Kain Rentang Azmin Cinta Haziq Tolak Anwar Jadi Pm Di Putrajaya


News | Diterbitkan Hari ini 6:00 petang


Terdapat mesej yang mengejek Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali mengaitkannya dengan dakwaan skandal seks, manakala ada juga kain rentang yang mengatakan MP Gombak itu lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Menurut seorang penjawat awam yang enggan dinamakan, kain rentang itu diletak di jejantas dan di tepi jalan di Precinct 14, Putrajaya.

"Kain rentang itu kelihatan ketika waktu sembahyang Jumaat tengah hari tadi. Ia tiada di situ ketika saya memandu di kawasan tersebut semalam," katanya kepada Malaysiakini.

Kain rentang yang merujuk kepada skandal seks tertera "Azmin Ali cinta Haziq Aziz" dengan cinta dirujuk melalui dua lambang hati berwarna merah, manakala terdapat tulisan "Hilman Frust (kecewa)" yang diapit dua simbol hati retak terbelah berwarna hitam.

Haziq Abdullah Abdul Aziz ialah bekas ketua Pemuda PKR (AMK) yang mengakui dirinya merupakan individu dalam klip video yang memaparkan adegan lucah dengan lelaki lain yang didakwanya sebagai Azmin.
Sementara itu Hilman Idhman (gambar) pula ialah setiausaha politik Azmin.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR menyifatkan video itu sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan yakin ia kerja 'orang dalam parti'.

Sejak tersebarnya klip video itu, Anwar dan penyokongnya didakwa terlibat dalam kaitannya dengan spekulasi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad lebih memilih Azmin sebagai pengganti berbanding presiden PKR.

Anwar telah berulang kali menafikan penglibatan dalam video seks itu.

Dalam pada itu, satu lagi kain rentang berbunyi: "Kami sokong Azmin Ali sebagai perdana menteri kelapan. Mohon Dr Mahathir tolak Anwar Ibrahim."

Mengulas isu kain rentang ini, Setiausaha Khas kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, R Suresh Kumar berkata beliau tidak yakin orang PKR di belakang kerja-kerja tersebut.

"Ini macam kerja orang luar.

"Kedua-dua kain rentang menyerang Anwar dan Azmin kelihatan menggunakan kain yang sama. Tulisannya pun sama," jelasnya.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/kain-rentang-azmin-cinta-haziq-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Patut Lancar Perang Dengan Haziq Bukan Dengan Anwar

Azmin Patut Lancar Perang Dengan Haziq Bukan Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 577 hits
Kes Azmin bukan konspirasi politik kerana tidak ada fitnah tidak ada penderaan oleh polis macam dialami Anwar Dr Munawar dan Sukma Dalam kes Azmin Haziq membuat pengakuan tanpa paksaan Haziq juga cabar Azmin dakwanya jika video itu palsu Ta...
Azmin Loves Haziq And Azmin For Pm Banners In Putrajaya

Azmin Loves Haziq And Azmin For Pm Banners In Putrajaya

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 946 hits
Several banners have appeared in the administrative capital with contrasting messages some mocking Economic Affairs Minister Mohamed Azmin Ali in relation to a sex scandal and others claiming he and not PKR president Anwar Ibrahim should be...
Azmin Pm Ke 8 Mohon Tun M Tolak Anwar

Azmin Pm Ke 8 Mohon Tun M Tolak Anwar

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 444 hits
Beberapa kain rentang yang dipasang di sekitar Presint 14 Putrajaya hari ini menarik perhatian orang ramai serta pengguna jalan raya Kain rentang yang berbunyi Kami sokong Dato Seri Azmin Ali sebagai PM ke 8 Mohon Tun Mahathir tolak Anwar I...
Cermin Diri Sendiri Azmin Beritahu Anwar

Cermin Diri Sendiri Azmin Beritahu Anwar

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 609 hits
Azmin AliPETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini mahu Anwar Ibrahim cermin diri sendiri selepas presiden PKR itu berkata dia perlu melepaskan jawatan jika video seks sejenis mirip menteri itu didapati sahih Ditanya apakah kom...
Haziq Aziz Rayu Tun M Pertimbangkan Semula Bukti Salah Laku Azmin Ali

Haziq Aziz Rayu Tun M Pertimbangkan Semula Bukti Salah Laku Azmin Ali

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 632 hits
Kisah saya mungkin sudah diceritakan banyak kali tetapi kali ini saya merayu kepada Tun Mahathir Mohamad untuk mempertimbangkan semula bukti salahlaku Azmin Ali Sejak pertemuan pertama dengan insan bernama Azmin tidak pernah terlintas yang ...
Semburit Haziq Digugurkan Kerana Report Azmin

Semburit Haziq Digugurkan Kerana Report Azmin

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 626 hits
DUNIA makin pelik Malaysia makin huru hara angkara sikap pemimpin negara yang seolah olah menghalalkan adegan ranjang antara Azmin Menteri Ekonomi dan Haziq Ketua AMK Oleh kerana Haziq yang melondehkan sikap buruk pemimpin negara maka Haziq...
Azmin Ali Suruh Anwar Ibrahim Cermin Muka Dahulu

Azmin Ali Suruh Anwar Ibrahim Cermin Muka Dahulu

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 1109 hits
Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tiada keretakan dalaman dalam PKR namun kenyataan terbaharu Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggambarkan sebaliknya Ketika ditanya mengenai gesaan Anwar supaya Mohamed Azmin berundur seki...
Perang Anwar Azmin Akan Menjadi Semakin Buruk Kata Penganalisis

Perang Anwar Azmin Akan Menjadi Semakin Buruk Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 544 hits
Seorang penganalisis politik berkata tempelak tajam Mohamed Azmin Ali terhadap cadangan Anwar Ibrahim supaya beliau meletakkan jawatan sekiranya bersalah terlibat dalam insiden hubungan seks sejenis menunjukkan keadaan akan menjadi semakin ...
Split Widens As Azmin Allies In Pkr Hit Out At Anwar

Split Widens As Azmin Allies In Pkr Hit Out At Anwar

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 593 hits
PKR president Anwar Ibrahim with his deputy Mohamed Azmin Ali PETALING JAYA PKR central committee members today criticised Anwar Ibrahim s call for his deputy Mohamed Azmin Ali to resign from his Cabinet post if the clips in the gay sex vid...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Meditation Experience 5

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Keyboard Retro Led Unboxing Malaysia

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri