Cuba Kuew Teow Goreng Dari Teh Tarik Place Sogo


Jumaat lepas, mr hubby keluar jumpa kawan. Aih..malas lah nak masak untuk makan malam sebab confirm mr hubby sekali makan kat luar dengan kawan tu. Apa lagi, masuk dalam SOGO cari makanan untuk makan malam. Mula-mula ingat nak beli Mekdi. Tapi kan, k.fiezz benornya tak reti nak order pakai sistem kat Mekdi sekarang yang kena klik-klik kat mesin tu. haha. Besa kalau ke Mekdi, mr hubby yang buat. K.fiezz berdiri sebelah & beritahu kat mr hubby nak makan apa. haha. Sebabkan tak reti nak pakai mesin tu, cancel nak beli Mekdi. Cari lagi kedai lain yang jual makanan. Kat dalam SOGO tu, tingkat 5 atau 6 ada je food court. Banyak sikit pilihan tapi malasnya nak naik ke tingkat 5/6. K.fiezz cari kedai makan yang ada kat tingkat bawah je lah. Ada beberapa kedai makan juga kat tingkat bawah tu. Cari punya cari, k.fiezz pilih Teh Tarik Place. 
TEH TARIK PLACESumber Gambar - Mr Google

Amboi kemain tau order kat kedai Teh Tarik Place ni. Kedai dia nampak macam ada-ada sikit sebab susun atur dalam tu & style design macam kafe sekarang ni. Jadi nampak sikit macam class gitu. Tambah pula lokasi dia dalam SOGO, lagi lah nampak macam wow gitchuuu.. hehe..
K.fiezz pilih Teh Tarik Place ni sebab kedai ni ada jual makanan berat & banyak sikit pilihan. Harga dia standard lah kot harga Kay Ell. Tak tahu nak cakap murah ke idak. Tengok lah pada menu yang order. 
ORDER APA TU?
K.fiezz order apa kat Teh Tarik Place ni, hah. Sambil tengok menu, jeling juga harga dia. Haha. Kalau mahal benor, cari hat mur-mur lah ceritanya. Hehe. Tapi idak lah mahal pun. Mampu di bayar dengan gaji rakyat marhaen macam kita ni.

K.fiezz order kuew teow goreng je. Harga RM7.50. 
Makan kat situ ke?Eh idak lah uolls. Tapau saja. Masa k.fiezz order ritu pun, tengok banyak meja dah penuh dengan pelanggan yang makan kat kedai. Mungkin sebab hari Jumaat, esoknya cuti.Habis kerja, orang lepak-lepak sambil shopping kat dalam SOGO. Balik rumah lambat sikit pun tak apa, esoknya Sabtu cuti

Lama ke tunggu order untuk tapau
Tak pun. Dalam 5-10 minit lebih kurang. Boleh lah sambil tunggu tu, k.fiezz ke tandas kejap. haha. 


SEDAP TAK?Sedap ni subjektif sangat tau. Boleh jadi tak kena kat tekak k.fiezz, kena dengan tekak orang lain. Hah, jadi susah nak describe sedap ke tak?K.fiezz baru cuba satu menu ni je. Menu lain tak pasti. Jadi kalau ikut piawaian tekak k.fiezz, penerimaan kuew teow goreng Teh Tarik Place ni, 'boleh tahan rasa dia'. Idak lah tak sedap sampai tak habis makan. K.fiezz makan ni licin weii. Tak tahu sebab lapar atau sedap. haha. Tapi sebab makan kat rumah, rasa kurang sikit apa-apa, sos cili / sos tomato ada untuk cover mana-mana yang rasa kurang. Overall rasa kuew teow goreng dia, secukup rasa & not bad. Boleh diterima ikut piawaian tekak k.fiezz. 
Korang nak cuba menu-menu Teh Tarik Place ni, kalau kebetulan ada di area Jalan TAR/LRT Bandaraya, boleh masuk ke SOGO. Teh Tarik Place ni di tingkat bawah. Kalau dari arah Stesen LRT Bandaraya, cari pintu masuk ke SOGO. Sejak COVID ni, nak masuk ke SOGO memang kena melalui pintu masuk tingkat bawah yang mengadap stesen LRT. Sebab situ check suhu & scan MySejahtera. Bila dah masuk ikut  pintu ni, dah boleh nampak Teh Tarik Place sebab kedai dia sebelah je dengan pintu masuk

Untuk k.fiezz kedai makan ni sesuai untuk jadi tempat lepak atau jumpa dengan kawan lepas penat bekerja. Sambil makan sambil chit chat dengan member. 
SELAMAT MENCUBA!!!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2021/12/cuba-kuew-teow-goreng-dari-teh-tarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pedas Tapi Sedap Resipi Nasi Goreng Sotong Paling Best Memang Patut Cuba

Pedas Tapi Sedap Resipi Nasi Goreng Sotong Paling Best Memang Patut Cuba

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 330 hits
Nasi Goreng Sotong perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap dan mudah disediakan Bahan bahannnya cukup mudah Bagi anda yang suka sangat makan nasi goreng resipi ni adalah salah satu yang perlu anda cuba Memang membuka selera Ta...
Dah Bosan Goreng Rangup Biasa Cuba Fries Ala Mcshaker Sedap Sungguh

Dah Bosan Goreng Rangup Biasa Cuba Fries Ala Mcshaker Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 244 hits
Kentang goreng memang menjadi kesukaan anak anak kita Pun begitu mak ayah pun sama tidak terkecuali merasai kerangupan kentang goreng ini bersama anak anak Apa kata kali ini mak ayah layan kentang pedas berapi yang pastinya buat mak ayah la...
Teknik Cincang Sayur Buat Nasi Goreng Cina Untuk Anak Lagi Sedap Padu

Teknik Cincang Sayur Buat Nasi Goreng Cina Untuk Anak Lagi Sedap Padu

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 233 hits
Nasi Goreng Cina antara nasi goreng mudah dan tidak pedas untuk sajian anak anak Nak sedap dan tambahkan sayur lagi makin berkhasiat anak makan Macam mana caranya Teknik cincangan sayur yang dikongsikan oleh ini buat anak makan bertambah Jo...
Cara Masak Nasi Goreng Usa Sedap Ala Kedai Tomyam Siam

Cara Masak Nasi Goreng Usa Sedap Ala Kedai Tomyam Siam

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 464 hits
USA adalah antara sajian nasi goreng yang popular di kedai masakan panas Nama seakan berasal dari luar negara tetapi sebenarnya USA adalah singkatan kepada nasi goreng udang sotong dan ayam Bahan sampingan yang perlu ada adalah hirisan timu...
Resepi Sambal Goreng Kicap

Resepi Sambal Goreng Kicap

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 263 hits
Masa zaman student dulu Mama Yan selalu datang rumah kakak kat USJ Selangor Kalau on the way balik Pahang untuk cuti panjang tu MY akan singgah rumah kakak kat USJ dulu Tidur semalam dua malam Main dengan anak anak dia dulu Lepas tu baru ba...
Hiburan Ikmal Amry Lega Dapat Tunai Hajat Isteri Mengidam Makan Nasi Goreng Hotel Terkemuka

Hiburan Ikmal Amry Lega Dapat Tunai Hajat Isteri Mengidam Makan Nasi Goreng Hotel Terkemuka

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 731 hits
Pelakon memaklumkan yang dia akhirnya berjaya merealisasikan hajar isterinya Najla Shamsul yang kini sedang hamil anak pertama mereka 7 bulan lalu Isteri Hamil Anak Pertama Ikmal Amry Alami Emosi Tidak StabilAdvertisementMenurut Ikmal ister...
Goreng Ayam Guna Ron97 Kah

Goreng Ayam Guna Ron97 Kah

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 326 hits
AMBOI goreng ayam guna minyak RON97 ke mak cik Tanya seorang lelaki apabila penjual nasi lemak itu memberitahu harga ayam goreng di situ Ayam dah naik harga Tak tahu ke Tak tengok TV Jawab penjual tersebut acuh tak acuh tanpa memandang muka...
Nasi Goreng Udang Dan Epok Epok Daging

Nasi Goreng Udang Dan Epok Epok Daging

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 248 hits
Assalamualaikum MASA balik dari Walimatulurus semalam kami berbincang menu untuk makan malam Tu diaaa dah jadi masalah negara menu makan malam sampai kena berbincang hahaha Iman cadangkan Ayam Goreng McD Sikit punya bernas cadangan dia Baru...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal

Lengkong Sirap Sejuk Tekak Makan Waktu Buka Puasa