Bahagia Itu Pilihan Ada Suami Yang Cukup Pandai Menghargai Isteri
Bahagia Itu Pilihan. Ada Suami Yang Cukup Pandai Menghargai Isteri.. Kalau sudah sah menjadi suami orang, setiap hari kena semak apa yang kurang dalam rumah tangga. Bukan hanya dari sudut nafkah, tetapi emosi seorang isteri juga patut dijaga.
Bahagia itu pilihan. Ada suami cukup pandai menghargai isteri, tetapi ada suami yang langsung cuma tahu gali kekurangan pihak isteri.
Balik-balik rumah, hanya tahu kritik. Tengok badan isteri berisi, lagi teruk diperli. Apa lagi yang berani curang di belakang isteri. Allah… moga kaum suami boleh renungkan kejap dengan perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. Betulkan mana yang silap dalam rencah rumah tangga.
Bila Dapat Pangkat ‘Suami’
Saat kita menjadi suami. Saat kita menjadi seorang suami, kita diberikan satu amanah, iaitu utk bertanggungjawab terhadap isteri kita. Banyak tanggungjawab yang kita perlu pikul, perlu galas dan ianya bukan tugas yang mudah.
Kita juga akan dipertanggungjawabkan untuk apa yang terjadi kepada isteri, kepada rumah tangga tu. Allah akan tanya kita kelak.
Sekarang mungkin kita rasa kita boleh buat apa yang kita nak, apa yang kita suka. Kita nak bagi nafkah, kita bagi. Kita tak nak bagi, kita buat tak tahu. Hak-hak seorang isteri, kita tak nak penuhi. Kita rasa nak mesej perempuan lain, berskandal dengan perempuan lain, kita buat. Isteri larang kita tak nak dengar. Kita sanggup bela maksiat tu lagi dari dengar nasihat. Kita menyakiti hati isteri, kita tak memahami diri isteri, kita buat isteri macam hamba abdi.
Tak apa, ini dunia. Di dunia boleh lah tapi setiap perbuatan yang kita buat tu ada balasannya. Kalau buat baik, insyaAllah baiklah ganjarannya. Kalau buat jahat? Azab, seksa dan ujian yang akan menanti kita sebagai suami ni. Jangan ingat kita boleh terlepas walau seinci pun.
Pilihan Suami Untuk Bahagia
Ada suami yang bila gaji masuk, keesokan harinya dah rasa tak cukup. Ada suami yang motor, kereta selalu rosak. Ada suami yang di tempat keje, selalu tertekan, keje banyak, gaji susah nak naik, bos selalu marah.
“Ketenangan” tu tak ada untuk suami yang tak memenuhi hak seorang isteri. Tak melayani isteri dengan baik.
Manakala suami yang mengutamakan isteri, tak berkira dengan isteri, selalu tolong isteri buat kerja-kerja rumah, selalu dengar nasihat dan teguran isteri, dia hargai isterinya, hidupnya sentiasa tenang. Rezekinya selalu murah, mencurah-curah, gaji sentiasa cukup, motor kereta jarang rosak, gaji selalu naik dan jarang rasa tertekan. Ketenangan itu yang semua orang nak.
Saat kita keluar rumah mencari rezeki, saat itulah doa seorang isteri mengiringi perjalanan kita. Dari pagi hingga petang, dari keluar sampai pulang. Jangan meremehkan doa seorang isteri, doanya tiada hijab sebab dia juga seorang ibu. Direct to Allah dan rezeki bukan sekadar wang ringgit. Kesihatan yang baik, ketenangan hati, urusan dipermudahkan itu semua rezeki.
Maka, berbuat baiklah pada isteri, penuhilah hak-hak isteri dan hargailah isteri. Kita sesekali takkan rugi selama mana kita mengganggap isteri itu sebahagian dari kehidupan kita dan bukannya menumpang hidup kita.
Nasihat dari seorang suami kepada suami yang lain. Apa yang kita buat di dunia yang akan menentukan timbangan kita diakhirat.
Sumber: Firdaus Shakirin
Gambar: Hiasan
The post Bahagia Itu Pilihan. Ada Suami Yang Cukup Pandai Menghargai Isteri.. appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/bahagia-itu-pilihan-ada-suami-yang-cukup-pandai-menghargai-isteri/