Kajian Dedah Marah Chatgpt Tingkatkan Ketepatan Tapi Ada Risiko Menanti


Kajian Dedah ‘Marah’ ChatGPT Tingkatkan Ketepatan, Tapi Ada Risiko Menanti
Kini, hampir semua orang menggunakan chatbot ChatGPT dalam kehidupan seharian.
Ramai yang bergantung kepada chatbot ini untuk menyiapkan tugasan kelas, mencari idea kerja, merangka dokumen rasmi, malah ada yang menggunakannya untuk mendapatkan nasihat ringkas atau sekadar bertanya soalan harian.
Ini kerana ia mampu memberikan jawapan dalam masa yang singkat.
Namun begitu, ada masanya jawapan yang diberikan tidak seperti yang dibayangkan, kurang tepat, atau tidak memenuhi kehendak sebenar pengguna.
Situasi ini menyebabkan sesetengah orang hilang sabar dan mula mempertikaikan kemampuan sistem. Ada yang mengulangi soalan berkali-kali dengan nada semakin tegas dan ada juga yang terus hilang sabar dan marah.
Justeru, perkongsian kali ini akan mendedahkan kesan dan risiko marah ChatGPT, menurut kajian dalam portal Live Science Plus.
Kajian ketepatan jawapan ChatGPT
Menurut portal Live Science Plus, penyelidik mendapati bahawa chatbot kecerdasan buatan (AI) boleh memberikan jawapan yang lebih tepat apabila pengguna bersikap kasar.
Dalam satu kajian baharu yang diterbitkan pada 6 Oktober di pangkalan data pratonton arXiv, para saintis ingin mengetahui sama ada nada bahasa pengguna yang sopan atau kasar boleh memberi kesan terhadap ketepatan jawapan AI.
Untuk menguji, para penyelidik menyediakan 50 soalan objektif asas dan mengubahnya menggunakan lima jenis nada iaitu sangat sopan, sopan, neutral, kasar dan sangat kasar.
Soalan-soalan ini meliputi topik seperti matematik, sejarah dan sains. Setiap soalan mempunyai empat pilihan jawapan, dengan satu jawapan yang betul.
Kesemua 250 bentuk soalan ini kemudian diberikan kepada ChatGPT-4o sebanyak 10 kali.
ChatGPT-4o merupakan salah satu model bahasa atau Large Language Models (LLMs) paling maju yang dibangunkan oleh OpenAI.
Dalam kertas kajian itu, penyelidik menulis bahawa ujian awal mereka menunjukkan nada bahasa boleh mempengaruhi prestasi LLMs.
Kajian mendapati soalan yang disampaikan dalam nada kasar menghasilkan jawapan yang lebih tepat berbanding soalan bernada sopan.
Nada kasar beri markah lebih tinggi
Portal Live Science Plus menjelaskan bahawa sebelum setiap soalan diberikan, penyelidik meminta chatbot untuk mengabaikan perbualan sebelumnya supaya nada terdahulu tidak mempengaruhi jawapan.
Difahamkan, chatbot juga diminta memilih salah satu jawapan tanpa diberikan penjelasan.
Hasilnya, soalan yang disampaikan dengan nada sangat sopan mencatat 80.8% ketepatan, manakala nada sangat kasar meningkat sehingga 84.8%.
Selain itu, nada sopan mencatat 81.4%, neutral 82.2%, dan kasar 82.8% ketepatan.
Penyelidik menggunakan pelbagai ayat pembukaan kecuali bagi nada neutral yang tidak menggunakan sebarang ayat tambahan.
Contohnya, nada sangat sopan menggunakan ayat seperti “Bolehkah saya meminta bantuan anda untuk menjawab soalan ini?”
Manakala nada sangat kasar menggunakan ayat seperti “Hei, selesaikan ini” atau “Saya tahu awak tak berapa pandai, tapi cubalah jawab.
Penyelidik ingatkan risiko 
Walau bagaimanapun, penyelidik menegaskan bahawa penemuan ini tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mewujudkan interaksi yang bersifat kasar dalam penggunaan dunia sebenar.
Menurut portal Live Science Plus, jika pengguna mula percaya bahawa marah atau menghina chatbot memberi prestasi lebih baik, ia menggalakkan lebih ramai menggunakan bahasa kasar ketika berinteraksi, dan boleh membentuk tabiat tidak sihat dalam komunikasi seharian.
Sebagai peringatan, hasil kajian itu hanya menunjukkan AI sensitif terhadap struktur prompt, bukan terhadap emosi manusia.
BACA: Wanita Dipecat Kerana Datang Kerja Terlalu Awal
Sumber: Live Science Plus
The post Kajian Dedah ‘Marah’ ChatGPT Tingkatkan Ketepatan, Tapi Ada Risiko Menanti appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/16/kajian-dedah-marah-chatgpt-tingkatkan-ketepatan-tapi-ada-risiko-menanti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kajian Dedah Minuman Ini Dapat Tingkatkan Tekanan Darah Lebih Cepat Daripada Garam

Kajian Dedah Minuman Ini Dapat Tingkatkan Tekanan Darah Lebih Cepat Daripada Garam

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 104 hits
Kajian Dedah Minuman Ini Dapat Tingkatkan Tekanan Darah Lebih Cepat Daripada Garam Kini pelbagai jenis minuman yang boleh didapati di pasaran Dari kopi yang menyegarkan teh manis hingga minuman bekarbonat dan tenaga yang menyegarkan Namun b...
Menarik Kajian Dedah Kenapa Menguap Boleh Berjangkit Pada Orang Lain

Menarik Kajian Dedah Kenapa Menguap Boleh Berjangkit Pada Orang Lain

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 155 hits
Menarik Kajian Dedah Kenapa Menguap Boleh Berjangkit Pada Orang Lain Setiap hari tubuh kita menjalankan pelbagai gerakan dan tindak balas semula jadi tanpa kita sedari Salah satunya adalah satu refleks yang hampir semua orang pernah lakukan...
Tak Bersalah Ngaku Tapi Dedah Bukti Pulak

Tak Bersalah Ngaku Tapi Dedah Bukti Pulak

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 124 hits
Jason Yew Dia mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan rasuah RM176 829 03 tapi dia juga yang dedah bukti yang dia beri rasuah macam mana ni
Tapi Dunia Tetap Tak Kenal Kita

Tapi Dunia Tetap Tak Kenal Kita

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 150 hits
Bukan semua yang ditolak itu gagal ada yang ditolak kerana sedang dilindungi Bahasa Melayu Dalam kehidupan sebenar ayat These credentials do not match our records itu sebenarnya tentang rasa Kita dah cuba jadi baik Dah cuba jadi cukup Dah c...
Msi Titan 18hx Terpaling Laptop Gaming Tapi Kini Era Handheld

Msi Titan 18hx Terpaling Laptop Gaming Tapi Kini Era Handheld

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 140 hits
Jika ada laptop yang layak untuk dinobatkan sebagai king MSI Titan 18 HX AI adalah model yang selayaknya memegang takhta tersebut Ia merupakan sebuah laptop gaming premium yang direka untuk pengguna yang mahukan prestasi maksimum Dikuasakan...
Komuniti Aceh Di Malaysia Sedia Hantar Bantuan Tapi Berdepan Kekangan Peraturan

Komuniti Aceh Di Malaysia Sedia Hantar Bantuan Tapi Berdepan Kekangan Peraturan

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 142 hits
Komuniti Aceh Di Malaysia Sedia Hantar Bantuan Tapi Berdepan Kekangan Peraturan Sebanyak 500 tan bantuan daripada komuniti Aceh di Malaysia masih belum dapat diproses ke Indonesia susulan beberapa isu Memetik laporan Serambi News Persatuan ...
Mimpi Punya Apartemen Di Luar Negeri Pelan Pelan Tapi Bisa Kok

Mimpi Punya Apartemen Di Luar Negeri Pelan Pelan Tapi Bisa Kok

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 115 hits
Pernah nggak sih kamu membayangkan punya apartemen di luar negeri Hal ini bisa saja kamu lakukan dengan mengikuti beberapa tips ini
Alif Rakib Bukan Takut Tapi Dia Bijak

Alif Rakib Bukan Takut Tapi Dia Bijak

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 167 hits
Oleh Nam Ron Alif Rakib bagi saya adalah seorang peninju muay thai yang bijak Sukan muay thai bukanlah street fight Sukan muay thai mengenakan pendekatan kiraan point atau mata bagi setiap pukulan atau tendangan TKO dan KO adalah kemenangan...
Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Terengganu Remaja 15 Tahun Ditahan Tunggang Motosikal

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Ft Mufti Draws 7 Guidelines Of Dos And Don Ts For Muslims Who Wish To Join In Christmas Do

Villa H Ark Architecture Tunisia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Percutian Inverness Scotland Day 1

Buasir Otak Tv Roblox Ambil Lesen Belajar Memandu Live

Santai Di Kopi Fatt Choi Tenom Sabah

Kerja Pejabat Makin Banyak Tapi Kudrat Makin Kurang

Kinohimitsu Memperkenalkan Glow Grow Duo Ritual Persediaan Kecantikan Untuk Musim Perayaan Yang Bakal Tiba

Percetakan 3d Dan Serat Kenaf Inovasi Hijau Memperkukuh Bahan Pergigian