Pengundi Gombak Saman Azmin Atas Penipuan Langgar Kewajipan Fidusiari

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pengundi Gombak memfailkan saman terhadap  Ahli Parlimen mereka, Azmin Ali, atas dakwaan penipuan dan melanggar  kewajipan fidusiari, sembilan bulan selepas Langkah Sheraton yang  membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.
Sepuluh plaintif mahu suatu pengisytiharan bahawa Azmin, selaku Ahli  Parlimen, mempunyai tugas fidusiari dan/atau pemegang amanah dalam  hubungannya dengan pengundi.
Dalam saman yang difailkan Tetuan Yohendra Nadaraja di Mahkamah  Tinggi minggu lepas, plaintif juga mahu suatu pengisytiharan bahawa  Azmin sudah melakukan tort penipuan terhadap mereka.
     Mereka juga mahu suatu pengisytiharan bahwa Azmin sudah memungkiri  sumpah perlembagaan mengikut Perkara 59(1) yang dibaca bersama Jadual  Keenam Perlembagaan.
Plaintif juga meminta ganti rugi dan perintah lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah.
Dalam penyata tuntutan yang dilihat FMT, plaintif berhujah Azmin  membuat representasi bahawa beliau bertanding pilihan raya pada 2018  untuk menyingkir Barisan Nasional dan pegawai awam yang korup.
Selepas itu, kata mereka, Azmin menyebabkan dan/atau menyumbang  kepada peletakan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari, dan menyertai  pentadbiran Perikatan Nasional yang turut mengandungi BN, termasuk orang  yang Azmin sendiri akui dituduh terlibat dalam kegiatan rasuah.
   Azmin dan beberapa Ahli Parlimen PKR antara watak penting yang  dikaitkan dengan krisis politik yang menyusuli pertemuan melibatkan  beberapa pemimpin BN, PAS, PPBM, dan PKR di Hotel Sheraton.
Dengan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad, Presiden PPBM Muhyiddin  Yassin mengangkat sumpah jawatan perdana menteri pada 1 Mac, dengan  sokongan gabungan yang dikenali sebagai Perikatan Nasional.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/12/pengundi-gombak-saman-azmin-atas.html