scan ni, boleh nampak dah kepala bayi, tulang belakang, tangan, kaki, denyutan jantung. Bila nampak bahagian-bahagian penting ini, kita boleh menghela nafas lega kerana bayi yang dikandungnya sekarang boleh dikatakan normal. Kadang-kadang scan biasa ( melalui perut ibu) tidak berapa jelas, perlu melakukan scan dari bawah ( transvaginal) untuk mendapatkan imej yang jelas kerana ianya berhampiran dengan rahim.
Masa buat scan ini, untuk ibu yang berisiko, akan dicadangkan untuk ukur ketebalan cairan terdapat pada belakang leher bayi – Nuchal translucency (NT). Dengan kombinasi NT mahupun ujian darah mampu meramalkan risiko bayi menghidap sindrom Down.
Kalau kembar pula, jenis uri perlu dikenalpasti samada kembar berkongsi uri yang sama atau uri yang berbeza. Follow up berbeza untuk jenis-jenis kembar yang berlainan.
✏️Detail scan ( 18-22 minggu)Scan ini seolah-olah macam melakukan pemeriksaan menyeluruh pada bayi dalam kandungan. Kepala, muka, jantung, perut, peparu, pundi kencing, buah pinggang, tangan, kaki, jari kaki, jari tangan, mulut, tali pusat, kedudukan uri, jantina, kuantiti air mentuban diperiksa dengan teliti. Scan jenis ini mengambil masa yang agak lama sedikit dan memerlukan ‘tukang scan’ fokus pada skrin. Maka janganlah dianggap mereka sombong sebab tak melayan pertanyaan anda ketika scan. Mereka perlu fokus dan tidak boleh ada gangguan.
Walaupun fokus, kadang-kadang ada sesetengah struktur yang tak jelas dan anda diminta datang semula pada hari lain untuk ulangan scan.

Perlu diingatkan, majoriti bayi adalah bayi yang normal. Kecacatan hanya berlaku dalam 1 dalam 100 kehamilan. Walaupun scan yang dilakukan dengan teliti sekalipun, ada beberapa ketidaknormalan yang mungkin tidak nampak pada scan, dan mungkin nampak bila kandungan dah membesar sedikit.
✏️Scan tumbesaran ( selepas 32 minggu )Tumbesaran bayi boleh dipantau melalui scan yang dilakukan secara berkala. Diameter kepala, ukur lilit kepala, ukur lilit abdomen, panjang tulang kaki ( femur) akan diukur. Berat bayi dan air mentuban juga turut diukur. Kesemua bacaan ini akan diplotkan ke atas graf tumbesaran bayi untuk melihat bayi membesar atau tak.
Artikel Menarik: [Muntah Mula-Mula Mengandung Tu Biasa, Tapi Ada Ibu Yang ‘Mabuk’ Sampai 9 Bulan. Seksa!]

Scan pada peringkat awal kehamilan, sebelum 10 minggu – TIDAK dijalankan secara rutin, kecuali:
☑️Untuk confirmkan mengandung – jika ujian air kencing samar-samar, period tak teratur, ataupun pernah keguguran sebelumnya.
☑️Berlaku pendarahan ketika awal kehamilan
☑️Jika doktor berasakan pesakit mengalami kehamilan luar rahim, atau pesakit sendiri pernah mengandung luar rahim.
Scan perlu dibuat pada masa yang betul ketika hamil, supaya kita mendapat maklumat yang betul mengenai kehamilan.
Artikel Menarik: [Berebar-Debar Tunggu Result UPT, Tapi Cuma Naik 1 Line. Luluhnya Hati, Hanya Tuhan Yang Tahu]
Scan hari-hari tidak memberikan sebarang kelebihan dan tidak mengubah apa-apa dari segi rancangan perawatan pesakit.
Semoga dengan penerangan Dr Izzat dapat memberi input kepada ibu hamil tentang jenis-jenis ujian imbasan yang paling penting untuk dibuat ketika anda mengandung. Banyak sebab mengapa kita teruja untuk buat scan, tetapi kalau sampai membazir pun tak elok juga. Pa&Ma mendoakan agar ibu hamil di luar sana semuanya dipermudahkan urusan bersalin anda nanti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/11/kalau-boleh-hari-hari-nak-scan-baby-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Nak Cuti Sekolah Ini 10 Idea Hantaran Korang Boleh Guna Di Hari Bahagia

Dah Nak Cuti Sekolah Ini 10 Idea Hantaran Korang Boleh Guna Di Hari Bahagia

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 993 hits
Sudah menjadi adat bagi orang orang Melayu perkara yang berkaitan hantaran mestilah mahukan barang yang mahal agar nampak cantik dan mewah Orang kata sekali seumur hidup kan Jadi ramai bakal pengantin yang terpaksa ada bajet tinggi untuk me...
Abah Nak Cuba Boleh Abah Tak Pernah Pakai Permintaan Ayah Di Hari Konvo Buat Hati Anak Sebak

Abah Nak Cuba Boleh Abah Tak Pernah Pakai Permintaan Ayah Di Hari Konvo Buat Hati Anak Sebak

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 670 hits
Masih lagi dengan musim graduasi pasti ramai yang berasa teruja untuk bergaya dengan jubah graduasi masing masing Ibu bapa juga pasti berasa gembira teruja dan bangga dengan kejayaan yang dirangkul anak anak mereka Kehadiran ibu bapa ahli k...
Ikut Suka Je Nak Gomol Baby Orang Banyak Virus Yang Boleh Datang Dari Kita Jangkit Pada Dia

Ikut Suka Je Nak Gomol Baby Orang Banyak Virus Yang Boleh Datang Dari Kita Jangkit Pada Dia

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 463 hits
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita melawat ibu baru bersalin dan bayinya sebaik mereka keluar dari hospital Bau bayi sangat harum dan boleh buat kita hilang rasa stres Tapi sebenarnya tak elok kalau kita terlalu menggomol dan menicum bayi b...
Gigi Baru Nak Tumbuh Kadang Kadang Boleh Demam Anak Mak Ayah Diingatkan Supaya Rajin Angkat Bibir Baby

Gigi Baru Nak Tumbuh Kadang Kadang Boleh Demam Anak Mak Ayah Diingatkan Supaya Rajin Angkat Bibir Baby

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 1087 hits
Setiap daripada pasangan yang baru sahaja dikurniakan dengan cahaya mata pastinya akan mula tertanya tanya pada umur berapakah gigi bayi mereka akan tumbuh Ini kerana ada diantara ibu bapa ini yang tiada pengalaman serta kepakaran untuk men...
Guna Kenderaan Awam Setiap Hari Pun Boleh Dapat Hadiah Jarang Jarang Berlaku Ni

Guna Kenderaan Awam Setiap Hari Pun Boleh Dapat Hadiah Jarang Jarang Berlaku Ni

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 344 hits
Bukan main lagi zaman sekarang ni guna public transport setiap hari pun dah boleh dapat hadiah menarik Bukan itu sahaja yang peliknya The post appeared first on
Senangnya Nak Sediakan Puding Roti Anak Ni 3 Bahan Je Dah Boleh Masak Sedap

Senangnya Nak Sediakan Puding Roti Anak Ni 3 Bahan Je Dah Boleh Masak Sedap

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 403 hits
Tidak dinafikan ada diantara anak anak kita cukup sukakan kuih muih yang manis Apa lagi kek yang beraneka rasa dan rupa Semua ini buat anak tertarik untuk makan Pun begitu sebagai ibu sebaiknya cubanya mengawal kandungan gula yang terdapat ...
Nak Pergi Interview Ini 5 Jawapan Yang Boleh Buat Anda Gagal Dalam Temu Duga

Nak Pergi Interview Ini 5 Jawapan Yang Boleh Buat Anda Gagal Dalam Temu Duga

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 383 hits
Sebab inilah ramai graduan fresh graduate sering direject oleh bakal majikan mereka on the sport semasa temuduga kerja Jawapan yang diberikan mereka tidak bersesuaian dengan soalan yang ditanya Lain yang ditnya lain yang dijawab Situasi Per...
Bila Anak Dah Besar Sikit Kulit Mula Kusam Cara Ini Boleh Dapatkan Balik Kulit Baby

Bila Anak Dah Besar Sikit Kulit Mula Kusam Cara Ini Boleh Dapatkan Balik Kulit Baby

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 423 hits
Macam kulit baby Sudah menjadi kebiasaan untuk orang membandingkan kulit yang lembut dan cantik seolah olah memiliki kulit semulus kulit bayi Bukan sahaja orang dewasa malah ramai ibu bapa juga pasti menginginkan anak anak mereka mempunyai ...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Rawatan Hoarding Disorder Atau Penyakit Orang Suka Simpan Barang Dalam Rumah

Apa Itu Crash Diet Dan Kesan Kritikal Crash Diet Walaupun Turun Berat Badan Cepat

Pasaran Saham As Melantun Dari Paras Sokongan Menjelang Berita Berimpak Tinggi

Ujian Diagnostik Tingkatan 1 Contoh Soalan Bm Matematik Sains

Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Sri Pahang Fc Perlu Atasi Segera Masalah Ketumpulan Jentera Serangan

Kematian Isteri Pempengaruh Polis Rampas Enam Ubat Dipercayai Dari Jepun