Projek Tenaga Nuklear Mungkin Dilaksana Di Semenanjung Sabah Tpm Fadillah


Projek Tenaga Nuklear Mungkin Dilaksana Di Semenanjung & Sabah – TPM Fadillah
KUCHING (Bernama) — Kerajaan sedang meneliti kemungkinan melaksanakan projek tenaga nuklear di Semenanjung Malaysia dan Sabah berikutan keperluan tenaga tetap yang tinggi di kedua-dua wilayah itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata faktor kesesuaian lokasi berhampiran sumber air seperti sungai, laut atau tasik besar menjadi antara pertimbangan utama dalam kajian kebolehlaksanaan yang sedang dijalankan bagi sistem penyejukan loji nuklear.
“Semenanjung dan Sabah yang sesuai (dibangunkan projek tenaga nuklear) kerana apa yang diperlukan sekarang ialah tenaga yang sumbernya tetap.
“Kalau di Sarawak, tidak ada masalah sebab hidro sudah menyumbang hampir 70 peratus manakala di Semenanjung dan Sabah, sumber hidro tidak begitu banyak kerana lebih kepada gas dan diesel… jadi ini semua masih berasaskan sumber yang tidak bersih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Arena Pickleball MUSCS semalam.
Beliau berkata setakat ini, belum ada keputusan muktamad mengenai teknologi, lokasi mahupun kapasiti yang akan digunakan kerana kerajaan masih menjalankan kajian menyeluruh yang diselaras oleh MyPower Corporation selaku Organisasi Pelaksana Program Tenaga Nuklear Negara (NPO).
Fadillah berkata selain keperluan teknikal, kajian berkenaan turut meneliti faktor teknologi paling sesuai, pembangunan kepakaran tempatan, aspek keselamatan, kesan alam sekitar dan kemampuan membiayai keseluruhan pelaksanaan projek tenaga itu. “Kesemua ini mesti diteliti terlebih dahulu… kalau kita sudah puas hati dan rakyat pun boleh terima, barulah kita boleh muktamadkan… jangkaan kita paling cepat kalau nak dilaksanakan ialah 10 tahun yang akan datang,” katanya.
Beliau berkata kerajaan juga meneliti teknologi baharu seperti reaktor modular kecil (SMR) serta merancang beberapa lawatan kerja ke luar negara bagi mengenal pasti teknologi terbaik, selamat dan keberkesanan kos di Malaysia.
“Sebab itu saya membuat lawatan kerja ke Rusia dan Perancis… insya-Allah, saya akan ke Korea Selatan, Jepun, China dan akhirnya ke Amerika Syarikat,” katanya.
Sebelum ini, kenyataan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memaklumkan pelaksanaan tenaga nuklear sedang dikaji sebagai antara sumber tenaga bersih, stabil serta berdaya saing untuk masa depan negara dengan pendekatan bertahap berpandukan garis panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
BACA: Rundingan Damai: Thailand, Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik, Ekonomi Stabil – Anwar
Sumber: BERNAMA
The post Projek Tenaga Nuklear Mungkin Dilaksana Di Semenanjung & Sabah – TPM Fadillah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/04/projek-tenaga-nuklear-mungkin-dilaksana-di-semenanjung-sabah-tpm-fadillah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cawangan Baharu Generali Sandakan Teguh Perkukuh Komitmen Di Sabah

Cawangan Baharu Generali Sandakan Teguh Perkukuh Komitmen Di Sabah

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 162 hits
Generali Insurance Malaysia Berhad hari ini mengumumkan pelancaran cawangannya yang telah diubah suai di pusat bandar Sandakan sekali gus menandakan pencapaian penting dalam usaha mengukuhkan komitmen dan kehadiran syarikat ini di Malaysia ...
Sabah Warisan Tanding Semua 73 Kerusi Menjelang Prn

Sabah Warisan Tanding Semua 73 Kerusi Menjelang Prn

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 145 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Warisan akan bertanding semua 73 kerusi menjelang PRN Sabah kata Presiden Shafie Apdal Shafie bekas ketua menteri berkata Warisan telah kenal pasti calon boleh menang setia dan mahu berkhidmat kepada rakyat Sabah ...
Why No Further Charges In Sabah Scandal Asks Shafie

Why No Further Charges In Sabah Scandal Asks Shafie

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 134 hits
As the next Sabah state election nears Warisan president Shafie Apdal has questioned why more individuals are not charged in connection with the mining licence corruption scandal Speaking during a function in his constituency yesterday the ...
Kes Zara Qairina 60 Saksi Dirakam Keterangan Polis Sabah

Kes Zara Qairina 60 Saksi Dirakam Keterangan Polis Sabah

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 188 hits
Kes Zara Qairina 60 Saksi Dirakam Keterangan Polis Sabah KOTA KINABALU 31 Julai Polis merakam keterangan kira kira 60 saksi terdiri daripada pelajar ibu bapa dan pihak sekolah berhubung siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir 13 kata Pe...
It S Bn Ph Ph Grs In Sabah Polls Says Zahid

It S Bn Ph Ph Grs In Sabah Polls Says Zahid

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 141 hits
This indicates that BN and GRS are likely to clash in the upcoming state election BN chairman Ahmad Zahid Hamidi maintained that the cooperation between the coalition and PH in the Sabah state polls had been locked in KUALA LUMPUR Barisan N...
Sabah S Visionary Leadership And Blue Economy Earns Top Honour At Ibr Asean Awards 2025

Sabah S Visionary Leadership And Blue Economy Earns Top Honour At Ibr Asean Awards 2025

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 141 hits
SABAH S bold blueprint for sustainable development which is both anchored by its Sabah Maju Jaya plan and rapidly evolving Blue Economy has earned the state the at the recent International Business Review ASEAN Awards 2025 Sabah was officia...
No Expulsion No Transfers Sabah Education Dept Refutes Viral Claims About Students In Zara Qairina Case

No Expulsion No Transfers Sabah Education Dept Refutes Viral Claims About Students In Zara Qairina Case

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 142 hits
Sabah police recorded the statements of 60 people including students parents and the Papar religious school for an investigation into the fatal fall of first former Zara Qairina Mahathir Picture from X BernamaKOTA KINABALU Aug 2 Three stude...
Warisan Pledges To Settle Student Loans For Sabah Borrowers

Warisan Pledges To Settle Student Loans For Sabah Borrowers

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 141 hits
Warisan president Shafie Apdal has pledged that his party would write off or repay the education loans such as the National Higher Education Fund Corporation once the state becomes financially strong under his leadership Shafie said the pla...
Amazing Healthy Greek Recipes For Weight Loss

Jumpa Pakcik Di Tengah Hi Way Jalan Kaki 20km Nak Ke Pekan Sedih Baca

Isteri Penentu Kejayaan Wakil Rakyat Bn Datuk Seri Najib Tun Razak

Brother Ni Tegur Seorang Pemuda Yang Belajar Agama Sebab Dia Hisap 39 Vappe 39 Ini Respon Dia

Kotak Perfume Custom Murah Berkualiti Pilihan Tepat Untuk Usahawan Kosmetik

Kesihan Wanita Andartu Ini Di Reject Bakal Mertua Atas Alasan Sukar Bagi Anak Namun Akhirnya

A Rose For A Rose Ros S First Puma Collection Is A Personal Tribute

Selamat Maju Jaya Puan Dayu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ogos Bulan Kelahiran Dak Adik

Aktiviti Majlis Hi Tea Harmoni Prihatin Malaysia Merdeka Untuk Gaza Ppim 28 08 2025

Bersihkan Hati Cantikkan Nurani

Drama Seoul Cinta

Resipi Sup Ikan Jenahak Yang Mudah Sedap Hirup Panas Panas

Bila Rasa Kerdil Menghampiri