Kailan Goreng Bawang Putih
Sebelum kita menulis panjang, saya perhatikan statistik mereka yang masuk ke blog saya tinggi setiap hari tapi bilangan mereka yang klik iklan di blog hanya sangat sangat sedikit. Mereka yang klik follow blog juga sangat sedikit.
Harap anda sudi memberi kerjasama. Saya belum bersedia untuk meletakkan blog saya ke status private kerana percaya masih ramai yang menjengahnya setiap hari.
Walaupun di tempat saya tidak banjir tapi cuaca mendung dari pagi dengan kadang. kadang hujan turun renyai renyai. Sejak kecil dulu, kami terbiasa kalau hujung tahun di panggil musim tengkujuh, cuaca seperti inilah. Gelap dan hujan. Baju yang basah tidak dapat dikeringkan. Ada ketika terpaksa disalai baju sehingga berbau asap api.
Tapi sekarang ini, dah masuk bulan Januari pun masih seperti musim tengkujuh zaman dulu. Musim tengkujuh ni, banyak lah rezeki dari sungai seperti ikan sungai yang pelbagai jenis boleh ditemui. Pelbagai jenis ubi juga akan dijual.
Saya terbaca di IG seorang yang terkenal, mengeluh dan meluah perasaan kerana bimbangkan ternakan kambing mereka di kampung, akan hanyut di bawa arus banjir. Ditulis ada yang setuju untuk masuk menyelamat ternakan melalui jalan kampung tetapi tidak dibenarkan oleh jawatankuasa banjir.
Memang tidak dinafikan dalam keadaan seperti ini, nyawa manusia perlu diutamakan. Bukan haiwan ternakan seperti kerbau lembu kambing. Jika ada berlaku kejadian tidak diingini pada mereka yang yang cuba menyelamatkan kambing, maka banyak pula pasukan penyelamat yang perlu digerakkan untuk gerakan mencari. Tak boleh dibiarkan manusia hilang tanpa dicari.
Jadi kita kena faham kenapa sesuatu keputusan diambil begitu. Mereka yang rumah mereka terdedah pada risiko banjir kena membuat persediaan seperti mengalihkan kenderaan, haiwan ternakan mereka ke tempat tinggi bila amaran banjir di berikan di sana sini. Cukup setakat ini dahulu, semoga kita semua diberikan perlindungan dari sebarang ujian dan mala petaka.
Bila kita makin berusia, cara pemakanan kita juga akan berubah. Saya tidak lagi suka masakan berlemak atau pun yang banyak berempah. Saya suka masakan simple jer. Kalau sayur goreng seperti kailan goreng ini, lebih sedap bila menggunakan hanya bawang putih dan sedikit udang. Lebih terasa keenakan kailannya.
Saya juga lebih suka meratah banyak sayuran dan ulaman dalam makanan seharian. Kalau ada sayur yang anak anak tak habis di pinggan mereka, sayalah yang tukang mengutipnya.
Jom layan resipi kalian goreng bawang putih saya hari ini. Selamat mencuba semua....
Kailan Goreng Bawang Putih Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:Sayur kailan5-6 ekor udang - hiris kecil6 ulas bawang putih1 biji cili merah2 sudu besar sos tiramGaram - jika perluMinyak masak
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan, masukkan udang dan kacau rata.
Masukkan batang kailan dan kacau rata sehingga agak agak lembut.
Masukkan daun kailan dan sos tiram. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Jika belum cukup rasa masin, boleh masukkan sedikit garam.
Masukkan cili merah dan kacau rata. Boleh tutup api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2022/01/kailan-goreng-bawang-putih.html