Kalau Anak Liat Nak Makan Nasi Jangan Risau Gantikan Dengan Karbohidrat Lain


Sebagai ibu bapa, anda pasti pernah berdepan situasi di mana si kecil tidak mahu makan nasi, betul tak? Jangan risau kerana terdapat pelbagai pilihan makanan karbohidrat yang boleh diberikan.

Makanan karbohidrat
Karbohidrat atau singkatannya karbo adalah sumber tenaga utama tubuh. Ia boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan:
Ringkas – Mudah dicerna tubuh dan sering dijumpai dalam kek, biskut dan makanan lain dengan gula halus. Terdapat juga dalam buah-buahan dan produk tenusu
Kompleks – Terdapat dalam bijirin dan sayuran berkanji serta memerlukan lebih masa untuk dicernakan. Boleh ditemui dalam pelbagai jenis roti dan bijirin gandum penuh
Kanak-kanak memerlukan makanan karbo kerana:
Digunakan tubuh sebagai sumber tenaga
Karbohidrat akan dipecahkan tubuh kepada gula ringkas yang kemudiannya beredar dalam aliran darah dan digunakan sel-sel badan untuk tenaga.
Kanak-kanak sangat aktif – sentiasa bergerak, bercakap dan belajar – mereka memerlukan banyak tenaga untuk menyemarakkan hari mereka.
Mengawal pengambilan karbohidrat dalam pemakanan kanak-kanak boleh mengehadkan jumlah tenaga mereka pada siang hari dan membuatkan mereka berasa letih.
Kanak-kanak juga dalam proses tumbesaran dan tubuh perlu bekerja keras untuk menjadikan mereka lebih kuat – ini juga memerlukan tenaga.

Untuk merangsang otak
Otak menggunakan glukosa – salah satu gula ringkas, sebagai sumber tenaga utamanya. Kanak-kanak memerlukan karbohidrat untuk kekal berjaga dan memastikan otak berfungsi dengan baik.
Ia penting untuk semua kanak-kanak, khususnya yang bersekolah sepanjang hari dan perlu menumpukan perhatian untuk jangka masa lama.
Mengehadkan pengambilan karbohidrat ringkas dan gula halus amat digalakkan, cuma anda tidak seharusnya mengurangkan jenis makanan karbohidrat lain daripada diet anak sepenuhnya.
Sebaiknya pelbagaikan variasi makanan dan cuba untuk masukkan karbohidrat kompleks.
Jenis makanan karbohidrat
Banyak makanan mempunyai karbohidrat, namun dalam aspek pemakanan kanak-kanak adalah penting untuk memilih karbo yang turut mengandungi nutrien lain.
Ini untuk memastikan tubuh tidak hanya dibekalkan dengan gula tetapi bersama nutrien lain yang turut diperlukan untuk berfungsi.
Bijian, roti & bijirin
Apabila memilih karbohidrat dalam bentuk roti, sebaiknya pilihlah yang tinggi kandungan serat dan rendah GI kerana ia memberikan lebih nutrisi dan membuatkan anak kenyang untuk tempoh lebih lama.

Sayur-sayuran
Sayuran berkanji seperti kentang, jagung, ubi keledek dan labu semuanya mengandungi karbohidrat dan merupakan makanan kaya nutrien seperti vitamin dan mineral lain serta sumber serat yang baik.
Legum / kacang
Kekacang adalah sumber protein, vitamin B, zat besi dan folat yang baik. Ia rendah GI dan menjadikan anak kenyang lebih lama. Contoh pilihan termasuklah kacang pis dan lentil.
Buah-buahan
Semua buah mengandungi karbohidrat – dalam bentuk fruktosa dan glukosa.
Pengambilan buah dalam diet pemakanan kanak-kanak, bukan sahaja memberikan tubuh mereka karbohidrat tetapi juga manfaat lain seperti vitamin, mineral dan serat.
Tenusu, antara makanan karbohidrat
Kandungan karbohidrat dalam produk tenusu dikenali sebagai laktosa. Ia kaya nutrien yang menyumbang sejumlah kalsium dan protein kepada tubuh.
Makanan tambahan (sekali-sekala)
Kek, pastri, pai, donut, kerepek, gula-gula dan semua minuman manis mengandungi karbohidrat.
Namun ia adalah makanan tidak berkhasiat kerana tidak memberikan manfaat pemakanan serta tinggi tenaga (kilojoule), lemak, gula dan natrium.
#Indeks glisemik (GI)
GI ialah ukuran kadar paras gula dalam darah yang meningkat selepas pengambilan makanan tertentu. Ia hanya boleh diukur dalam makanan yang mengandungi karbohidrat.
Pemakanan kanak-kanak: Keperluan serat pemakanan harian
Roti putih, pasta dan nasi semuanya merupakan sumber karbohidrat, tetapi ia adalah halus dan rendah serat makanan.
Sebaiknya, jadikan separuh daripada diet pemakanan kanak-kanak adalah bijirin penuh sebagai pilihan gaya hidup lebih sihat untuk anda sekeluarga.
Terdapat banyak pilihan bijirin penuh lazat termasuklah keropok, roti, pasta, bijirin, beras perang dan tortilla jagung.
Cara lain untuk memasukkan lebih serat makanan adalah dengan memilih buah-buahan sepenuhnya berbanding 100% jus buah, termasuklah sayuran.
Menjadikan makanan karbohidrat sebagai diet harian
Tidak mengapa jika anak agak liat untuk makan nasi kerana terdapat pilihan karbohidrat lain boleh diberikan.
Untuk memastikan pemakanan kanak-kanak sihat dan seimbang, pilihlah karbohidrat yang baik dengan memberikan anak bijirin penuh, buah-buahan, sayuran dan produk tenusu rendah lemak.
Dalam masa yang sama hadkan juga pengambilan makanan yang mengandungi gula tambahan serta galakkan anak untuk aktif setiap hari.
Sebagai ibu bapa juga, anda perlu menunjukkan contoh yang terbaik buat mereka.
Ini kerana apabila anak melihat anda mengamalkan tabiat sihat, ia secara tidak langsung akan membuatkan mereka turut mengikutinya, sekali gus menjamin gaya hidup lebih sihat pada zaman kanak-kanak hingga dewasa kelak.
Kredit: Hello Doktor

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Kalau Anak Liat Nak Makan Nasi, Jangan Risau. Gantikan Dengan Karbohidrat Lain appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-anak-liat-nak-makan-nasi-jangan-risau-gantikan-dengan-karbohidrat-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Dibuang Biji Jambu Batu Biar Anak Makan Mudah Nak Berak

Jangan Dibuang Biji Jambu Batu Biar Anak Makan Mudah Nak Berak

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 284 hits
Jangan DiBuang Biji Jambu Batu Biar Anak Makan Mudah Nak Berak Kena buang biji jambu batu ni Bahaya Kalau bagi anak anak makan jambu batu situasi di atas mesti selalu jadi kan Ini kerana kita telah dimomok dengan fahaman biji jambu batu tid...
Sebelum Keluar Arwah Cium Anak Anak Pernah Beritahu Nak Cari Kerja Lain

Sebelum Keluar Arwah Cium Anak Anak Pernah Beritahu Nak Cari Kerja Lain

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 229 hits
Sebelum keluar bekerja arwah suami sempat memberi ciuman kepada anak kami Nurhannan Fitrysha 3 dan Muhammad Hafiy Fahri yang baru berusia tujuh bulan Itulah kenangan terakhir anak bersama arwah ayahnya Menurut Nor Shahida Saidin arwah suami...
House Of Briyani Temerloh Port Makan Nasi Briyani Nak Ootd Pun Cantik

House Of Briyani Temerloh Port Makan Nasi Briyani Nak Ootd Pun Cantik

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 748 hits
House Of Briyani Temerloh Port Makan Nasi Briyani Nak OOTD Pun Cantik Assalamualaikum dan hi korang Sambung lagi pasal makan makan Kali ini tempat makanan pilihan zaza adalah House of Briyani dekat Temerloh Siapa yang dah pernah singgah mak...
Nak Otak Anak Cergas Wajib Buat Sarapan Pagi Jangan Skip

Nak Otak Anak Cergas Wajib Buat Sarapan Pagi Jangan Skip

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 360 hits
Sesibuk mana pun seorang ibu lebih lebih lagi bagi yang bekerjaya anda tetap perlu luangkan masa untuk sediakan sarapan pagi buat anak anak Sarapan yang disediakan sendiri oleh ibu lebih terjamin kebersihan dan tentu sekali dibuat dengan pe...
Pergilah Nanti Momok Ambil Jangan Buat Main Takutkan Anak Besar Jadi Penakut

Pergilah Nanti Momok Ambil Jangan Buat Main Takutkan Anak Besar Jadi Penakut

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 312 hits
Pergilah situ Nanti momok ambik Memang mudah disiplinkan anak dengan takut takutkan mereka ni Kelakar pun ada Tapi ketahuilah kesan jangka masa panjangnya lebih buruk Kita mungkin fikir sepanjang anak dewasa ketakutan tu akan hilang Hakikat...
Menu Anak 9 10 Bulan Buat Anak Tak Bosan Makan Semua Sedap Sedap

Menu Anak 9 10 Bulan Buat Anak Tak Bosan Makan Semua Sedap Sedap

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 258 hits
Bila bayi semakin membesar anak semakin bijak menolak jenis jenis makanan tertentu Ibu lah yang perlu bijak berkreatif untuk menarik perhatian anak kecil Selain menu berat menu menu ringkas tetapi sihat boleh juga dijadikan kudapan untuk an...
Anak Bukan Alasan Mak Ayah Nak Dating Curi Masa Berdua Baru Makin Mesra

Anak Bukan Alasan Mak Ayah Nak Dating Curi Masa Berdua Baru Makin Mesra

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 334 hits
Bila mak ayah di depan televisyen asal sahaja nak pegang pegang tangan mulalah anak marah dan jeling Benar tapi sebagai suami dan isteri kenalah pandai curi curi masa Anak bukan alasan kalau kemahuan mahu sentiasa bersama Perkongsian ini be...
Hiburan Sengaja Dera Aeril Jaga Anak Wawa Zainal Dah Nak Tutup Kilang

Hiburan Sengaja Dera Aeril Jaga Anak Wawa Zainal Dah Nak Tutup Kilang

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 249 hits
Gelagat pelakon dan juga usahawan yang bertindak membuli suaminya pelakon Aeril Zafrel ternyata telah mencuit hati peminat di Instagram 6 hari lalu Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Selamat Timang Cahaya Mata Ke 4AdvertisementWawa yang menyuruh ...
Anak Kerap Demam Hidung Tersumbat Jangan Abaikan Elemen Pengudaraan Penting

Anak Kerap Demam Hidung Tersumbat Jangan Abaikan Elemen Pengudaraan Penting

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 306 hits
Bergelar ibu dan bapa sebenarnya bukan mudah Bukan hanya melihat setiap perkembangan anak bahkan pelbagai perkara perlu diberikan perhatian Berdepan dengan masalah anak tidak sihat demam dan sebagainya menjadi salah satu cabaran terawal bag...
Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi