Alif Rakib Bukan Takut Tapi Dia Bijak















Oleh Nam Ron 


Alif Rakib bagi saya adalah seorang peninju muay thai yang bijak. Sukan muay thai bukanlah street fight (walaupun boleh saja muay thai digunakan untuk street fight). 


Sukan muay thai mengenakan pendekatan kiraan point atau mata bagi setiap pukulan atau tendangan. TKO dan KO adalah kemenangan mutlak di mana kiraan mata tidak diperlukan. 


Alif bijak mengumpul mata di dalam setiap pertandingan yang dimenanginya. 


Contohnya pada pertandingan terbaru apabila dia menang ke atas Ramdan Ondash (dari Lubnan)di pertandingan ONE Championship (ONE Fight Night 38) dengan kiraan mata.


Ada juga kata kata ‘jahat’ memerlinya sebagai ‘Run Championship’ kerana dia berlawan dari jarak jauh dengan teknik ‘hit and run’. 


Kelihatan jelas dalam perlawanan tersebut Alif menumbuk dan menendang dengan sekali sekala menggunakan siku dan lutut. 


Setiap kali Alif mendapat mata dia akan menjauhkan diri dari Ondash (nampak seperti melarikan diri). Hingga membuatkan Ondash beremosi dengan sikap Alif.


Tiga kali juga lutut Alif hinggap ke muka Ondash. Teknik ‘flying knee’ atau ‘jumping knee’ ini berjaya menjatuhkan Ondash sebanyak 2 kali.


Kelebihan Alif adalah pada ketinggiannya dengan jangkauan tangan dan kaki yang lebih jauh berbanding Ondash. Dia tidak membenarkan Ondash datang dekat dengannya. Ini bijaknya Alif.


Berberapa kali juga Ondash berhenti berlawan seketika untuk mengekspresikan rasa tidak puas hatinya. Ada sekali di pusingan kedua Alif meluru dengan ‘flying knee’ tepat ke mukanya ketika Ondash berhenti menyerang.


Ondash tampak sangat bengang dan marah. Dari riak wajahnya kelihatan dia kecewa dengan kekalahannya dan tidak berpuas hati dengan cara Alif berlawan.


Kemenangan Alif telah membuatkan CEO ONE Championship, Chatri Sityodtong, telah mengatur perlawanan Alif dengan penyandang juara kelas strawweight Prajanchai yang akan diadakan tidak lama lagi. 


Ini akan menjadi perlawanan pertamanya untuk merebut talipinggang emas dan jika menang dia akan menjadi juara dunia muay thai bagi kelas strawweight. 


Tahniah diucapkan kepada Alif Rakip aka Alif Sor Dechapan.


Bagaimanapun saya lebih minat dengan cara Jojo Ghazali berlawan di kelas Flyweight (Alif dan Jojo bukan di kelas yang sama dan mereka tak akan bertemu adu). 


Jojo bagi saya lebih menghiburkan. 


Gaya Jojo jauh beza dengan Alif. Dia ada karakter. Jojo lebih agresif. Membuatkan sukan muay thai nampak lebih ganas. Jojo kelihatan  lebih gemar untuk menyerang tanpa berundur. 


Bila dia beraksi digelanggang saya dapat rasakan dia seperti kereta kebal (tank). Jojo terus maju dan tak pernah lari. Dia seperti serigala yang kelaparan. Sebab tu saya lebih minat menonton Johan beraksi.


Gambar diambil dari google


#onechampionship #Night38 #AlifRakib #JojoGhazali #Muaythai










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/alif-rakib-bukan-takut-tapi-dia-bijak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Ketika Musafir Buku Ringkas Tapi Padat

Solat Ketika Musafir Buku Ringkas Tapi Padat

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 179 hits
Solat Ketika Musafir Buku Ringkas Tapi Padat Kalau kawan kawan jenis yang selalu travel sama ada balik kampung pergi kursus atau jalan jalan cari makan buku ni memang kena ada dalam beg Ditulis oleh Ustaz Mohd Hazri Hashim Al Bindany buku n...
Hiburan Gara Gara Hantaran Ini Izara Aishah Diserang Netizen Isr El Ada Yang Panas Tapi Bukan Api

Hiburan Gara Gara Hantaran Ini Izara Aishah Diserang Netizen Isr El Ada Yang Panas Tapi Bukan Api

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 136 hits
Pelakon sekali lagi mencuri perhatian di media sosial selepas memuat naik gambar Miss Universe Israel Milaenen Shiraz di platform Threads beserta satu perbandingan yang cukup pedas tetapi bersahaja Dalam hantarannya Izara secara bergurau me...
Xiaomi Pad Mini Kecil Tapi Padu

Xiaomi Pad Mini Kecil Tapi Padu

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 122 hits
Kebanyakan tablet yang berada di pasaran sekarang bersaiz besar dan berat Mudah untuk dibawa ke mana mana sahaja tapi makan ruang yang besar Namun dengan adanya Xiaomi Pad Mini anda tidak perlu risau lagi Ia dikatakan adalah iPad Mini versi...
Ramai Yang Panggil Albert Tei Tu Whistleblower Klakar Dia Bukan Whistleblower Tapi Dia Tu Pemberi Rasuah Tegar

Ramai Yang Panggil Albert Tei Tu Whistleblower Klakar Dia Bukan Whistleblower Tapi Dia Tu Pemberi Rasuah Tegar

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 212 hits
Norman DaudRamai yang panggil Albert tei tu whistleblower Klakar dia bukan whistleblower tapi dia tu pemberi rasuah tegar Saya bagi sedikit pengenalan siapa dia ni sebenarnya dan saya yakin ramai tak tahu Albert Tei atau nama penuhnya Tei J...
Jawab Itu Bukan Untuk Dunia Tapi Untuk Hati

Jawab Itu Bukan Untuk Dunia Tapi Untuk Hati

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 149 hits
Kita selalu takut gagal Takut tak cukup baik Takut tak mampu jadi apa yang orang harapkan Tapi sebenarnya tanggungjawab paling utama dalam hidup bukan kepada sesiapa tapi kepada hati kita sendiri Jawablah pada diri Aku sudah cuba sehabis ba...
Siapa Dibelakang Tabir Cerita Dia Bukan Siapa Tapi Memang Dah Tak Cerdik

Siapa Dibelakang Tabir Cerita Dia Bukan Siapa Tapi Memang Dah Tak Cerdik

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 128 hits
Cerita Tei ni makin panjang tapi yang orang nak tahu sebenarnya siapa yang gerakkan semua benda di belakang tabir
Pak Choy Goreng Telur Resipi Simple Tapi Luar Biasa Sedap

Pak Choy Goreng Telur Resipi Simple Tapi Luar Biasa Sedap

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 217 hits
Kalau ada satu lauk yang wajib ada di dapur setiap kali blur nak masak apa Pak Choy Goreng Telur inilah jawabnya Nampak simple bahan pun tak banyak tapi hasilnya memang buat makan bertambah tambah Inilah menu yang ramai orang tak pernah jem...
Kecik Kecik Tapi Bau Power

Kecik Kecik Tapi Bau Power

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 199 hits
Kecik Kecik Tapi Bau POWER nbsp Siapa yang suka petai Nieyl kalau ada makan tapi bukan penggemar sangat nbsp petai ni memang kategori makanan yang you either love it or hate it Bau dia memang menusuk tapi effect puas hati memang susah nak e...
Pangkah Dengan Bijak Demokrasi Memilih Pemimpin Prn Ke 17 Sabah 2025

Pangkah Dengan Bijak Demokrasi Memilih Pemimpin Prn Ke 17 Sabah 2025

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 139 hits
Pangkah dengan bijak rakyat berpeluang memilih calon pemimpin pilihan Zon Tulid N 44 Membariskan 14 Calon Pemimpin Pilihan Kemaskinikan blog kali ini dengan tema Pilihanraya DUN Sabah kali ke 17 tahun 2025 Rakyat diberi kebebasan memilih ca...
Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

Kehilangan Besar Buat Sabah Amp Negara Pm Anwar Ziarah Keluarga Allahyarham Bung Moktar

Mof Perkenal Sistem Tender Dua Peringkat Langkah Ketat Untuk Transparensi Dan Kualiti

Mat Saleh Speechless Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia

Ada Pemimpin Pkr Lawan Kem Izzah Disiasat Sprm Rafizi

Surah Al Ikhlas Rumi Jawi Audio Kelebihan Mengamalkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pergi Kenduri Sepupu Kahwin

Maafkan Semua Orang Sebelum Tidur

Doa 8 Disember 2025

Toyota S New Performance Beast Toyota Gr Gt And Its 650 Horsepower V8 Hybrid

Lexus Unveiled The Lfa Electric Concept Vehicle Officially

Ziarah Jenazah Sepupu Di Senawang Makan Di Restoran Megat Kitchen Melewar Kitchen