Perang Anwar Azmin Akan Menjadi Semakin Buruk Kata Penganalisis




Seorang penganalisis politik berkata, tempelak tajam Mohamed Azmin Ali terhadap cadangan Anwar Ibrahim supaya beliau meletakkan jawatan sekiranya bersalah terlibat dalam insiden hubungan seks sejenis menunjukkan keadaan akan menjadi semakin buruk, dan melambatkan proses ambil alih kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad.
Kamarul Zaman Yusof dari Universiti Utara Malaysia memberitahu FMT, beliau melihat sanggahan tajam Azmin – “dia patut lihat dirinya dalam cermin”- merupakan serangan pertama dalam perang terbuka antara presiden PKR itu dengan timbalannya.
Beliau berkata, konflik itu akan menggugat kestabilan PKR dan menyempitkan kemungkinan Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar dalam masa terdekat.
James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania membuat rumusan sama, dengan berkata, Mahathir kini mempunyai alasan untuk memegang kuasa lebih lama.
“Dalam keadaan partinya kacau bilau, Anwar tidak akan berupaya mencabar Mahathir walaupun jika beliau mahu berbuat demikian,” kata beliau.
Kamarul berkata, keadaan juga tidak berpihak kepada Azmin.
Merujuk kepada klip video seks yang didakwa melibatkan Azmin dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Aziz, beliau berkata, persepsi popular, khasnya di media sosial, percaya bahawa video itu tulen.
“Jadi dalam peperangan ini, Anwar nampaknya berada di atas,” katanya, dengan menambah bahawa Mahathir semalam, buat pertama kalinya, kelihatan menjarakkan diri daripada Azmin apabila beliau berkata, terserah kepada menteri hal ehwal ekonomi itu sama ada mahu mengambil cuti atau sebaliknya.
Mahathir sebelum itu berkata, video tersebut kemungkinan besar palsu dan Azmin tidak perlu meletak jawatan.
Kamarul berkata, respons Azmin terhadap Anwar menunjukkan beliau tidak bersedia untuk jatuh seorang diri.
“Saya percaya beliau mahu menarik Anwar jatuh bersamanya,” kata beliau.
Kamarul berkata, Azmin pastilah “banyak tahu” tentang Anwar kerana pernah berkhidmat sebagai setia usaha sulitnya sewaktu beliau menjadi timbalan perdana menteri.
Beliau juga berkata, penahanan terbaru pembantu Anwar berhubung pembikinan dan penyiaran klip video terbabit mewujudkan tanggapan bahawa presiden PKR itu terlibat dalam konspirasi tersebut walaupun beliau mungkin tidak ada kena-mengena dengannya.
“Keseluruhan insiden ini sangat buruk buat imej dan kredibiliti Pakatan Harapan (PH),” katanya. “Pemenang utamanya tentulah Umno dan PAS. Mereka hanya perlu bersabar, tutup mulut dan fokus kepada isu kehidupan harian rakyat.
Sembilan individu telah ditahan kerana mengedar klip video itu, termasuk Haziq, yang sebelum ini berkata, beliau merupakan salah seorang daripada 2 lelaki yang dipaparkan di dalam video itu.
Beliau menamakan Azmin sebagai pasangannya. Dakwaan itu dinafikan oleh Azmin yang berkata, ia bertujuan membunuh kerjaya politik beliau.
Turut ditahan ialah pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, yang dilihat sebagai anggota kem Anwar dalam PKR.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/18/perang-anwar-azmin-akan-menjadi-semakin-buruk-kata-penganalisis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Dan Saya Masih Satu Pasukan Kata Anwar

Azmin Dan Saya Masih Satu Pasukan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 331 hits
Presiden PKR itu berkata demikian ketika pertembungannya dengan timbalannya dilihat memecahkan PKR kepada dua kem yang berbeza
Anwar Semakin Kukuh Tun M Makin Tiada Ruang Lindungi Azmin

Anwar Semakin Kukuh Tun M Makin Tiada Ruang Lindungi Azmin

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 847 hits
Azmin pada majlis doa mlm tadi di kediaman MB Selangor Ketika mula mula timbul isu video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad secara terbuka mempertahankan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dengan ...
Video Semburit Perang Antara Kem Anwar Dengan Kem Azmin Dah Sampai Kemuncak

Video Semburit Perang Antara Kem Anwar Dengan Kem Azmin Dah Sampai Kemuncak

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 553 hits
Tuduh menuduh serang menyerang dah bermula antara kem Anwar Ibrahim dengan kem Azmin Ali dalam PKR Dasat penangan video semburit nie yer Mana tak dasatnyer pelakun utama sebagai gegurlz dikaitkan dengan orang yang bakal menjadi manusia pali...
Azmin Patut Lancar Perang Dengan Haziq Bukan Dengan Anwar

Azmin Patut Lancar Perang Dengan Haziq Bukan Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 402 hits
Kes Azmin bukan konspirasi politik kerana tidak ada fitnah tidak ada penderaan oleh polis macam dialami Anwar Dr Munawar dan Sukma Dalam kes Azmin Haziq membuat pengakuan tanpa paksaan Haziq juga cabar Azmin dakwanya jika video itu palsu Ta...
Kami Masih Sepasukan Kata Anwar Selepas Azmin Tak Hadir Temu Rapat Pkr

Kami Masih Sepasukan Kata Anwar Selepas Azmin Tak Hadir Temu Rapat Pkr

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 387 hits
July 21 2019 2 54 PMAnwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution di majlis temu rapat parti itu hari ini PORT DICKSON Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau dan...
Anwar Azmin Bersara Sajalah

Anwar Azmin Bersara Sajalah

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 286 hits
SHAH ALAM Perbalahan antara Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan wajar dihentikan dengan kaedah kedua duanya angkat kaki dari arena politik tanah air Ketua Pemuda...
Azmin Setuju Tiada Perjanjian Rasmi Dr M Perlu Serah Kuasa Kepada Anwar Dalam 2 Tahun

Azmin Setuju Tiada Perjanjian Rasmi Dr M Perlu Serah Kuasa Kepada Anwar Dalam 2 Tahun

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 314 hits
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bersetuju dengan kenyataan Mukhriz Mahathir bahawa tiada perjanjian rasmi dibuat untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh 2 tahun Beliau sebelum ini dilaporkan berka...
Henti Spekulasi Saya Bakal Pm Kata Anwar

Henti Spekulasi Saya Bakal Pm Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 339 hits
Henti spekulasi saya bakal PM kata Anwar nbsp Dikemas kini 29 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Jul 2019 11 34PM
Anwar Azmin Siapa Lebih Besar

Anwar Azmin Siapa Lebih Besar

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 358 hits
OLEH Mat Zahari AliPemukiman PKR di PD yang diadakan sejak jumaat lalu adalah platfom terbaik untuk bolehkan Anwar Azmin selesaikan polimik perselisihan secara terbuka dan harmoni Sekali gus meleraikan kebimbangan rakyat dan ahli berhubung ...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa