Persetujuan Kerjasama Bn Pn Untuk Hadapi Pru 15 Mesti Di Kaji Semula



Kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden UMNO, DS Ismail Sabri, bahawa Barisan Nasional sudah bersedia berkerjasama dengan Perikatan Nasional MESTI dikaji semula dari segenap sudut

Bukan setakat harus mendengar bantahan majoriti akar umbi, malah bila dikaji semula, keputusan itu banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan kepada Barisan Nasional terutamanya UMNO

Keikhlasan PPBM terhadap kerjasama dengan UMNO sepeerti yang dipersetujui juga sangat-sangat meragukan

Bagi menghadapi PRU, parti-parti politik memerlukan dana yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan

Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen yang dipertandingkan pasti akan mengharapkan bantuan kewangan dari ibupejabat

Hingga ke hari ini, akaun UMNO yang berjumlah lebih dari RM100 juta masih lagi dibekukan, walau pun Mahkamah Tinggi pada 7 Februari 2020, telah membuat keputusan untuk melepaskan sekatan terhadap akaun UMNO yang dibekukan itu.
Dari Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Dr Mahathir dan kini telah bertukar kepada Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin, namun polisi yang sama masih lagi diteruskan, akaun UMNO terus dibekukan dan perintah mahkamah diketepikan

Kalau Muhyiddin benar-benar jujur dan ikhlas, mengapakah tidak dikembalikan wang UMNO itu kerana Mahkamah Tinggi sudah pun mengeluarkan perintah tersebut

Apa alasan Kerajaan Perikatan Nasional terus membekukan akaun UMNO itu sedangkan Perikatan Nasional tahu, PRU 15 semakin hampir dan UMNO sangat-sangat memerlukan wang tersebut!!


Kebimbangan akar umbi bahawa strategi PPBM menarik PAS supaya berada di dalam Perikatan Nasional adalah supaya Muafakat Nasional yang begitu kukuh perpaduannya dan mendapat sokongan yang kuat dari rakyat dapat diruntuhkan telah menjadi kenyataan

Kita tidak menyalahkan PAS kerana sudah pasti sebagai parti yang memegang tampuk pemerintahan, PPBM telah memberikan beberapa tawaran yang sangat menarik kepada PAS sehingga sukar ditolak

Kini setelah PAS menjadi rakan sekutu PPBM di dalam Perikatan Nasional, usaha untuk mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasminya sudah berkubur dan secara tidak rasminya Muafakat Nasional juga sudah berkubur

Perkara ini diakui sendiri oleh Naib Presiden UMNO, DS Ismail Sabri. Naib Presiden UMNO, DS Ismail Sabri

Kalau benar penyatuan ummah adalah sebab utama untuk PPBM berkerjasama dengan UMNO, maka mengapakah Muafakat Nasional yang sudah mendapat tempat di hati rakyat dan telah berjaya menyatukan masyarakat Melayu Islam dihancurkan

Perancangan siapakah sebenarnya yang mahu menghancurkan Muafakat Nasional


Harus diingatkan, di setiap DUN dan Parlimen yang akan bertanding, UMNO mempunyai Cawangan dan Bahagian yang telah bertungkus lumus memulihkan UMNO selepas kekalahan dalam PRU 14 yang lepas

Manakala PPBM tidak mempunyai Cawangan dan Bahagian di setiap DUN dan Parlimen yang akan dipertandingkan dalam PRU 15 nanti

Untuk DUN dan Parlimen yang akan diperuntukkan kepada PPBM, tetapi mereka tidak mempunyai calun tempatan untuk diketengahkan sebagai calun, maka sudah pasti, Ketua Cawangan UMNO atau Ketua Bahagian UMNO di kawasan tersebut akan ditawarkan untuk bertanding dengan syarat mereka bertanding atas tiket PPBM

Apakah kita boleh menuduh Ketua Cawangan atau Ketua Bahagian yang menerima tawaran tersebut sebagai pengkhianat kepada UMNO

Sudah tentu tidak, sudah pasti pertimbangan mereka adalah, dari terpaksa bertungkus lumus untuk memenangkan calun luar tajaan PPBM, lebih baik mereka sendiri bertanding walau pun atas tiket PPBM

Peluang mereka untuk menang adalah sangat cerah kerana mereka mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas pengundi tempatan

Yang akan rugi adalah UMNO, kerana bukan sahaja akan kehilangan Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian yang selama ini berkerja keras untuk UMNO di waktu susah dan senang, tetapi juga bilangan ADUN dan Ahli Parlimen PPBM akan bertambah dan menenggelamkan UMNO buat selama-lamanya

Kita merayu agar pengurusan tertinggi UMNO mengambil iktibar dari Pilihanraya Negeri Sabah

Kalau PPBM boleh menaja calun Bebas untuk memecahkan undi UMNO di kawasan yang telah diperuntukkan kepada UMNO, apakah ada jaminan PPBM tidak akan melakukan perkara yang sama dalam PRU 15 nanti!!

Sebelum terlambat, pemimpin tertinggi UMNO MESTI mengkaji semula kerjasama yang telah dipersetujui dengan PPBM

Jalan terbaik ialah bertanding di semua DUN dan Parlimen dalam PRU 15 kecuali di kawasan yang mempunyai calun PAS sahaja

Kalau dana di pusat tidak mencukupi, tahulah akar umbi usahakan supaya dapat memastikan yang bertanding itu adalah calun dari UMNO

Kalau pemimpin tertinggi UMNO masih lagi berkeras dan berdegil serta tidak mahu mendengar suara akar umbi, janganlah disalahkan akar umbi sekiranya UMNO semakin hanyut selepas PRUY 15 nanti, tetapi tanyalah diri sendiri apakah punca kemarahan akar umbi kepada UMNO

Kalau suara rakyat menyaksikan Barisan Nasional tumbang pada PRU 14, jangan terkejut kalau suara akar umbi akan melenyapkan UMNO pada PRU 15 nanti, kerana tegaknya pucuk kerana akar dan suara rakyat adalah suara keramat





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/12/persetujuan-kerjasama-bn-pn-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaji Laksana Semula Gst Tingkat Pendapatan Negara

Kaji Laksana Semula Gst Tingkat Pendapatan Negara

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Kewangan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pelbagai langkah meningkatkan pendapatan termasuk kemungkinan memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan menurut Maybank Investment Bank Research Dalam...
Saya Tolak Kerjasama Semula Dengan Muhyiddin Kerana Ada Penjenayah Umno Kata Dr Mahathir

Saya Tolak Kerjasama Semula Dengan Muhyiddin Kerana Ada Penjenayah Umno Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 306 hits
Saya tolak kerjasama semula dengan Muhyiddin kerana ada penjenayah Umno kata Dr Mahathir Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterb
Dr M Sedia Kerjasama Semula Dengan Muhyiddin Jika Kena Caranya

Dr M Sedia Kerjasama Semula Dengan Muhyiddin Jika Kena Caranya

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 286 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia bekerjasama semula dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jika kena caranya Itu kalau kena cara ada cara tapi tak payah saya cerita cara yang boleh saya kembali kerjasama k...
Mungkinkah Hanya Gabungan Umno Pas Hadapi Pru 15

Mungkinkah Hanya Gabungan Umno Pas Hadapi Pru 15

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 316 hits
Umno kini tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu seperti rancangan awalnya dahulu menurut Setiausaha Agung BN Annuar Musa Katanya ini memandangkan PAS bertegas bahawa Umno mesti turut ...
Umno Dan Pas Guna Logo Sendiri Elak Berlaga Hadapi Pru

Umno Dan Pas Guna Logo Sendiri Elak Berlaga Hadapi Pru

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 263 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 1 38 pmAhmad Zahid HamidiUmno dan PAS yang bergabung secara rasmi dalam Muafakat Nasional bersetuju untuk tidak berlaga antara satu sama lain dalam pilihan raya umum akan datang kata Ahmad Zahid Hamidi M...
Bersatu Pas Dan Umno Perlu Kekal Kerjasama Untuk Pru Ahmad Faizal

Bersatu Pas Dan Umno Perlu Kekal Kerjasama Untuk Pru Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 394 hits
mykmu netKUALA LUMPUR Parti gabungan dalam Perikatan Nasional termasuk Pas dan Umno tidak boleh bergerak secara solo untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang Timbalan Presidennya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jika mana mana pa...
Bersatu Membuka Pintu Kepada Rakan Politik Sertai Perikatan Nasional Untuk Hadapi Pru

Bersatu Membuka Pintu Kepada Rakan Politik Sertai Perikatan Nasional Untuk Hadapi Pru

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 298 hits
nbsp KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengakui tidak boleh bersendirian dalam politik sebaliknya memerlukan rakan dari parti lain untuk menghadapi pilihan raya dan membentuk kerajaan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata
Jambatan Gantung Di Ranau Akan Dibina Semula Selepas Runtuh

Jambatan Gantung Di Ranau Akan Dibina Semula Selepas Runtuh

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 391 hits
Jambatan gantung merentasi Sungai Sugut di Kampung Gusi Ranau Sabah yang terputus sebelah menyebabkan ia tidak lagi boleh digunakan oleh penduduk kampung Jambatan gantung Kampung Gusi Ranau akan dibina semula Jambatan gantung bagi menyebera...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya