Kaji Semula Cukai Ke Atas Peranti Rokok Elektronik Dan Cecair Vape Harm Awareness Association




Kerajaan didesak mengkaji semula cukai ke atas vape, peranti rokok elektronik dan cecair vape seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz pada 6 November lalu.
Sebuah organisasi, Harm Awareness Association (HRA) berpendapat bahawa duti eksais 10 peratus ke atas semua jenis peranti elektronik serta 40 sen setiap mililiter untuk cecair yang digunakan dalam rokok elektronik akan menjadikannya jauh lebih mahal.
Menurut HRA, ia merupakan satu tamparan hebat buat pengguna dan pengusaha industri vape tempatan di kala situasi ekonomi yang terjejas teruk ekoran penularan wabak Covid-19.
“Sebarang kenaikan harga peranti dan produk vape yang merupakan alternatif kepada tabiat merokok kemungkinan besar akan mendorong pengguna produk vape untuk kembali kepada tabiat merokok.


“Oleh kerana pengguna vape kebanyakkan sensitif kepada harga, mereka akan lebih cenderung untuk membeli rokok kontraban yang lebih murah,” kata HRA dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga hari ini, seramai lebih daripada 10,000 rakyat Malaysia telah menandatangani petisyen melalui Change.org agar kerajaan mempertimbangkan semula pengenaan cukai pada peranti dan cecair vape di Malaysia.
Sementara itu, Presiden MOVE di bawah program HRA, Samsul Kamal Arrifin berkata, mereka tidak bersetuju dengan usul tersebut setelah mengkaji dengan lebih terperinci mengenai cadangan kerajaan tersebut, juga berbincang dengan industri dan mengumpulkan input orang ramai melalui petisyen.
“Walaupun kami telah mengatakan sebelum ini bahawa cukai yang dicadangkan ke atas cecair vape mengelirukan, kami juga percaya bahawa cukai yang dicadangkan pada peranti adalah langkah yang tidak produktif yang akan menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan awam kerana ia menghalang perokok dewasa daripada beralih kepada alternatif yang kurang berbahaya,” katanya.

Katanya, mereka menyedari bahawa terdapat keperluan untuk kerajaan menjana lebih banyak hasil tetapi ia tidak sepatutnya dilakukan dengan melulu tanpa membuat kajian serta perbincangan dengan semua pihak.
Tegasnya lagi, usulan yang dibuat secara terang dilaksanakan tanpa rundingan bersama kumpulan pengguna Malaysia dan juga pihak industri.
“Tindakan drastik kerajaan akan melumpuhkan industri vape dan ramai pengusaha yang akan gulung tikar jika cukai ini dilaksanakan pada tahun 2021. Pengenaan cukai perlu datang bersama-sama dengan peraturan yang menyeluruh dan input dari pelbagai pihak termasuk industri untuk membendung perdagangan haram dan memastikan keselamatan semua pengguna Malaysia,” katanya.
Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/kaji-semula-cukai-ke-atas-peranti-rokok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajarkah Cukai Ke Atas Rokok Elektronik

Wajarkah Cukai Ke Atas Rokok Elektronik

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 403 hits
Kita tidak boleh menafikan keburukan tabiat merokok Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita didedahkan dengan rokok elektronik yang kurang bahaya berbanding rokok tembakau Sadly kerajaan mengenakan cukai pula Rokok elektronik alte...
Terkini Kaji Semula Hubungan Politik Pas Bersatu Dan Penyertaan Dalam

Terkini Kaji Semula Hubungan Politik Pas Bersatu Dan Penyertaan Dalam

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 210 hits
SUATU kebetulan pula bila Lobakman dok ramal KUNUNnya beberapa org MP UMNO BN akan menarik sokongan kpd Abah Coww akar umbi PA pula menunjukkan kemarahan kpd Bersatu dan PN sambil menggesa kaji semula kedudukan hubungan dgn Bersatu tolak PN...
Cukai Keatas Vape Terlalu Rendah

Cukai Keatas Vape Terlalu Rendah

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 174 hits
KUALA LUMPUR Cukai ke atas industri rokok elektronik menerusi Belanjawan 2021 dilihat terlalu rendah berbanding kadar dikenakan kepada industri tembakau menurut syarikat penyelidikan dan teknologi tempatan MQ Consultant Katanya potensi kera...
Persetujuan Kerjasama Bn Pn Untuk Hadapi Pru 15 Mesti Di Kaji Semula

Persetujuan Kerjasama Bn Pn Untuk Hadapi Pru 15 Mesti Di Kaji Semula

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 235 hits
Kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden UMNO DS Ismail Sabri MESTI dikaji semula dari segenap sudut Bukan setakat harus mendengar bantahan majoriti akar umbi malah bila dikaji semula keputusan itu banyak mendatangkan keburukan berbanding k...
Kerajaan Sedang Kaji Kesesuaian Melaksanakan Semula Gst

Kerajaan Sedang Kaji Kesesuaian Melaksanakan Semula Gst

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 181 hits
Kerajaan sedang mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan atau apa apa model cukai kepenggunaan Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah berkata ia juga akan mengambil kira semua aspek terma...
Cukai Rokok Elektrik Rendah Kajian

Cukai Rokok Elektrik Rendah Kajian

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 235 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kadar cukai ke atas industri rokok elektronik yang dikenakan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2021 adalah rendah berbanding industri tembakau Ini merupakan satu kerugian kepada Malaysia kerana kadar yang dikenakan a...
Rumah Kontena Atas Tanah Sendiri Alternatif Bijak

Rumah Kontena Atas Tanah Sendiri Alternatif Bijak

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 357 hits
Ada pelbagai cara nak miliki rumah ada yg ikat loan puluh2 tahun ada yg tunggu duit graduiti atau kwsp baru beli ada yg bayar cash by progress beli masa rumah belum siap Bila dah siap dah habis bayar xde rugi duit interest Tapi ada juga yg ...
Pengundi Gombak Saman Azmin Atas Penipuan Langgar Kewajipan Fidusiari

Pengundi Gombak Saman Azmin Atas Penipuan Langgar Kewajipan Fidusiari

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 396 hits
KUALA LUMPUR Sekumpulan pengundi Gombak memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen mereka Azmin Ali atas dakwaan penipuan dan melanggar kewajipan fidusiari sembilan bulan selepas Langkah Sheraton yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan...
Masih Ditahan Atas Kasus Narkoba Penyakit Stroke Tio Pakusadewo Kambuh Di Penjara

Masih Ditahan Atas Kasus Narkoba Penyakit Stroke Tio Pakusadewo Kambuh Di Penjara

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 208 hits
Ditangkap untuk kedua kalinya pada April lalu pengacaranya berharap agar artis senior ini bisa segera direhabilitasi
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri