Kajian Microsoft Dedah 40 Pekerjaan Yang Mungkin Berisiko Digantikan Ai
Kajian Microsoft Dedah 40 Pekerjaan Yang Mungkin Berisiko Digantikan AI
Satu kajian oleh Microsoft telah mencetuskan perbincangan global mengenai masa depan pekerjaan dan bagaimana chatbot AI seperti Copilot kini sedang mengubah landskap tempat kerja moden, lapor The Economic Times.
Dengan menganalisis lebih 200,000 interaksi sebenar pengguna Copilot merentasi pelbagai industri di Amerika Syarikat, para penyelidik mengenal pasti 40 jenis pekerjaan yang paling terkesan dengan kehadiran AI generatif dan juga pekerjaan yang hampir tidak mendapat manfaat daripada teknologi chatbot ini.
Kajian ini dianggap membuka mata dan amat relevan ketika semakin banyak syarikat mengintegrasikan alat AI dalam tugasan harian.
Pasukan penyelidik Microsoft memberi tumpuan untuk memahami bagaimana AI generatif seperti Copilot dan ChatGPT digunakan dalam pelbagai jenis pekerjaan.
BACA: AI Dilapor Berjaya Kesan Asteroid Besar Yang Gagal Dikesan Saintis
Kajian ini tidak menumpukan kepada ramalan kehilangan pekerjaan atau automasi, sebaliknya menilai sesuatu yang dipanggil ‘kebolehgunaan AI’ (AI applicability). Ia adalah seberapa kerap pekerja menggunakan chatbot, sejauh mana interaksi tersebut berjaya, dan sama ada teknologi itu membantu menyelesaikan tugasan kerja sebenar.
Dalam erti kata mudah, laporan ini memetakan sejauh mana tugasan sesuatu pekerjaan selari dengan keupayaan alat AI. Semakin selari tugasan pekerjaan itu dengan fungsi AI, semakin tinggi skor ‘pertindihan AI’ (AI overlap) untuk pekerjaan tersebut.
Antara pekerjaan dengan AI overlap tertinggi adalah jurubahasa dan penterjemah, ahli sejarah dan wakil jualan (perkhidmatan). Untuk senarai penuh, anda boleh lihat di bawah ini.

Kredit: Microsoft
Peranan-peranan ini selalunya melibatkan komunikasi berulang, penghasilan kandungan, meringkaskan maklumat, menjawab soalan, atau mengambil data. Seperti yang kita tahu, semua ini adalah bidang di mana chatbot AI sudah pun menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang.
Bagaimanapun, tugas-tugas yang memerlukan kehadiran fizikal, tenaga buruh, manual atau penjagaan emosi masih tidak terkesan dengan revolusi AI. Kajian Microsoft turut menyenaraikan 40 pekerjaan yang menunjukkan pertindihan paling rendah dengan AI, bermaksud alat chatbot pada masa kini hampir tidak dapat menyokong atau mengautomasi tugas-tugas dalam bidang ini.

Kredit: Microsoft
Walaupun terdapat pekerjaan dengan tahap pertindihan AI yang tinggi seperti penterjemahan atau penulisan, tenaga profesional manusia masih sangat diperlukan. Alat AI seperti Copilot digunakan untuk meningkatkan produktiviti, bukan menggantikan pekerja.
Microsoft juga menjelaskan bahawa kajian ini hanya tertumpu kepada AI generatif berasaskan teks, bukan teknologi robotik atau automasi fizikal. Ini bermaksud, gangguan atau perubahan besar dalam pekerjaan fizikal mungkin berlaku pada masa depan, sekiranya teknologi robotik terus berkembang.
Sumber: The Economic Times, Microsoft
The post Kajian Microsoft Dedah 40 Pekerjaan Yang Mungkin Berisiko Digantikan AI appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/07/31/kajian-microsoft-dedah-40-pekerjaan-yang-mungkin-berisiko-digantikan-ai/