Kain Songket Asal Usul Kegunaan Dan Teknik Jagaan


Kain songket merupakan antara warisan seni Melayu yang popular dalam kalangan masyarakat. Seni tenunan kain ini juga sering bernilai tinggi kerana proses penghasilannya yang halus dan rumit.
Ia juga menjadi lambang kehalusan seni kraf tangan masyarakat Melayu yang diwarisi sejak turun temurun.
Seni tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama benang emas dan perak ini terkenal di Tanah Melayu sejak abad ke-15.
Pada zaman dahulu, kain songket juga melambangkan kebesaran, kekayaan serta kekuasaan. Oleh sebab itulah dahulu hanya kerabat diraja, pembesar istana dan golongan bangsawan sahaja yang mampu memakainya.
Sumber : Facebook Jabatan Warisan Negara Identiti seni tenunan songket boleh dikenalpasti melalui ragam hias serta reka corak yang banyak mengandungi unsur-unsur alam seperti bunga, dedaun, unggas, burung dan motif geometrik.
Meskipun kain tenun ini masih dianggap sebagai tekstil Melayu klasik yang mewah, namun songket kini boleh dipakai oleh setiap lapisan masyarakat khususnya pada hari perayaan dan istiadat tertentu.
Songket bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia juga boleh ditemui di negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Filipina.
Di rantau Nusantara, terdapat juga rekaan songket khusus mengikut kawasan seperti songket Sarawak, Terengganu, Kelantan, Sumatera, Thailand, Sumbawa dan sebagainya.
Di Malaysia, Perusahaan songket banyak tertumpu di beberapa negeri seperti Pahang, Terengganu, Johor, Melaka dan Sarawak.   
Sumber : Discovery Terengganu Asal Usul Kain Songket Kain songket mendapat namanya daripada teknik mengungkit benang emas di celah benang pakan dan loseng.
Songket dihasilhan menggunakan alat tenunan kek Melayu serta benang emas sebagai benang pakan tambahan.
Kain tenunan ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu songket tekat 3 dan 5.
Bilangan ini merujuk kepada penggunaan beberapa ukuran antara lembaran benang emas yang ditenun dengan benang sutera.
Difahamkan bahawa songket tekat 3 lebih sulit untuk dihasilkan berbanding songket tekat 5. Walau bagaimanapun, songket tekat 3 mempunyai hasil yang lebih kemas dari segi penyusunan benang.
Bunga atau hiasan di kepala kain songket dihasilkan mengikut corak atau ragam hias tertentu antaranya tampok manggis, buah kasmak, lawi ayam, pucuk rebung dan sebagainya.
Dihasilkan proses pembuatannya yang rumit, harga sehelai kain songket adalah agak mahal dan sesetengahnya boleh mencapai sehingga ribuan ringgit.
Kegunaan Kain Songket Secara umumnya, songket sering digunakan sebagai samping atau sarung untuk melengkapi baju Melayu dan membuat tengkolok.
Buat kaum wanita, songket boleh dijadikan tekstil untuk membuat pakaian atau sebagai kain selendang menutup kepala.
Ia juga sering menjadi tekstil popular bagi busana perkahwinan masyarakat Melayu.
Sumber : Mingguan Wanita Kini, kegunaan serta fungsi songket telah dikomersialkan dan dijadikan sebagai bahan aksesori dan hiasan dalaman antaranya beg, kasut, langsir, sarung kusyen, hiasan dinding dan alas meja.
Teknik Menjaga Songket Bagi sesetengah orang, kain yang juga digelar sebagai ‘Ratu Fabrik’ ini boleh dijadikan koleksi berharga kerana nilainya yang akan menjadi lebih tinggi dari semasa ke semasa.
Sekiranya anda mempunyai kain songket atau pakaian yang dihasilkan daripada kain jenis ini, penjagaan rapi adalah sangat penting bagi mengekalkan kualiti serta ketahanannya.
Berikut adalah beberapa teknik menjaga songket yang terbaik  :
Gulungkan songket bagi mengelakkan benang tenunannya daripada patah atau rosak. Untuk menggulung songket, gunakan kertas bebas asid sebagai pelapik pada permukaan dalam dan luar kain sebelum digulungkan pada helaian kain songket. Kain sarung pelekat juga boleh digunakan sebagai alas untuk menggulung kain songket. Kemudian, simpan gulungan songket dengan cermat secara menegak di dalam almari bagi mengelakkan daripada dihempap oleh fabrik atau pakaian lain. Elakkan untuk menggosok kain songket kerana ini boleh menjejaskan kualiti tenunan benang emas. Cara terbaik untuk mencuci kain songket adalah melalui dry cleaning atau cucian kering.   Pada Disember 2021, Songket Malaysia kini diakui oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai salah satu Warisan Budaya Tidak Ketara.
Sumber : Facebook Jabatan Warisan Negara Dengan pengiktirafan bertaraf antarabangsa ini, diharap ia dapat meningkatkan kesedaran ramai dalam melestarikan warisan tenunan songket.
Ini penting supaya khazanah budaya Melayu ini dikenali oleh generasi baharu dan tidak luput ditelan zaman.
Sumber : Facebook Jabatan Warisan Negara (1), (2), heritage.gov.my, Facebook Kraftangan Malaysia
Baca Juga : Pua Kumbu : Maksud, Kegunaan dan Pantang Larang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kain-songket/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kain-songket

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kain Pelikat Asal Usul Cara Pakai Kegunaan

Kain Pelikat Asal Usul Cara Pakai Kegunaan

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 363 hits
Kain pelikat bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia terutamanya kaum Melayu Ia bukan sahaja menjadi salah satu elemen penting dalam pakaian harian malah ia juga dikenali sebagai simbol tradisional yang telah ...
Malu Dengan Imej Song Joongki Pertama Kali Dedah Asal Usul Isteri

Malu Dengan Imej Song Joongki Pertama Kali Dedah Asal Usul Isteri

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 228 hits
Song Joong ki menarik perhatian ramai apabila mendedahkan mengenai keluarga isterinya Artikel Berkaitan Kelmarin lelaki itu telah menghadiri sidang media Bogota The Land of Last Chances di Gangnam Seoul Dalam pada itu Song Joong ki sempat b...
Makan Malam Sekolah Teknik Jb Sempena Jubli Emas

Makan Malam Sekolah Teknik Jb Sempena Jubli Emas

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 203 hits
Assalamualaikum uollz Betul kot orang tua kata selalunya kalau nak pegi tu macam penuh cabaran dan kita tak berapa excited selalunya itu lah yang berakhir dengan keceriaan nbsp Sebaliknya pula bila nbsp kita over excited dan penuh perancang...
Tokyo Sediakan Khidmat Jagaan Kanak Kanak Percuma Jimat Kos Pengasuh

Tokyo Sediakan Khidmat Jagaan Kanak Kanak Percuma Jimat Kos Pengasuh

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 179 hits
Bagi menjimatkan kos sara hidup bandaraya Tokyo Tokyo merancang untuk menyediakan khidmat penjagaan anak secara percuma untuk semua kanak kanak prasekolah bermula September 2025 Menurut AFP program berkenaan diperkenal sebagai sebahagian da...
Pua Kumbu Maksud Kegunaan Dan Pantang Larang

Pua Kumbu Maksud Kegunaan Dan Pantang Larang

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 205 hits
Pernahkah anda mendengar tentang seni warisan Pua Kumbu Pua kumbu adalah seni tenunan kain daripada masyarakat etnik Iban Menjadi elemen penting dalam pelbagai ritual dan perayaan tradisional kain ini turut diolah menjadi pakaian sirat alas...
Kanak Kanak Perempuan Menggunakan Kayu Penjaga Pusat Jagaan Anak Yatim Direman 6 Hari

Kanak Kanak Perempuan Menggunakan Kayu Penjaga Pusat Jagaan Anak Yatim Direman 6 Hari

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 193 hits
Sinar HarianPukul budak perempuan guna kayu penjaga pusat jagaan anak yatim diremanSuspek berusia 59 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak kanak 2001 Gambar hiasan UnsplashPONTIAN Mahkamah Majistret di sini pada Rabu membenarkan...
Senarai Pusat Jagaan Kanak Kanak Di Sabah

Senarai Pusat Jagaan Kanak Kanak Di Sabah

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 210 hits
Assalamualaikum BismillahBagi korang yang mencari pusat jagaan kanak kanak di Sabah sama ada untuk menghantar anak kecil atau sebagai tempat menjalankan latihan praktikal artikel ini menyenaraikan pusat jagaan kanak kanak yang berdaftar den...
Baby Dah Ada Dalam Jagaan Secara Rasmi

Baby Dah Ada Dalam Jagaan Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 538 hits
Helloooo Lama nya menyepi sis hehe Tengah dalam proses menyesuaikan diri jadi mami dedi segera kat anak pelihara kitaorang ni Alhamdulillah pertengahan November yang lepas anak pelihara yang kitaorang dapat tawaran dari JKM dah ada dalam ja...
Saiz Banner Untuk Pelbagai Kegunaan Dan Fungsi

Saiz Banner Untuk Pelbagai Kegunaan Dan Fungsi

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 183 hits
Apabila anda hendak menempah banner perkara asas yang anda perlu tahu adalah saiz banner yang perlu dicetak Banner adalah alat promosi yang fleksibel dan berkesan dalam menyampaikan mesej kepada sasaran baik untuk tujuan komersial sosial ma...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain