Kalau Aiman Tak Buat Kerja Kita Adi Sama Dia Anwar
Kumara Sabapatty                                                                                                                                                                                              Ahli  Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program  Malam Kebudayaan Komuniti India  sempena Pilihan Raya Kecil N.24  Semenyih di Bandar Rinching, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI 
SEMENYIH – Pengundi India diminta supaya memberi sokongan  kepada calon Pakatan Harapan (PH), Muhammed Aiman Zainali dalam PRK DUN  Semenyih.
 Presiden PKR, Datuk seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada  Malam  Kebudayaan bersama Pengundi India Semenyih PH berkata, mesej itu penting  untuk PH memastikan agenda Semenyih diangkat ke peringkat negeri dan  tidak diketepikan.
 “Kita kadang-kadang cepat lupa..kalau Najib (Razak) turun di sini  nanti Muniandy ke siapa nampak dia terus cium tangan..oh kadavule (ya  Tuhan).
 “Satu dunia tahu kejutan yangberlaku pada PRU-14 lalu yang mana UMNO BN dijatuhkan oleh PH.
 “Tapi kawan kawan (mansyarakat India) pastikan jangan membenarkan  kerosakan dahulu (BN) berulang kali ini di negeri ini yang mana kekayaan  harta dan wang dicuri bukan satu sen tapi ribu-ribu,” katanya.
 Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau sedar keluhan rakyat mengenai kenaikan barang dan sebagainya.
 “Dua tiga hari tak boleh selesai tapi sedikit sedikit boleh bawa kebaikan perubahan dibawah kepimpinan Tun M (Mahathir Mohamad).
 “Itu sebabnya Semenyih mesti menang dan dipertahankan oleh PH. Saya  mau tengok pada hari undi percaya muka muka undi masyarakat India di  sini beri sokongan paling kukuh.
 “Aiman mahu jadi wakil rakyat bukan curi tanah dan bukan projek masuk  poket kalau dia buat itu nanti kita ‘adi’ (pukul) sama dia  (berseloroh),” katanya lagi.
 Menurutnya lagi di Port Dickson beliau memperoleh sokongan undi orang  India yang cukup tinggi dan mahu aura sama diterjemahkan oleh pengundi  India di Semenyih pada 2 Mac ini.
 “Aaya salute (tabik) mereka (pengundi India) sokongan undi paling  tinggi hampir 80 peratus di PRK Port Dickson lalu. Saya nak di Semenyih  begitu juga,” tegasnya.- MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/kalau-aiman-tak-buat-kerja-kita-adi.html