Kaedah Menentukan Darah Sama Ada Haid Atau Istihadah


 


Assalamualaikum. Kebiasaan tempoh haid isteri saya ialah 7 hari. Untuk kes ini, tarikh akhir haidnya adalah 27 Jun. Selama ini beliau tak pernah keluar darah istihadah. Namun baru-baru ini, darah keluar semula pada 2 Julai, dipercayai akibat kesan sampingan ubat pencegah hamil yang diambil. Memandangkan tempoh sucinya tidak cukup 15 hari, saya telah memberitahunya bahawa itu adalah darah istihadah dan beliau meneruskan solat wajib harian. Namun timbul kekeliruan di mana ada artikel dan pendapat menyatakan, darah yang keluar sebelum tempoh maksimum haid habis iaitu 15 hari bukanlah istihadah dan tidak boleh menunaikan solat. Persoalannya;
1. Adakah sebenarnya darah yang keluar ini istihadah ataupun darah haid?
2. Apakah hukumnya solat yang dilaksanakan sepanjang tempoh darah ini keluar? Adakah berdosa dan sia-sia?
3. Jika sebenarnya darah itu adalah haid, apakah kesilapan saya disebabkan ceteknya ilmu menyebabkan saya menanggung dosa?
Mohon pencerahan. Jazakumullah.
Tambahan Info:
1. Tarikh hari pertama darah keluar: 20 Jun 2021 (haid seperti biasa)
2. Masa/ waktu hari pertama darah keluar: Sekitar jam 5.15 pagi
3. Tarikh mandi wajib: 27 Jun 2021
4. Masa/ waktu mandi wajib: Lebih kurang jam 12.30 tengahari
5. Keadaan darah yang keluar berserta tarikh: Cair tak seperti haid biasa, berwarna merah cerah, kuantiti lebih banyak dari biasa pada hari pertama, hari seterusnya kuantiti seperti haid biasa tapi masih cair, mula keluar pada 2 Julai 2021 @ 7 pagi, berhenti pada 5 Julai 2021 @ sekitar 12 tengahari.


RINGKASAN JAWAPAN

Darah yang keluar bermula 20 Jun (5.15 pagi) sehingga 5 Julai (5.15 pagi), pada asalnya adalah darah haid.Darah yang keluar semula pada 2 julai (7 pagi) sehingga 5 julai (5.15 pagi) masih dihukumkan haid kerana berada dalam tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam.Pada 5 Julai (5.15 pagi) darah masih keluar sehingga jam 12 tengahari. Ini bermakna darah yang keluar sudah melepasi tempoh sebanyak-banyak haid dan bersambung dengan hari ke-16. Pada waktu ini, barulah diketahui si isteri sedang mengalami darah haid dan istihadah secara bercampur.Berdasarkan info tambahan yang diberikan, si isteri merupakan wanita mustahadah yang duduk dalam kumpulan Mu’tadah Mumayyizah iaitu wanita yang pernah mengalami haid dan suci serta mampu membezakan warna darah mengikut kepada sifat darah. (20 Jun- 27 Jun: Darah yang keluar pekat ), (2 Julai- 5 Julai: Darah yang keluar cair). Maka dihukumkan haid nya mengikut warna yang kuat dan istihadah mengikut warna yang lemah. Oleh itu, haid nya dihukumkan pada 20 Jun-27 Jun manakala 2 Julai-5 Julai darah yang keluar merupakan darah  istihadah.Tempoh 2 Julai hingga 5 Julai (5.15 pagi) itu dalam tempoh istihadah, maka menurut hukum asal wanita itu diwajibkan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, Tindakan si isteri mengerjakan solat adalah tepat dan solatnya sah berdasarkan sangkaannya ketika itu bertepatan dengan hukum asal (الظن في العبادة المعتبر). (Ini merupakan jawapan bagi soalan kedua)Namun, dalam situasi yang lain misalnya si isteri menyangka tempoh darah kedua itu adalah haid dan tidak mendirikan solat berdasarkan sangkaan itu, maka diwajibkan kepadanya untuk menqada semula solatnya dalam tempoh tersebut. (Ini juga merupakan jawapan bagi soalan kedua).Bagi menjawab soalan ketiga, kedudukan suami dan isteri tidak dikira berdosa atas sebab kejahilan atau kekurangan ilmu. Untuk masa akan datang, jika wujud sebarang kemusykilan maka perlu merujuk secepat mungkin kepada pakar fiqh bagi menyelesaikan masalah hukum-hakam seberapa segera.
HURAIAN JAWAPAN
Wa’alaikumussalam WBT. Alhamdulilah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah banginda sehingga hari kiamat.
Definisi Haid Dan Istihadah
Imam al-Khatib al-Syirbini mendefinisikan haid seperti berikut:
دم جبلة أي تقتضيه الطباع السليمة يخرج من اقصى رحم المراة بعد بلوغها على سبيل الصحة من غير سبب في أوقات معلومة
Maksudnya: Darah semula jadi sebagai kejadian normal yang keluar daripada pangkal rahim seorang wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat tanpa sebab-sebab tertentu dan pada waktu-waktu yang diketahui.
(Lihat: Mughni al-Muhtaj, 1/277)
Berdasarkan definisi di atas, dapat difahami bahawa haid ialah darah semulajadi yang keluar secara normal daripada pangkal rahim wanita bukan disebabkan sakit serta ia keluar pada waktu-waktu tertentu sama ada pada waktu sekurang-kurang haid atau sebanyak-banyak haid atau waktu kebiasaan haid.
(Rujuk: al-Ibanah wal al-Ifadhah, 13)
Definisi ini berbeza dengan darah istihadah iaitu:
هي الدم الزائد على اكثر الحيض والنفاس او هي الدم الخارج من غير أيام الحيض والنفاس
Maksudnya: Darah yang keluar melebihi tempoh sebanyak-banyak haid dan nifas atau darah yang keluar bukan pada hari-hari haid dan nifas.
(Lihat: al-Taqrirah al-Sadidah, 1/167)
Ini bermakna, darah haid berlaku dalam tempoh tertentu berbeza dengan istihadah yang tidak mempunyai tempoh waktu tertentu.
 
Tempoh Haid
Dalam kitab al-Taqrirah al-Sadidah penulis menyebutkan tempoh haid adalah seperti berikut:
Sekurang-kurang tempoh haid ialah sehari semalam (24 jam), sebanyak-banyak tempoh haid ialah 15 hari 15 malam dan kebiasaan tempoh haid ialah 6 atau 7 hari.
(Rujuk: al-Taqrirah al-Sadidah, 1/161)
Justeru, kami ringkaskan tempoh haid seperti berikut:
Tempoh sekurang-kurang haid: Sehari semalam (24 jam)Tempoh kebiasaan haid : 6 atau 7 hariTempoh maksimum haid : 15 hari 15 malamImam al-Darimi dalam penulisannya menyebutkan bahawa:
Sekiranya seorang perempuan yang sudah mencapai umur haid (9 tahun dan ke atas) melihat darah yang keluar pada tempoh sekurang-kurang haid (sehari semalam) dan tidak melepasi sebanyak-banyak haid (15 hari 15 malam) maka kesemua darah itu adalah haid. Sama ada tempoh tersebut sama seperti adat kebiasaanya sebelum ini atau tidak. Sama ada darah yang keluar mempunyai warna yang sama atau berbeza. Hal ini demikian kerana, syarat-syarat haid telah terkumpul padanya.
(Rujuk: al-Najm al-Wahhaj Fi Syarh al-Minhaj, 1/498)
Berdasarkan kenyataan ini dapat difahami bahawa, darah yang keluar dalam tempoh 15 hari 15 malam, walaupun berbeza adat dengan bulan sebelum nya atau berbeza warna darah yang keluar, selagi mana ianya keluar dalam tempoh 15 hari 15 malam dan tidak melepasi tempoh tersebut, maka kesemuanya dihukumkan darah haid.
Walau bagaimanapun, sekiranya darah yang keluar melepasi tempoh 15 hari 15 malam dan bersambung dengan hari seterusnya tanpa berhenti maka darah yang keluar dihukumkan sebagai darah istihadah manakala wanita yang mengalami keadaan ini dinamakan sebagai wanita mustahadah yang memiliki beberapa pembahagian kerana darah haid dan istihadahnya telah bercampur dalam tempoh tersebut.
(Rujuk: Matan al-Zubad, 27)
 
Penentuan Haid Dan Istihadah Bagi Darah Yang Bercampur
Penentuan kepada permasalahan ini terbahagi kepada dua:
Menentukan haid dan istihadah dengan melihat kepada warna darah (Tamyiz al-Dam).Sekiranya seorang wanita melihat terdapat perbezaan warna dan sifat darah dalam tempoh tersebut, maka dihukumkan haid pada darah yang kuat (sifat dan warnanya) dan dihukumkan istihadah bagi darah yang lemah (sifat dan warnanya) mengikut syarat-syarat tamyiz.
Hal ini sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam penulisannya:
وَيُحْكَمُ لِلْمُعْتَادَةِ الْمُمَيِّزَةِ بِالتَّمْيِيزِ لَا الْعَادَةِ فِي الْأَصَحِّ
Maksudnya: Dihukumkan bagi perempuan Mu'tadah Mumayyizah dengan tamyiznya (Darah yang sifatnya kuat adalah haid, yang sifatnya lemah adalah istihadah). Tidak dihukumkan dengan adat sebelumnya menurut pandangan yang paling sahih.
(Rujuk: Minhaj al-Thalibin wa Umdah al-Muftin, 88)
Menentukan darah haid dan istihadah melihat kepada adat kebiasaan wanita tersebut.Sekiranya seorang wanita melihat darah yang keluar dengan satu sifat iaitu tiada perbezaan warna pada darah tersebut, maka dihukumkan haidnya mengikut kadar adat kebiasaan haid yang sebelum manakala bakinya dihukumkan istihadah.
Hal ini sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini dalam penulisannya:
وَإِن كَانَت مُعْتَادَة غير مُمَيزَة بِأَن سبق لَهَا حيض وطهر وَهِي تعلمهَا قدرا ووقتا فَترد إِلَيْهِمَا قدرا ووقتا
Maksudnya: Jika seorang perempuan pernah mengalami haid dan suci sebelumnya padahal dia tidak dapat membezakan sifat darah ini (yakni darah yang melebihi tempoh 15 hari 15 malam, kerana darah keluar dengan satu sifat ) sedangkan dia masih ingat kadar dan waktu bagi haid dan sucinya yang sebelum ini, maka dikembalikan kepada kadar dan waktu haid dan sucinya yang sebelum ini.
(Rujuk: al-Iqna Fi Hal Alfaz Matan Abi Syuja’, 1/242)


Berbalik kepada persoalan di atas, kami rumuskan jawapan seperti berikut:
TARIKH
PENJELASAN
20 Jun (5.15 pagi) – 5 Julai (5.15 pagi)
Tempoh 15 hari 15 malam.
Darah yang keluar dihukumkan haid
27 Jun – 1 Julai
Tempoh Naqa. Dihukumkan haid jika duduk dalam tempoh 15 hari 15 malam.
2 Julai (7 pagi) – 5 Julai (5.15 pagi)
Darah yang keluar masih dihukumkan haid
5 Julai (5.16 pagi – 12 Tenghari )
Darah yang keluar melepasi tempoh sebanyak-banyak haid 15 hari 15 malam dan sudah memasuki hari ke-16
 
Berdasarkan jadual di atas dapat difahami bahawa:
Darah yang keluar bermula 20 Jun (5.15 pagi) sehingga 5 Julai (5.15 pagi), pada asalnya adalah darah haid.Darah yang keluar semula pada 2 julai (7 pagi) sehingga 5 julai (5.15 pagi) masih dihukumkan haid kerana berada dalam tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam.Pada 5 Julai (5.15 pagi) darah masih keluar sehingga jam 12 tengahari. Ini bermakna darah yang keluar sudah melepasi tempoh sebanyak-banyak haid dan bersambung dengan hari ke-16. Pada waktu ini, barulah diketahui si isteri sedang mengalami darah haid dan istihadah secara bercampur.Berdasarkan info tambahan yang diberikan, si isteri merupakan wanita mustahadah yang duduk dalam kumpulan Mu’tadah Mumayyizah iaitu wanita yang pernah mengalami haid dan suci serta mampu membezakan warna darah mengikut kepada sifat darah. (20 Jun- 27 Jun: Darah yang keluar pekat), (2 Julai- 5 Julai: Darah yang keluar cair). Maka dihukumkan haid nya mengikut warna yang kuat dan istihadah mengikut warna yang lemah. Oleh itu, haid nya dihukumkan pada 20 Jun -27 Jun manakala 2 Julai-5 Julai darah yang keluar merupakan darah istihadah.Tempoh 2 Julai hingga 5 Julai (5.15 pagi) itu dalam tempoh istihadah, maka menurut hukum asal wanita itu diwajibkan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, Tindakan si isteri mengerjakan untuk mengerjakan solat adalah tepat dan solatnya sah berdasarkan sangkaannya ketika itu bertepatan dengan hukum asal (الظن في العبادة المعتبر). (Ini merupakan jawapan bagi soalan kedua)Namun, dalam situasi yang lain misalnya si isteri menyangka tempoh darah kedua itu adalah haid dan tidak mendirikan solat berdasarkan sangkaan itu, maka diwajibkan kepadanya untuk menqadakan solat dalam tempoh tersebut. (Ini juga merupakan jawapan bagi soalan kedua).Untuk menjawab soalan ketiga, kedudukan suami dan isteri tidak dikira berdosa atas sebab kejahilan atau kekurangan ilmu. Untuk masa akan datang, jika wujud sebarang kemusykilan maka perlu merujuk secepat mungkin kepada pakar fiqh bagi menyelesaikan masalah hukum-hakam seberapa segera.Semoga penjelasan ini mampu memberi penyelesaian dan jawapan kepada persoalan tuan. Wallahualam.
 
RUJUKAN
Al-Darimi, Kamal al-Din Abi al-Baqa’ Muhammad (2004), al-Najm al-Wahhaj Fi Syarh al-Minhaj, Beirut: Dar al-Minhaj, cet.1, p.498.Al-Syirbini, Shamsuddin Muhammad (2000), Mughni al-Muhtaj Ila Ma’rifa Ma’ani Alfaz al-Minhaj, Beirut: Dar-Kutub al-Ilmiyyah, juz.1, p.277.Al-Syirbini, Shamsuddin Muhammad (2004), al-Iqna Fi Hal Alfaz Abi Syuja’, Beirut: Dar-Kutub al-Ilmiyyah, juz.1, p.242Al-Saqqaf, Abdul Rahman bin Abdullah (2020), al-Ibanah wa al-Ifadhah Fi Ahkam al-Haid wa al-Nifas wa al-Istihadah ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, Kaherah: Dar-Tholib al-Azhari, cet.6, p.13Al-Nawawi, Muhyiddin Abi Zakariya bin Sharaf (2005), Minhaj al-Thalibin wa Umdah al-Muftin, Beirut: Dar-Minhaj, cet.1, p.88Ahmad bin Ruslan al-Syafi’i (1948), Matan al-Zubad Fi Ilm al-Fiqh ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, Mekah: Maktabah al-Thaqafah, cet.1, p.27Hassan bin Ahmad bin Muhammad Salim al-Kaff (2003), al-Taqrirah al-Sadidah Fi Masail al-Mufidah, Tarim: Dar-Ulum wa al-Da’wah, cet.1, p.161 & 167 Al Kafi li al-Fatawi
Kredit : Pej Mufti Wilayah Persekutuan
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/08/kaedah-menentukan-darah-sama-ada-haid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Luna Maya Ulang Tahun Ini Potret Kebersamaan Keduanya Sama Sama Cantik

Ibu Luna Maya Ulang Tahun Ini Potret Kebersamaan Keduanya Sama Sama Cantik

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 265 hits
Di hari ulang tahun sang ibunda Luna Maya membagikan potret kebersamaan mereka Seketika foto fotonya mendapat banyak respon positif dari netizen Ibu dan anak ini ramai dipuji sama sama cantik dan memesona Ini foto fotonya
Nak Tahu Beza Demam Biasa Atau Influenza Check Simptom Ini

Nak Tahu Beza Demam Biasa Atau Influenza Check Simptom Ini

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 335 hits
Sekarang ni memang musim anak anak tak sihat Mudah sangat terkena demam selesema dan batuk Manalah kita tak risau kan Tempoh hari kes jangkitan HFMD meningkat diikuti dengan influenza Ibu ayah mungkin keliru kerana simptom influenza dan sel...
Rehatkan Kuda Lama Atau Umno Mati Dalam 10 Tahun Kata Nur Jazlan

Rehatkan Kuda Lama Atau Umno Mati Dalam 10 Tahun Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 164 hits
freemalaysiatoday com August 10 2022 1 59 PMNur Jazlan Mohamed berkata Umno tidak boleh terlalu bergantung harap kepada pengundi matang sedia ada sedangkan peluang untuk meraih sokongan pengundi muda terbuka luas PETALING JAYA Seorang pemim...
Ada Diabetes Atau Tidak

Ada Diabetes Atau Tidak

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 205 hits
Ada Diabetes atau Tidak Kencing manis jenis 2 diabetes type 2 adalah satu penyakit metabolik yang jarang disedari pada peringkat awal Lazimnya pesakit disahkan mempunyai masalah diabetes apabila keadaan semakin teruk terutamanya apabila men...
Tidak Penting Pun Mukhriz Atau Sesiapa Jua Tidak Setaraf Mahathir Yang Penting Bukan Penyamun

Tidak Penting Pun Mukhriz Atau Sesiapa Jua Tidak Setaraf Mahathir Yang Penting Bukan Penyamun

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 166 hits
Masih ramai yang bersih dan berakhlak contoh seperti Rafizi MB Selangor Sanusi KM Pulau Pinang dan lain lain cuma ada sesetengah mereka mereka belum diuji apabila berkuasa dan berjawatan Sekurang kurangnya mukhriz pernah berada dalam kabine...
Gta Gabungan Parti Syok Sendiri Atau Parti King Maker Pru15

Gta Gabungan Parti Syok Sendiri Atau Parti King Maker Pru15

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 201 hits
Kita bebas untuk menubuhkan berapa banyak parti pun Kalau kita tubuh 100 parti itu cukup baik kerana orang Melayu akan dibahagikan kepada 100 Dan kita tiada satu parti Melayu yang besar Sebab itu saya galakkan banyak penubuhan parti Melayu ...
Suntikan Vaksin Kancing Gigi Ibu Mengandung Nak Terima Atau Tolak

Suntikan Vaksin Kancing Gigi Ibu Mengandung Nak Terima Atau Tolak

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 289 hits
Sekarang jadual pemeriksaan ibu mengandung untuk juju dah melangkaui sebulan sekali ataupun 6 minggu sekali Sebab semua sejarah kesihatan yang di semak mingguan nampak tiada yang serius setakat hari ini juju menulis Alhamdulilah Kenaikan be...
Betul Ke Menteri Agama Ph Jual Aset Tabung Haji Atau Sebaliknya

Betul Ke Menteri Agama Ph Jual Aset Tabung Haji Atau Sebaliknya

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 235 hits
Betul Ke Menteri Agama PH Jual Aset Tabung Haji atau Sebaliknya Pelik juga ada lagi masih menjual fitnah yang Menteri PH jual aset tabung haji di sebalik Jabatan Audit Negara sendiri bagi Anugerah untuk penstrukturan pemulihan semula TH Aun...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator