Betul Ke Menteri Agama Ph Jual Aset Tabung Haji Atau Sebaliknya


 
Betul Ke Menteri Agama PH Jual Aset Tabung Haji atau Sebaliknya? 



Pelik juga ada lagi masih menjual fitnah yang Menteri PH jual aset tabung haji di sebalik Jabatan Audit Negara sendiri bagi Anugerah untuk penstrukturan/pemulihan semula TH.
Auns yang bodo memang degil nak faham....


Tabung Haji adalah tertakluk dalam Akta Tabung Haji 1995 https://www.tabunghaji.gov.my/en/tabung-haji-act. 


Dalam akta tersebut sub 22 (3.a) dengan jelas menyatakan yang hibah tidak boleh di bagi jika aset tabung kurang dari hutang tabung. Dalam bahasa mudah,   kalau jumlah hutang lebih dari asset, TH tidak boleh memberi hibah pada tahun tersebut.


Apa masalah dengan Tabung Haji ini sampai kena jual aset?


Baik saya terangkan sekali lagi terutama pada pengundi 18 supaya anda tahu, siapa yang buat kerja dan siapa yang auta.





Kalau sesiapa yang ada daya cognitif sudah tentu boleh membaca yang penstrukturan semua aset-aset sakit TH adalah satu keperluan. 


1) TH sebenarnya telah rugi dari tahun 2015 lagi; di sah kan oleh  Auditor luar (salah satu auditor adalah PricewaterhouseCoopers) 


2) Bila rugi ( libiliti lebih dari asset), ada satu klausa dalam Akta TH yang tulis TH tak boleh bagi hibah. 


3) Tapi macam mana TH masih boleh bagi hibah sampai 2018? Senang cerita creative accounting dengan bagi dividen guna duit pencarum.







4) Jumlah kerugian dalam masa 4 tahun tersebut ada dalam 4.1 billion. Nak restore balik balance sheet ni ada banyak cara, macam apa yang khazanah buat kitchen sinking, declare terus non performing asset bagi tahun tu. Tapi khazanah boleh la buat macam tu sebab dia tak ada tanggung jawab pada pendeposit. Kalau TH buat macam tu alamat nya mengamuk la orang kampung yang tak faham kenapa tahun ni tak ada hibah, tu belum masuk part TH juga bayar subsidi pergi haji.


5) Benda ini sama aje dengan kes LCS; boleh aje Mat Sabu tutup mata dan suruh LCS1 berlayar kosong di perairan. PH boleh aje tutup mata dan continue benarkan TH bagi dividen, pencarum happy tapi TH lah sakit in long run. Apa yang Mat Sabu (PH-Amanah) buat dengan LCS dia tubuhkan Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK); siasat isu LCS. 


6) Sama aja dengan kes TH; PH boleh aje biarkan tak buat apa-apa, sebab nak perbaiki benda rosak memang renyeh. Cuma macam bagi pesakit kencing manis minum teh tarik tiap-tiap hari lah. Sebab it Dr Mujahid (PH-Amanah) tengok TH ini bermasalah, dia cadangkan penstrukturan semula TH dengan melantik orang-orang yang layak untuk baik pulih TH. 


7) Jadi apa langkah pertama yang di buat ialah tubuhkan syarikat SPV/UJSB; fungsi SPV ini ialah untuk membeli aset-aset TH yang sakit dan tak berdaya saing (masih untung tapi sikit sangat). Sebagai balasan kerajaan keluarkan sukuk 20 billion untuk fund SPV ini. 


8) SPV ini pun kena fitnah juga dulu, di katakan di punyai oleh Lim Guan Eng, padahal ia adalah milik Kementerian Kewangan di Perbadankan. Sekarang menteri kewangan adalah Zafrul; kenapa SPV masih di bawah MOF incorporated/Zafrul; bukan bawah LGE macam yang di tuduh? 


9) Bila aset-aset sakit di keluarkan, barulah kewangan TH nampak cantik; yang mana aset lebih dari libiliti. Kenapa dia buat macam ini? Supaya kalau dalam scenario terburuk bila semua pencarum Tabung haji decide keluarkan simpanan mereka; TH ada aset dan cash yang cukup untuk bayar. 


10) Yang jadi zaman BN ialah, duit dividen yang di bayar adalah hasil dari duit deposit penyimpan, bukan keuntungan TH yang sebenar. Pemimpin UMNO yang tuduh Mujahid jual aset TH pun dah tarik balik kenyataan dia di mahkamah; jadi siapa di pihak yang benar? 


11) Dan Insyallah kalau SPV boleh flip balik asset2 tersebut sampai jadi untung, Tabung Haji adalah entiti yang pertama akan di offer untuk beli semula, itu tu pun tebus balik pakai sukuk yang di keluarkan tempoh hari. 


12) Kejayaan PH pulihkan aset TH ini di akui sampai dapat sijil Ketua Audit Negara. Adik2 nak percaya kata-kata Ketua Audit negara ataupun mereka yang sendiri tak faham apa yang di tulis?


13) Pemulihan Tabung Haji ini salah satu kejayaan Pakatan Harapan dalam masa 22 bulan dari 60 bulan sepatutnya memerintah. Kalau PH memerintah hari ni banyak lagi aset-aset negara boleh di selamatkan.


14) Minggu lepas pun salah satu kejayaan Dr Mujahid (PH-Amanah) bila dapat bentang Majlis Peguam Syarie (Akta 814). Tahu tak benda ini dah sebut nak bentang bebelas-belas tahun, hanya bila masuk Dr Mujahid baru selesai. Kalau ada yang tanya apa faedah akta ini? Akta ini telah mengangkat Peguam Syarie sama taraf dengan Peguam Sivil yang di kawal di bawah Majlis Peguam. Jadi siapa sebenarnya yang menaikan martabat Islam dan siapa yang makan sagon?


15) Sebagai penutup, kita kena ingat apa yang berlaku di hadapan mata kita adalah peringatan dari Allah. Yang jujur di tuduh khianat, yang khianat pula di tuduh jujur. Ini bertepatan dengan hadis tentang kebangkitan golongan ruwaidbhah. 


Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah)


16) PRU15 nanti pilihlah yang betul-betul hendak menyelamatkan negara; yang sudah terbukti kompeten dan berprinsip. Jangan pilih mereka yang khianat, menjual agama, mencuri wang rakyat dan rasuah tanpa rasa malu. Kalau hendak pilih juga mereka yang khianat pada amanah negara jadi pemimpin, lihat sahajalah ending umat-umat terdahulu yang di musnahkan sebab tidak menerima peringatan dari Allah SWT


MMMS






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/betul-ke-menteri-agama-ph-jual-aset.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Fitnah Ph Jual Tabung Haji Siapa Buat Kerja Siapa Yang Auta

Kisah Fitnah Ph Jual Tabung Haji Siapa Buat Kerja Siapa Yang Auta

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 196 hits
Pelik juga ada lagi masih menjual fitnah yang Menteri PH jual aset Tabung Haji di sebalik Jabatan Audit Negara sendiri bagi Anugerah untuk penstrukturan pemulihan semula TH Tabung Haji adalah tertakluk dalam Akta Tabung Haji 1995 Dalam akta...
Hina Agama Nur Syazwani Akan Dikenakan Tindakan Undang Undang Menteri

Hina Agama Nur Syazwani Akan Dikenakan Tindakan Undang Undang Menteri

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 219 hits
Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menggesa wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki didakwa kerana menghina agama Baca Beliau berkata tindakan itu perlu bagi mengelakkan lebih banyak k...
Ini Melibatkan Hukum Hakam Agama Pengkid Pakai Ihram Menteri Agama Maklum Tindakan Tegas Akan Dikenakan

Ini Melibatkan Hukum Hakam Agama Pengkid Pakai Ihram Menteri Agama Maklum Tindakan Tegas Akan Dikenakan

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 182 hits
Baru baru ini kecoh tentang seorang pengkid telah pergi ke umrah dengan memakai ihram Perkara tersebut ditularkan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Aliya yang juga merupakan bekas kekasih pengkid berkenaan var currentUrlTw...
Korea Selatan Rancang Jual Aset Milik Negara

Korea Selatan Rancang Jual Aset Milik Negara

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 186 hits
Korea Selatan rancang jual aset milik negara Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Aug 2022 11 30PM
Menteri Agama Tak Ambik Tau Kot Islam Terancam

Menteri Agama Tak Ambik Tau Kot Islam Terancam

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 204 hits
RAMZAN AHMADNASIB KEBAJIKAN GURU KAFA Anda kenal PEKERJA ASING Mereka bekerja di negara kita dengan gaji minimum RM1200 RM1500 sebulan Noktah Pendidik Agama Islam Guru KAFA hanya diberikan gaji atas nama elaun antara RM700 RM850 sahaja Stat...
Tabung Usahawan Belia Felda Bantuan Perniagaan Sehingga Rm 20 000

Tabung Usahawan Belia Felda Bantuan Perniagaan Sehingga Rm 20 000

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 262 hits
Tabung Usahawan Belia FELDA Sukacita dimaklumkan bahawa FELDA kini menawarkan Tabung Usahawan Belia FELDA untuk generasi muda FELDA yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan Inisiatif ini diwujudkan selaras dengan matlamat FELDA yang ki...
Ini Saja Alasan Ahmad Nazim Kalau Gini La Gayanya Tabung Ltat Wal Hasil Quyub

Ini Saja Alasan Ahmad Nazim Kalau Gini La Gayanya Tabung Ltat Wal Hasil Quyub

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 133 hits
LIEW CHIN TONGSaya amat terkejut membaca kenyataan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman Sekiranya ingin berpolitik semacam Datuk Seri Najib Razak lebih baik Nazim Rahman undur dari tugas menjaga LTA...
Kuota Haji Bertambah Ganjar Kaji Rencana Pembangunan Asrama Baru Di Jateng

Kuota Haji Bertambah Ganjar Kaji Rencana Pembangunan Asrama Baru Di Jateng

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 220 hits
Gubernur Jawa Tengah Ganjar Pranowo mencanangkan pembangunan asrama haji di wilayahnya Hal ini terkait penambahan kuota jemaah haji untuk Provinsi Jateng Hal itu disampaikan Ganjar usai mengikuti rapat bersama Komisi VIII DPR di Kantor Wali...
Edukasi Aset Digital Perlu Digencarkan

Edukasi Aset Digital Perlu Digencarkan

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 124 hits
Genta Mansyur Head of Community Nanovest mengatakan aset digital marak sekali dikembangkan seiring dengan percepatan teknologi Seiring kondisi itu rasa ingin tahu masyarakat tentang manfaat berinvestasi dengan instrumen investasi digital in...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu