Kadir Jasin Rakyat Perlu Tahu Kos Menanggung Raja Raja Melayu



(Malaysiakini) – Sultan Kedah, Tuanku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ditabalkan pada 22 Oktober lalu mengambil gelaran “Al Aminul Karim.”
Seorang pegawai Pejabat Sultan di Alor Star memberitahu, terjemahan bahasa Melayu yang diperkenankan bagi gelaran itu adalah “raja dipercayai yang bersifat mulia.”
Alhamdulillah. Sebagai negeri majoriti Melayu-Islam yang kaya pun tidak dan miskin sangat pun tidak, Kedah memerlukan seorang raja yang dipercayai rakyat jelata dan bersifat mulia.
Seorang menteri orang Kedah yang hadir upacara penuh adat istiadat Melayu itu memberitahu saya, empat ekor gajah dibawa khas dari Pahang untuk tujuan tersebut.
Saya rasa ini adalah gajah daripada Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah.
Di situ ada dua jenis gagah. Gajah denak yang jinak dan gajah liar yang ditangkap. Gajah liar itu akan dipindahkan ke tempat lain agar tidak bertembung dengan manusia.
Rela jika raja bijaksana
Menteri itu turut memaklumkan kepada saya berapa belanja membawa haiwan itu pergi balik. Boleh kira mahallah.
Tapi saya kata kepada beliau, kalau raja bijaksana dan sentiasa di atas takhta, saya relalah dengan perbelanjaan itu.
Lagipun bukan hari-hari raja ditabalkan. Pertabalan terakhir berlaku di Kedah lebih 60 tahun lalu apabila Almarhum Sultan Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah ditabalkan.
Menteri itu kata lagi, bukan sahaja majlis tersebut penuh adat istiadat Melayu tetapi lebih daripada itu ia bersandarkan Islam dan Al-Quran.
Katanya, sumpah jawatan yang paling tinggi adalah apabila Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang, membacakan doa yang terkandung di dalamnya Ayat ke-26 Surah Al-Imran.
“Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Walaupun terlewat, saya turut menadah tangan mengaminkan doa beliau sambil berharap lirik lagu rasmi negeri Kedah akan menjadi panduan.
“Allah selamat sultan mahkota,
berpanjangan usia di atas takhta,
memelihara agama nabi kita,
negeri Kedah serata-rata.”
Lagu rasmi itu dengan jelas menyatakan tempat raja adalah di atas takhta dan tanggungjawab raja adalah memelihara Islam “agama Nabi kita”.
Ia tidak kata, “berpanjangan usia di bilik lembaga” dan “pelihara konglomerat niaga baginda.”
Tak kata raja kita selamat cari bijih, balak 
Rangkap penyudah lagu kebangsaan negara kita pun mengingatkan hal yang sama.
“Rahmat bahagia,
tuhan kurniakan,
raja kita,
selamat bertakhta.”
Ia tidak kata, raja kita selamat dalam bilik lembaga, atas padang bola, dalam arena politik negara atau mencari bijih dan balak dalam hutan belantara.
Perlembagaan negara kita meletakkan raja-raja di atas takhta (di dalam istana) dengan peruntukan kewangan dan kemudahan yang tidak termimpikan oleh manusia biasa.
Mungkin dalam era Malaysia baru ini, parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri boleh maklumkan kepada rakyat jelata berapa banyak perbelanjaan yang mereka peruntukan kepada raja-raja mereka.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/10/30/kadir-jasin-rakyat-perlu-tahu-kos-menanggung-raja-raja-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Did You Earn Those Titles Kadir Jasin Asks Pakatan S New Datuks

Did You Earn Those Titles Kadir Jasin Asks Pakatan S New Datuks

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 280 hits
Pakatan Harapan leaders should hold themselves to a higher standard by making sure any state award carrying honorary titles they accept is based on merit the media and communications adviser to the Prime Minister s Office said Datuk A Kadir...
Katanya Kerajaan Ph Terdedah Kepada Sabotaj Dari Dalam A Kadir Jasin

Katanya Kerajaan Ph Terdedah Kepada Sabotaj Dari Dalam A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 362 hits
Oleh A Kadir JasinIrwan Serigar berkempen di Langkawi melawan Dr MahathirBAHAYA kerajaan baru Pakatan Harapan disabotaj tidak dapat ditolak begitu sahaja dan terdapat dua sumber utama kepada ancaman ini Pertama pemimpin PH termasuk anggota ...
40 Ahli Parlimen Umno Jumpa Dr M Dijangka Masuk Ppbm A Kadir Jasin

40 Ahli Parlimen Umno Jumpa Dr M Dijangka Masuk Ppbm A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 476 hits
JOHOR BAHRU Kira kira 40 ahli Parlimen Umno dikatakan berkemungkinan meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM Ahli Majlis Tertinggi PPBM Datuk A Kadir Jasin berkata mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali me...
Wartawan Jangan Terikut Dengan Menteri Tak Pandai Berhujah A Kadir Jasin

Wartawan Jangan Terikut Dengan Menteri Tak Pandai Berhujah A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 378 hits
SHAH ALAM Wartawan boleh menjadi pembetul arah dan memberi teguran kepada barisan Menteri Kabinet dalam pentadbiran kerajaan baharu Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri Datuk A Kadir Jasin berkata wartawan kini tidak perlu...
Isu Kurniaan Anugerah Gelaran Kadir Jasin Setuju Pendirian Dap

Isu Kurniaan Anugerah Gelaran Kadir Jasin Setuju Pendirian Dap

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 267 hits
Pada 17 Oktober 2018Hal yang hendak saya kupas ini mungkin sensitif dan menyinggung perasaan Jadi saya mulakan dengan memohon ampun kepada sesiapa juga yang berasa tersinggung Ada dua aliran pemikiran dalam hal yang hendak saya bahaskan ini...
Sistem Perubatan Baru Naikkan Kos Nafikan Khidmat Perubatan Rakyat Miskin

Sistem Perubatan Baru Naikkan Kos Nafikan Khidmat Perubatan Rakyat Miskin

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 515 hits
PM 4 Swastakan Jalan Untuk Kutip Tol Dan PM 7 Pula Swastakan Bangunan Hospital Untuk Kutip SewaUntuk bina bangunan baru PM ke 4 perkenalkan sistem sampai hari ini rakyat sengsara bayar tol dan kalau tak cukup kerajaan pula kena bayar subsid...
Benarkan Rakyat Hisap Ganja Untuk Hilangkan Tekanan Kos Sara Hidup Syed Rosli

Benarkan Rakyat Hisap Ganja Untuk Hilangkan Tekanan Kos Sara Hidup Syed Rosli

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 538 hits
Penolong Setiausaha Pemudah UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Jamlullail meminta supaya kerajaan mempertimbangkan bagi membenarkan rakyat menggunakan ganja sekaligus meminda sebarang larangan undang undang melibatkannya a...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa