Gta Gabungan Parti Syok Sendiri Atau Parti King Maker Pru15




“Kita bebas untuk menubuhkan berapa banyak parti pun. Kalau kita tubuh 100 parti, itu cukup baik kerana orang Melayu akan dibahagikan kepada 100. Dan kita tiada satu parti Melayu yang besar. Sebab itu saya galakkan banyak penubuhan parti Melayu

“Negara kita majoriti 60% Melayu. Kalau berpecah empat tidak mengapa juga, ini berpecah sampai 100.”
Itu kata-kata Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan media pada 28 Mei 2019. Itu reaksi “sarcastic” atau sinis beliau terhadap sebuah lagi parti politik Melayu yang baharu ditubuh ketika itu, iaitu Parti Bumiputera Perkasa Malaysia atau Putra

Amat menarik kerana tiga tahun kemudian atau lebih tepat pada 4 Ogos 2022, Mahathir mengumumkan penubuhan gabungan politik Melayu yang dipengerusikannya, dengan Putra ada di dalam gabungan itu

Selain Putra, gabungan yang dinamakan Gerakan Tanah Air atau GTA turut dianggotai Pejuang (tentunya kerana ini parti Mahathir sendiri), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia atau Berjasa dan Iman yang nama penuhnya Parti Perikatan India Muslim Nasional. Menarik juga kerana gabungan parti politik Melayu dianggotai parti India Muslim

Apa pun, mungkin boleh disimpulkan langkah Mahathir menubuhkan sebuah gabungan “politik Melayu” kerana “kita tiada satu parti Melayu yang besar” (akibat banyak parti Melayu ditubuhkan) seperti yang dikatakan beliau tiga tahun lalu

Lantas, beliau menggabungkan parti-parti politik Melayu yang kecil bersama parti India Muslim (yang juga kecil) untuk dijadikan GTA yang “besar” untuk mengambil kekosongan sebuah parti Melayu yang besar

Perlu diingat, semasa menjadi pengerusi Bersatu dahulu, Mahathir mempelawa “semua” parti Melayu menyertai partinya dalam usaha menjadikan Bersatu sebuah parti Melayu yang besar

Beliau juga menggorak langkah untuk membawa Umno ke dalam Bersatu, tetapi katanya “tanpa penyangak dalam Umno”.
Gabungan terbaharunya mempunyai ciri-ciri Umno kerana ramai ahli Putra pimpinan Ibrahim Ali pernah menjadi ahli Umno. Elemen Bersatu juga ada kerana Pejuang asalnya Bersatu yang diasaskan Mahathir pada 2016, manakala “DNA” PAS wujud dalam bentuk Berjasa yang merupakan parti serpihan PAS

Menubuhkan gabungan politik bukan sesuatu yang pelik mahupun aneh di Malaysia. Dalam konteks “eksklusif untuk parti Melayu Islam” pernah ditubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah pada 1990. Dianggotai Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, PAS, Berjasa, Parti Hizbul Muslimin Malaysia atau Hamim serta Kongres India Muslim Malaysia atau Kimma. Jelas ahli semua parti itu beragama Islam

Bagaimanapun, Tengku Razaleigh turut menggabungkan parti politik berbilang agama dan bangsa juga pada 1990. Ia dinamakan Gagasan Rakyat yang dianggotai DAP, Parti Bersatu Sabah, Parti Rakyat Malaysia serta Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), dikepalai Semangat 46, parti Tengku Razaleigh

Gagasan Rakyat bekerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah untuk menentang Umno/Barisan Nasional (BN) pimpinan Mahathir pada pilihan raya umum 1990. Menariknya, Semangat 46 duduk dalam kedua-dua gabungan

Satu parti duduk dalam dua gabungan juga kerap diamalkan PAS. Ia pernah terajui gabungan yang dipanggil Gagasan Sejahtera atau Gagasan yang turut dianggotai Parti Ikatan Bangsa Malaysia (yang majoriti ahlinya orang Melayu) diketuai bekas pemimpin Umno, Kadir Sheikh Fadzir

Dan pada masa sama, bermesra dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai 2019. Status MN kini masih kabur. Gagasan Sejahtera dibubarkan pada 2020. (PAS juga mahu duduk dalam Perikatan Nasional (PN) dan MN sekali gus)

Kembali kepada GTA yang ditubuhkan Mahathir tempoh hari bertujuan “memperjuangkan kaum Melayu untuk mempertahankan Malaysia”

Adakah Mahathir akan mempelawa semua parti politik Melayu (seperti yang dilaungkan ketika memimpin Bersatu) menyertai GTA? Termasuk mempelawa Bersatu dan PAS supaya GTA menjadi entiti Melayu gergasi

Adakah Mahathir menjangka orang Melayu yang menyokong Bersatu dan PAS akan memberi “tekanan” kepada parti mereka untuk menyokong gerakan pimpinannya “demi memperjuangkan nasib bangsa dan agama”

Tetapi, pelawaan Mahathir ( jika dibuat) tidak ditujukan kepada Umno. Ini jelas kerana menurutnya, GTA akan bertanding di kerusi majoriti Melayu, khususnya kawasan tradisi Umno

“Kita jemput orang Melayu sahaja bukan kerana kita perkauman, tetapi kerana usaha kita untuk lawan parti Melayu yang telah menyeleweng, iaitu Umno. Sebab itu kita buat parti Melayu untuk menentang parti Melayu,” katanya dipetik media

Penganalisis politik, Ahmad Fauzi Abdul Hamid memberitahu FMT, beliau “tidak melihat cubaan Mahathir ini sebagai cara halus memecahkan perpaduan orang Melayu atau apa-apa”

Sebaliknya, menurut Fauzi, langkah bekas perdana menteri itu satu “helah” atau alasan untuk kekal aktif dan dihormati pada usia senjanya

Pun begitu, Mahathir mengumumkan gerakannya akan bertanding 120 daripada 222 kerusi Parlimen pada PRU15 kelak

Oleh kerana ramai penganalisis dan pemerhati politik percaya tidak akan ada gabungan yang boleh memenangi PRU15 secara mutlak, adakah Mahathir mahu GTA menjadi faktor penentu untuk melengkapkan usaha menubuhkan kerajaan? Dalam perkataan lain, GTA menjadi “king maker”

Imbas kembali 27 Julai 2022. Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 di Parlimen, Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi melontar pendapat, lompat parti walaupun tidak digalakkan, perlu dibenarkan selepas PRU untuk membolehkan kerajaan persekutuan dibentuk

Katanya, jika tiada parti yang mampu memperolehi jumlah kerusi minimum 112 di Parlimen, lompat parti selepas PRU boleh memastikan kestabilan politik negara

Adakah itu pembayang maksud di sebalik penubuhan atau matlamat GTA

Akan tetapi, jika “king maker” menjadi hasratnya ,GTA terlebih dahulu perlu memenangi kerusi yang ditandinginya. Bolehkah mereka lakukannya

Mohsin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/08/gta-gabungan-parti-syok-sendiri-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuepacs Gesa Kerajaan Naikkan Gaji Sebelum Pru15 Atau Penjawat Awam Protes Di Putrajaya

Cuepacs Gesa Kerajaan Naikkan Gaji Sebelum Pru15 Atau Penjawat Awam Protes Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 212 hits
Cuepacs gesa kerajaan naikkan gaji sebelum PRU15 atau penjawat awam protes di PutrajayaKongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berdepan deng...
The Lord Musang King Filem Pertama Gabungan Malaysia Korea Selatan

The Lord Musang King Filem Pertama Gabungan Malaysia Korea Selatan

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 176 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSebuah filem yang akan menggabungkan para pelakon dan bakat baru terbaik dari dua buah negara iatu Korea Selatan dan Malaysia akan dihasilkan dan ia merupakan langkah bersejarah kerana buat julung kalinya ...
Ruu Anti Lompat Parti Sudah Lulus Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh

Ruu Anti Lompat Parti Sudah Lulus Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 137 hits
KUANTAN Gabungan parti politik baru yang rapuh tidak lagi diperlukan selepas Rang Undang Undang mengenai anti lompat parti diluluskan di peringkat Dewan Rakyat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata sebaran...
Hati Hati Bercakap Wahai Pemimpin Ph Jangan Syok Sendiri

Hati Hati Bercakap Wahai Pemimpin Ph Jangan Syok Sendiri

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 131 hits
JAMZURI ARDANIBN PN GTA semua berebut untuk dapatkan undi Melayu konservatif Hanya PH boleh menjadi pilihan pengundi Melayu progresif Tetapi golongan pengundi Melayu progresif tidak ramai hanya sekitar 15 20 sahaja Kebanyakan mereka tinggal...
Gta Gabungan Yang Menyelamatkan Maruah Melayu Islam Apabila Yang Lain Gagal

Gta Gabungan Yang Menyelamatkan Maruah Melayu Islam Apabila Yang Lain Gagal

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 159 hits
Korup antara yang ada meranapkan parti Melayu lain Lebih teruk mereka memuja dan mempertahankan pemimpin yang korup Sebahagian rakyat dari awal lagi sudah menolak parti parti tersebut dan sebagai protest tidak keluar mengundi atau terus tid...
Kecewa Putra Sertai Gta Naib Presiden Keluar Parti

Kecewa Putra Sertai Gta Naib Presiden Keluar Parti

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 213 hits
Malaysiakini Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Hamidah Osman mengumumkan keputusan keluar daripada parti tersebut serta merta hari ini selepas kecewa dengan tindakan parti tersebut yang menyertai Gerakan Tanah Air Saya b...
Rehatkan Kuda Lama Atau Umno Mati Dalam 10 Tahun Kata Nur Jazlan

Rehatkan Kuda Lama Atau Umno Mati Dalam 10 Tahun Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 128 hits
freemalaysiatoday com August 10 2022 1 59 PMNur Jazlan Mohamed berkata Umno tidak boleh terlalu bergantung harap kepada pengundi matang sedia ada sedangkan peluang untuk meraih sokongan pengundi muda terbuka luas PETALING JAYA Seorang pemim...
Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Effective Market Research On A Budget

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Buasir Otak Tv Buang 4 Huruf Belakang Jadi Jenama Telefon Be Like

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia