Haziq Aziz Rayu Tun M Pertimbangkan Semula Bukti Salah Laku Azmin Ali



Kisah saya mungkin sudah diceritakan banyak kali tetapi kali ini saya merayu kepada Tun Mahathir Mohamad untuk mempertimbangkan semula bukti salahlaku Azmin Ali.

Sejak pertemuan pertama dengan insan bernama Azmin tidak pernah terlintas yang kami akan menjadi kawan mesra. Disebabkan terlalu naif dan mempercayainya sebagai seorang yang memiliki keperibadian tinggi, hidup saya kini sudah terpalit dengan sejarah hitam. Jika masa depan saya sebelum ini lebih terjamin sebagai seorang penjawat awam di dalam kerajaan Malaysia yang baru, kini saya sekeluarga telah dihukum dan sentiasa berada di ambang ketakutan hanya kerana bercakap benar.

YAB Tun Mahathir, rakyat Malaysia masih menghina saya kerana video pengakuan sebelum ini. Setelah Hilman datang berjumpa pada waktu siang fikiran saya semakin bercelaru kerana arahan yang telah diberikan olehnya. Saya disuruh untuk membuat video penafian dan pengakuan tipu bahawa orang kedua di dalam video tersebut bukanlah Azmin. Saya tahu kedudukan Azmin sebagai seorang menteri dan ahli politik yang berkuasa sebagaimana sering diperkatakan sepanjang tempoh kami mengenali satu sama lain.



Saya berasa amat marah tetapi takut pada masa yang sama kerana sedar tiada siapa yang akan melindungi saya dari pihak berkuasa. Berpegangkan prinsip berani kerana benar dan berlatar belakang dalam jurusan undang-undang, saya yakin dengan keputusan untuk membuat video pengakuan itu. Pada waktu itu saya yakin dengan kerajaan Pakatan Harapan sebagai pembela nasib rakyat.

Namun sehingga kini ramai pihak masih sangsi mengapa perlu menyaran SPRM untuk melakukan siasatan atas tuduhan korupsi. Sewaktu kami intim saya sering mendengar kisah perbelanjaan isteri dan anak-anaknya di mana jumlah yang disebut kadang kala mengejutkan.

Saya juga bekerja sebagai penjawat awam dan saya tahu gaji dan elaun kerajaan dan jawatan politik diterima Azmin tidak mungkin dapat menampung gaya hidup keluarganya. Kadangkala apa yang diceritakannya membuat saya malu dengan sikap hipokritnya setelah apa yang diperjuangkan parti selama ini. Hubungan kami pada mulanya berlandaskan sifat kagum dan ingin melakar masa depan dalam karier seperti Azmin. Namun hari demi hari saya mula sangsi dengan hubungan kami.

Video lucah yang telah direkod itu adalah satu perbuatan khianat dan saya telah dijadikan sebagai kambing biri-biri hitam. Adakah rakyat Malaysia ingat saya begitu cetek untuk menjahanamkan masa depan saya dan keluarga? Penyebaran video itu telah membuka aib dan saya benar-benar ingin kembali ke jalan yang benar dengan penuh keinsafan sejak dulu tetapi lemah.

Sejak peristiwa hitam ini saya sentiasa menunggu respon Azmin melalui perkembangan media masa. Setelah melihat sikap ego Azmin yang masih boleh menghadapi khalayak ramai sambil berlagak biasa, saya yakin bahawa video itu telah direkod untuk milik peribadinya dan telah jatuh ke tangan orang yang berhasad dengki tanpa mengira nasib saya dan sekeluarga. Mungkin bagi Azmin dia sedar akan tetap selamat kerana kedudukan darjatnya yang lebih tinggi jika dibandingkan hidup saya.

Lemparan tuduhan ke atas saya sebagai penfitnah walaupun setelah dikemukakan bukti-bukti yang kukuh masih tidak dapat diterima segelintir pihak hanya kerana Azmin mampu mempergunakan pengaruhnya demi kepentingan diri. Adalah mustahil jika dilihat secara objektif dan melalui usaha pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan bahawa segalanya adalah sahih. Saya pinta hentikan Azmin dari terus memperbodohkan semua orang melalui sifat egonya yang merasakan dia bebas dari segala kesalahan.

Saya pinta suara saya didengarkan dan tidak diperlekehkan hanya kerana menentang kata-kata dusta seorang pemimpin yang selama ini digambarkan sebagai bebas dari salah laku lebih diagungkan oleh orang ramai.

Maafkan saya rakyat Malaysia dan saya rayu agar lihatlah peristiwa ini dari sudut pandangan saya sebagai mangsa. Saya berharap YAB Tun Mahathir dapat bersikap adil dalam hal ini kerana keluarga saya bukanlah dari orang berada dan amat sukar untuk menghadapi masa hadapan. Saya pinta agar YAB Tun dapat menjaminkan apa yang terbaik buat negara kita.

Yang ikhlas dan benar,
Haziq Aziz

Sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/06/haziq-aziz-rayu-tun-m-pertimbangkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Ali Pula Naik Hantu Desak Haziq Aziz Dibuang Keahlian Pkr

Azmin Ali Pula Naik Hantu Desak Haziq Aziz Dibuang Keahlian Pkr

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 1027 hits
Fuhhhhhh tiba tiba angin berubah mendadak Hebatnya seseorang pemimpin pelakon video akhir zaman itu adalah dia buat selamba jer kesalahannya dan pusing ikut cerita lain Paling latest Azmin Ali pula desak parti untuk memecat keahlian Haziq A...
Giliran Haziq Aziz Cabar Azmin Ali Saman

Giliran Haziq Aziz Cabar Azmin Ali Saman

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 669 hits
Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mencabar Azmin Ali mengambil tindakan undang undang terhadapnya jika isu klip video seks dan dakwaan hubungan sejenis adalah fitnah Haziq yang sebelum ini mengaku sebagai salah seorang le...
Lega Kem Azmin Ali Apabila Haziq Aziz Dipecat Dari Pkr Tapi

Lega Kem Azmin Ali Apabila Haziq Aziz Dipecat Dari Pkr Tapi

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 2453 hits
Selepas diberi tekanan berulang kali daripada kem Azmin Ali akhirnya Lembaga Displin PKR mengambil ketetapan untuk memecat Haziq Aziz daripada parti tersebut Mengapa kita boleh katakan bahawa Lembaga Displin tunduk kepada tekanan adalah tin...
Isu Video Azmin Ali Dan Haziq Aziz Mufti Wilayah Beri Komen Teguran Berhikmah

Isu Video Azmin Ali Dan Haziq Aziz Mufti Wilayah Beri Komen Teguran Berhikmah

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 1117 hits
Isu Video Azmin Ali dan Haziq Aziz Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Beberapa hari yang lepas kecoh tentang viral isu video Azmin Ali dan Haziq Aziz Tersebar sehingga masuk berita dan other social media Panas panas The latest Hazi...
Haziq Rayu Tun M Ambil Tindakan

Haziq Rayu Tun M Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 457 hits
Rayuan seorang rakyat hina mencari keadilan di Malaysia BaruKisah saya mungkin sudah diceritakan banyak kali tetapi kali ini saya merayu kepada Tun Mahathir Mohamad untuk mempertimbangkan semula bukti salahlaku Azmin Ali Sejak pertemuan per...
Tun Mahathir Harus Henti Sekat Polis Tangkap Azmin Ali

Tun Mahathir Harus Henti Sekat Polis Tangkap Azmin Ali

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 407 hits
TERBONGKAR VIDEO AZMIN DAN HAZIQ MASUK BILIK YANG SAMA DI HOTEL FOUR POINTS SANDAKAN Video dibawah jelas membuktikan bahawa Azmin dan Haziq benar benar telah memasuki bilik hotel yang sama di Hotel Four Points Sandakan Ini jelas membuktikan...
Azmin Rafizi Anwar Kenal Haziq Aziz

Azmin Rafizi Anwar Kenal Haziq Aziz

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 1323 hits
TIDAK kah GANJIL Anwar Ibrahim menonton wayang bersama Haziq Aziz yang mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan Azmin Ali Tidak kah GANJIL Anwar Ibrahim Rafizi Ramli dan Azmin Ali sudah lama mengenali Haziq Aziz walaupun ada cubaan menafi...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging

Drama Dari Rahim Yang Sama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Staycation Dua Hari Satu Malam Di Geo Resort Hotel Genting Highlands

Kelebihan Bismillah 5 Dan Kaedah Merawat

Skrip Automasi Pembersihan Google Drive Perjalanan Penuh Cabaran Dan Pembelajaran

Plnt Co Cyberjaya Birthday Plant Pilihan Hati

Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg