Kagum Isteri Pandai Masak Walau Baru Sebulan Kahwin Suami Dedah Rahsianya


Kagum isteri pandai masak walau baru sebulan kahwin, suami dedah rahsianya! Bagaimana satu kemestian untuk setiap gadis pandai memasak sebelum mendirikan rumah tangga.
Namun dalam zaman serba moden ini, perkara itu tidak lagi menjadi satu indikasi utama dalam perkahwinan, apatah lagi dengan kewujudan banyak restoran dan aplikasi tempahan makanan.
Berbeza pula ceritanya dengan seorang jejaka yang baru mendirikan rumah tangga empat bulan lalu yang berkongsi mengenai perihal ini di laman Twitter sehingga menarik perhatian ramai.
Menurut Luqmanul Hakim Hassan, isterinya Zuriani Fairuz Zulkifli tanpa segan-silu mengakui dirinya tidak pandai memasak sewaktu di awal perkenalan mereka.
Posting Lukman tular di Twitter.

“Saya baru sahaja berkahwin pada 18 Ogos lalu. Sebelum berkahwin isteri saya cakap dia tak pandai memasak.
“Sebelum ni dia adalah juga cuba nak goreng-goreng tapi masih takut dengan percikan minyak semasa sedang menggoreng ayam atau ikan,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, jejaka berusia 24 tahun itu berkata dia sentiasa memberi sokongan kepada isterinya untuk belajar memasak.
“Sebenarnya saya bekerja di Jerman. Jadi lepas kahwin saya bawa isteri datang ke sini (Jerman). Sepanjang di sini saya dan isteri sentiasa masak bersama memandangkan kos makan di luar amat mahal.
“Dari situ setiap hari isteri saya belajar perkara baharu. Dan bagusnya isteri saya memang betul-betul semangat nak belajar memasak. Jadi kalau saya pergi kerja, dia selalu tengok YouTube atau mana-mana blog memasak,” katanya.
Jurutera muda itu turut berpendapat suami tidak seharusnya mengkritik masakan isteri seandainya ia tidak menepati selera mereka.
“Saya tak nafikan memang ada orang yang cerewet bila isteri masak tak sedap. Tapi cara kita sebagai suami untuk tegur atau menutup cacat cela isteri tu sangat penting.
“Daripada mengkritik kita cuba bantu isteri supaya dia ada keinginan untuk memasak. Saya sentiasa berpegang kepada prinsip sentiasa sokong, bimbing dan jangan beri tekanan kepada isteri,” katanya.
Bantu Isteri Masak

Oleh kerana sering memasak semasa berada di bumi asing, Lukmanul atau lebih mesra disapa Lukman, terkejut dengan pencapaian isterinya yang sudah pandai memasak dalam tempoh sebulan.
“Ada satu hari tu saya terkejut sebab lepas balik kerja semua masakan dah dihidangkan dan semuanya dimasak isteri.
“Sejak itu, saya dah tahu isteri saya sudah pandai memasak dan serius sedap. Lepas isteri pandai masak saya beritahu dia hanya perlu masak hari saya bekerja manakala saya pula akan masak pada hujung minggu,” katanya.
Bagi Lukman, memasak bukan sekadar untuk juadah di atas meja tetapi ia dapat mengeratkan hubungan mereka sebagai suami isteri.
“Seronok sebenarnya bila masak bersama. Kadang-kadang bergurau sikit-sikit. Dari situ hubungan suami isteri jadi lebih mesra,” katanya.
Menurut jejaka dari Melaka itu, antara menu kegemaran yang pernah disediakan oleh isterinya setakat ini termasuklah ayam masak merah, gulai daging, sup ayam dan soto.
“Setakat ini menu tersebut paling sedap. Saya sekarang cuma tunggu dia boleh masak asam pedas je,” katanya dalam nada berseloroh.
Perlu tahu Asas Memasak

Meskipun memasak sering dikaitkan dengan golongan wanita, Lukman berpendapat kaum adam juga sepatutnya tahu serba sedikit mengenai asas di dapur.
“Saya pun dulu masa kecil selalu je tolong mak di dapur, potong bawang. Jadi bila dah kerja dekat Jerman, saya pun belajar masak.
“Bila dah selalu buat, Alhamdulillah boleh dah memasak,” katanya yang sudah dua tahun bekerja di Jerman.
Sumber: Mstar Online
The post Kagum isteri pandai masak walau baru sebulan kahwin, suami dedah rahsianya! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kagum-isteri-pandai-masak-walau-baru-sebulan-kahwin-suami-dedah-rahsianya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Saja Kahwin Empat Hari Kaka Azraff Dedah Sikap Sebenar Suami

Baru Saja Kahwin Empat Hari Kaka Azraff Dedah Sikap Sebenar Suami

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 498 hits
Kaka Azraff dan Adam Azriff disatukan sebagai suami isteri pada Jumaat lalu Foto Instagram kakaazraff BARU empat hari bergelar isteri penyanyi Kaka Azraff berkongsi sikap sebenar suaminya Adam Azriff di Instagram Kaka memberitahu dia sudah ...
Bahagia Itu Pilihan Ada Suami Yang Cukup Pandai Menghargai Isteri

Bahagia Itu Pilihan Ada Suami Yang Cukup Pandai Menghargai Isteri

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 549 hits
Bahagia Itu Pilihan Ada Suami Yang Cukup Pandai Menghargai Isteri Kalau sudah sah menjadi suami orang setiap hari kena semak apa yang kurang dalam rumah tangga Bukan hanya dari sudut nafkah tetapi emosi seorang isteri juga patut dijaga Baha...
Baru Tiga Hari Kahwin Raja Ilya Akhirnya Dedahkan Bagaimana Suami Mengurat Dia

Baru Tiga Hari Kahwin Raja Ilya Akhirnya Dedahkan Bagaimana Suami Mengurat Dia

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 392 hits
Pelakon cantik Raja Ilya semalam memaklumkan dirinya bakal berkahwin dengan usahawan asal Australia yang dikenali sebagai TWG Menerusi Instagram pelakon Syurgaku Tak Sempurna itu memuat naik sepotong video khusus bagi berkongsi berita gembi...
Penat Uruskan Anak Dan Rumahtangga Suami Kena Belajar Fahami Isteri Baru Isteri Makin Kuat

Penat Uruskan Anak Dan Rumahtangga Suami Kena Belajar Fahami Isteri Baru Isteri Makin Kuat

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 405 hits
Salah satu sebab mengapa isteri amat perlukan me time dalam hidupnya kerana kurangnya masa rehat pada diri sendiri Bebanan emosi juga antara penyebab isteri menjadi terlalu penat Dalam hal ini suami kenalah fahami isteri sekali sekali bagi ...
Tak Tahan Suami Setiap Hari Nak Cium Kat Celah Tu Isteri

Tak Tahan Suami Setiap Hari Nak Cium Kat Celah Tu Isteri

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 2232 hits
Posted By admin 19th December 2018 dunia perkahwinan ini sangat indah jika mampu dan bertanggungjawab serta jatuh hukum wajib pada seseorang maka beliau perlu berkahwin namun asam garam dalam perkahwinan kadang kadang agak pelik tetapi tak ...
Hadiahkan Isteri Rumah Baru Lelaki Ini Dipuji Netizens

Hadiahkan Isteri Rumah Baru Lelaki Ini Dipuji Netizens

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 586 hits
Seorang lelaki yang dikenali sebagai menerima pujian netizens selepas berkongsikan satu rakaman video ketika menghadiahkan isterinya rumah baru iaitu sebuah banglo Dalam video tersebut Shariffuddin yang membahasakan dirinya aku memberitahu ...
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib

Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 517 hits
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib Jika anda tergolong di kalangan suami yang sering kesempitan hidup dikelilingi hutang dan rezeki seolah olah tersekat cuba renung renungkan diri anda A...
Suami Jagalah Isteri Masa Berpantang Betul Caranya Boleh Lebih Cantik Dari Anak D4ra Rileks Media

Suami Jagalah Isteri Masa Berpantang Betul Caranya Boleh Lebih Cantik Dari Anak D4ra Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 488 hits
Suami tolong jangan ambil mudah dengan keadaan isteri yang berpantang bersa lin jagalah dia Kena faham lepas bersalin isteri sebenarnya baru saja melalui fasa bertarung nyawa antara hidup dan matinya Sebaik isteri anda melahirkan ba yinya t...
Suami Sedia 7 Nafkah Wajib Ini Dulu Jangan Ungkit Duit Isteri Bekerja Melainkan Rileks Media

Suami Sedia 7 Nafkah Wajib Ini Dulu Jangan Ungkit Duit Isteri Bekerja Melainkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 501 hits
Kebanyakan isteri sekarang bekerja demi membantu ekonomi keluarga Walau isteri bekerja ada situasi yang suami tak boleh sentuh perihal wang gaji isteri Sebabnya keperluan memberi nafkah tetap jadi tanggungjawab suami Ini yang diulas oleh Dr...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba