Cukai Rokok Elektrik Rendah Kajian


Wartawan MalaysiaGazette Gambar hiasan KUALA LUMPUR – Kadar cukai ke atas industri rokok elektronik (vape) yang dikenakan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2021 adalah rendah berbanding industri tembakau.
Ini merupakan satu kerugian kepada Malaysia kerana kadar yang dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding industri tembakau, sedangkan potensi kerajaan untuk meraih pendapatan adalah besar.
Ini kerana, ramai perokok tembakau dunia termasuk di Malaysia semakin beralih kepada rokok elektronik.
MQ Consultant berkata, walaupun ia kali pertama diperkenalkan tetapi kadar cukai yang lebih tinggi ini kepada rokok elektronik ini penting dalam mengawal selia pertumbuhan industri rokok elektronik di Malaysia yang diunjur sebagai yang kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat).
Berikutan perbezaan ketara antara kedua-duanya (rokok elektronik dan tembakau), satu kajian yang
teliti ke atas struktur cukai perlu dilakukan.
Kerajaan tidak boleh menggunakan satu ukuran atau struktur cukai sesuai untuk semua,” tambah MQ Consultant, sebuah syarikat penyelidikan dan teknologi tempatan yang terlibat dalam melakukan kajian mendalam terhadap industri rokok elektronik di Malaysia.
Dalam Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata mengumumkan duti eksais sebanyak 40 sen untuk setiap mililiter (mL) cecair rokok elektronik akan mula dikuatkuasakan mulai Januari 2021.
MQ Consultant berkata, berdasarkan perkembangan di peringkat dunia, Malaysia boleh dikatakan agak lambat
dalam mengenakan cukai ke atas rokok elektronik namun usaha sedang digerakkan untuk mengawal selia dan memastikan industri berkenaan berkembang pesat dengan cara yang lebih teratur.
Di peringkat Asia, Indonesia, Filipina dan Korea telah pun memperkenalkan cukai ke atas rokok elektronik seawal 2011 dan ketiga-tiga negara itu telah mengenakan tarif cukai yang lebih tinggi berbanding di Malaysia.
Pada masa ini, Malaysia bercadang mengenakan cukai AS$0.10 (40 sen) bagi setiap mililiter (mL) manakala di Filipina, bagi setiap mililiter (mL) cukai yang dikenakan ialah AS$0.76.
Sebagai perbandingan, di Indonesia, cecair rokok elektronik (kecuali yang diisi dalam ‘pod’) dikenakan cukai sehingga 57 peratus, empat (4) kali ganda daripada kadar eksais maksimum ke atas rokok tembakau biasa.
“Isu-isu berkaitan penggunaan rokok elektronik memerlukan kajian rapi dilakukan oleh pihak kerajaan dan cadangan untuk mengenakan cukai yang tinggi boleh dilihat sebagai satu langkah pencegahan yang baik, berbanding mengharamkan penggunaannya.
Meskipun terdapat kes-kes negatif yang terpencil di seluruh dunia, para penyelidik kebanyakannya bersetuju bahawa penggunaan rokok elektronik merupakan pilihan yang lebih baik berbanding dengan rokok tembakau.
MQ Consultant juga menambah, melalui kajian dan maklumat yang sedang giat dikumpul di dalam dan luar negara, Kerajaan Malaysia boleh menggunakan rokok elektronik sebagai alat ke arah mewujudkan masyarakat bebas asap rokok yang diakui memudaratkan perokok dan juga orang ramai.
“Usaha ini bukanlah sekadar satu eksperimental semata-mata kerana Kerajaan New Zealand sendiri telah berbuat demikian dalam usaha mencapai matlamatnya, menjadikan negara pulau itu bebas asap rokok pada tahun 2025,” katanya.
Bancian terkini menunjukkan terdapat tiga juta pengguna rokok elektronik di Malaysia pada masa ini.
Ujarnya, walaupun industri rokok elektronik di Malaysia diunjurkan bernilai berbilion ringgit, ia masih dianggap sebagai ekonomi gelap yang berpotensi mengakibatkan kerugian yang besar kepada negara.
Berikutan meningkatnya pengguna rokok elektronik dan berkurangnya penghisap rokok tembakau, Kerajaan tidak seharusnya terlepas untuk memanfaatkan perubahan tabiat yang berlaku di seluruh dunia.
Dengan mengadakan peraturan percukaian, satu situasi yang menguntungkan semua pihak boleh diwujudkan, ia bukan hanya meningkatkan sumbangan kepada ekonomi negara tetapi juga membantu usaha kerajaan dalam menambah baik kehidupan sosial dan kesihatan rakyat Malaysia dalam tempoh jangka panjang, katanya.- MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/cukai-rokok-elektrik-rendah-kajian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukai Keatas Vape Terlalu Rendah

Cukai Keatas Vape Terlalu Rendah

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 159 hits
KUALA LUMPUR Cukai ke atas industri rokok elektronik menerusi Belanjawan 2021 dilihat terlalu rendah berbanding kadar dikenakan kepada industri tembakau menurut syarikat penyelidikan dan teknologi tempatan MQ Consultant Katanya potensi kera...
Tantangan Ekspor Kopi Ri Produksi Rendah Hingga Lahan Terbatas

Tantangan Ekspor Kopi Ri Produksi Rendah Hingga Lahan Terbatas

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 161 hits
Deputi Gubernur Bank Indonesia Doni P Joewono mengatakan kopi nusantara banyak diminati pecinta kopi lantaran memiliki rasa yang unik Sebab biji kopi di setiap daerah memiliki rasa yang berbeda sesuai dengan jenis tanah wilayah tersebut
Kesedaran Peniaga Masih Rendah

Kesedaran Peniaga Masih Rendah

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 244 hits
Kesedaran peniaga masih rendah Kuala Berang Kesedaran peniaga dalam talian atau e dagang mendaftarkan perniagaan di bawah SSM BizTrust melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia masih rendah apabila hanya 4 181 perniagaan berdaftar sehingga 30 O...
Video Kereta Proton Jer Perempuan Ini Pandang Rendah Pada Barangan Lokal

Video Kereta Proton Jer Perempuan Ini Pandang Rendah Pada Barangan Lokal

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 392 hits
Sepanjang musim pandemik ini kita sebagai rakyat Malaysia telah mengharungi pelbagai cabaran besar dan diantaranya adalah dari aspek ekonomi Dalam usaha menaikkan semula ekonomi sesebuah negara kita sebagai rakyat sudah semestinya perlu men...
Tiada Pilihan Hotel Di Langkawi Tawar Harga Penginapan Kadar Rendah Demi Kelangsungan

Tiada Pilihan Hotel Di Langkawi Tawar Harga Penginapan Kadar Rendah Demi Kelangsungan

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 362 hits
LANGKAWI Persatuan Hotel Bajet Malaysia Langkawi menawarkan harga penginapan serendah RM50 satu malam bagi menarik pelancong yang dijangka kembali ke pulau peranginan itu susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat semalam Penge...
Punca Punca Tekanan Darah Rendah

Punca Punca Tekanan Darah Rendah

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 409 hits
PUNCA PUNCA TEKANAN DARAH RENDAH a Tekanan Darah Rendah Orthostatic Ini adalah keadaan darah rendah yang biasanya akan berlaku apabila anda berubah posisi Sebagai contoh anda bangun dari tidur atau duduk dengan terlalu cepat lalu menyebabka...
Ada Sebab Nurse Bising Kalau Hb Rendah Masa Hamil Boleh Sebabkan Janin Jantung Ibu Rosak

Ada Sebab Nurse Bising Kalau Hb Rendah Masa Hamil Boleh Sebabkan Janin Jantung Ibu Rosak

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 367 hits
Anemia atau lebih dikenali sebagai masalah HB rendah banyak dihadapi oleh ibu ibu hamil Walau pun ia masalah yang biasa perkara ini tidak semestinya diambil mudah Dalam jangka masa panjang jantung ibu boleh jadi lemah dan rosak Pemeriksaan ...
Ringgit Ditutup Rendah Hari Terakhir November

Ringgit Ditutup Rendah Hari Terakhir November

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR Ringgit mengakhiri hari terakhir dagangan November dengan ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat susut daripada peningkatan pagi ini berikutan sentimen itu dipengaruhi oleh peningkatan kes COVID 19 kata penganalisis P...
Riuh Rendah Di Dewan Rakyat Hari Ini Hakikatnya Ph Tak Ada Number

Riuh Rendah Di Dewan Rakyat Hari Ini Hakikatnya Ph Tak Ada Number

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 296 hits
Ketika Perbahasan Penggulungan Belanjawan 2021 di Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengikut prosedur apabila bertanya samada ianya dipersetujui oleh Ahli ahli Dewan Rakyat Jelas lebih suar...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi