Kadiaq Mulut Longkang




Pak Kadir mulut celupar
Saya percaya Pak Kadir (A Kadir Jasin) yang juga merupakan penasihat media kepada Perdana Menteri ketujuh (Dr Mahathir Mohamad) adalah seorang yang sangat tidak jujur serta seorang bermulut celupar.
Dalam artikel ini, dia gelar saya sebagai “perogol” Felda serta membuat beberapa tuduhan terhadap saya.
BACA: Najib lacurkan Felda – Kadir Jasin
Dia membuat tuduhan seolah-olah tak baca kertas putih Felda yang dikeluarkan oleh kerajaan PH sendiri.
Dia kata wang Felda sudah habis dibelanja.
Tapi dia tidak menyatakan bahawa wang ini dibelanjakan ke atas peneroka-peneroka sendiri seperti diakui oleh (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) Azmin Ali.
Dia kata Felda ada pinjaman RM8 bilion tapi dia tidak menyatakan bahawa pinjaman ini dipinjamkan semula kepada peneroka-peneroka untuk projek-projek penanaman semula, rumah generasi kedua, pendidikan anak-anak Felda dan sebagainya.
Saya juga pernah menulis panjang-lebar kenapa FGV perlu disenaraikan untuk menyelemat Felda akibat pokok-pokok sawit sudah tua akibat perdana menteri keempat yang tidak banyak minat bidang perladangan masa itu dan Felda dalam bahaya tidak wujud lagi jika penanaman semula berskala besar yang menelan kos yang tinggi tidak dimulakan dengan segera.
Perkara ini pun pernah diakui oleh Lim Kit Siang pada tahun 2012 apabila dia kata 50 peratus dari pokok sawit dalam Felda sudah terlalu tua.
Lepas itu Pak Kadir kata tindakan Felda untuk membeli kepentingan 37 peratus saham dalam syarikat sawit Indonesia Eagle High Plantations dengan harga RM2.4 bilion adalah untuk menolong kawan serta menipu Felda.
Saya nak cabar Pak Kadir. Di mana lagi ada peluang untuk membeli 37 peratus kepentingan untuk ladang-ladang sawit yang pokoknya masih muda dengan keluasan 340,000 ekar dengan harga hanya RM2.4 bilion?
Dia kata harga saham Eagle High sekarang sudah jatuh dan Felda kini menanggung kerugian dalam buku sebanyak RM2 bilion yang dia dakwa ini duit peneroka.
Tidak betul juga kerana dana Felda untuk membeli kepentingan Eagle High Plantation ini sebenarnya pinjaman khas dengan kadar faedah rendah dari Kementerian Kewangan.
Walaupun Pak Kadir ada dedah sedikit tentang satu PUT option dalam perjanjian pembelian Felda dengan Eagle High, dia tak beri cerita penuh.
Ini telah didedahkan dalam kertas putih Felda kerajaan PH sendiri bahawa penjual kepentingan Eagle High itu (yang juga orang antara paling kaya di Indonesia) berjanji akan membayar balik seluruh harga pembelian Felda siap dengan faedah enam peratus setahun dalam masa lima tahun jika Felda mahu jual kembali pada masa itu.
Dalam ertikata lain dengan “Put Option” ini, kalau kita tak mahu teruskan pelaburan itu, kita boleh tuntut balik semua wang yang kita bayar bersama dengan faedah enam peratus setiap tahun.
Wang yang kita bayar dahulu juga dipinjam melalui bon dengan kaedah faedah 3.85 peratus.
Ini bermakna, Jika syarikat itu berjaya dan harga sawit memulih, pelaburan ini akan untung lebih banyak.
Sebaliknya, kerajaan masih untung jika kita jual balik kerana faedah yang kita kenakan kepada mereka adalah lebih tinggi dari kos hutang kita.
Dengan “Put Option” ini, berapa harga setiap saham juga tidaklah penting kerana keuntungan kita sentiasa terjamin.
Maka, wang rakyat tetap terpelihara dan kita tidak akan rugi – sekaligus membuktikan tomahan PH bahawa Felda akan rugi dengan membeli Eagle High ialah satu lagi fitnah.
Perlu juga ingat bahawa peluang untuk membeli kepentingan 37 peratus dalam ladang kelapa sawit yang sudah ditanam dengan keluasan 4 kali ganda negara Singapura dengan harga RM2 bilion sahaja bukan senang untuk dicari.
Purata usia pokok-pokok sawit Eagle High ini juga masih muda.
Ada yang belum matang dan ada yang hanya bermula matang.
Oleh itu, pengeluaran hasil dari Eagle High sedang berkembang dengan cepat.
Rugi masa pelaburan belum matang
Tahun 2018 lalu, pengeluaran mereka meningkat 33 peratus. Dan dijangka meningkat lagi tahun ini.
Pada masa hadapan, pengeluaran Eagle High dijangka melebihi pengeluaran FGV.
Pak Kadir ini seolah-olah tak faham bahawa jika meniaga atau membuat pelaburan, kita mesti lihat ke masa hadapan. Bukan kerugian pada masa pelaburan ini belum matang atau sampai masa.
Buat apa nak tipu Felda dengan RM2 bilion (siap ada put option untuk memastikan Felda tak rugi) jika hanya menjual sebahagian dari pelaburan IHH Berhad yang dibina masa saya PM sudah bernilai RM8.42 bilion?
Sudah-sudahlah Pak Kadir. Korang sudah jual berpuluh-puluh bilion Ringgit aset negara yang dibina masa saya PM, sekarang nak tuduh saya “terlebih” bayar RM2 bilion pulak?
Nak tuduh saya rompak berbilion-bilion dari Felda tapi sehingga kini, tiada pemimpin BN termasuk saya didakwa di mahkamah kerana merompak atau “merogol” berbilion-bilion dari Felda pula walaupun kertas putih Felda sudah buat dan kerajaan PH sudah 18 bulan memerintah..
Saya harian kenapa Pak Kadir begitu tertumpu kepada pelaburan RM2.4 bilion untuk kepentingan 37 peratus dalam satu aset yang masih kuat berkembang dan berpotensi besar, siap dengan perjanjian put option yang menjamin Felda hanya boleh untung dan tidak akan rugi.
Tapi dia seolah-olah tidak lihat bahawa kerajaan PH sedang terlebih bayar RM2.82 bilion apabila mereka membayar RM6.2 bilion untuk mengambil-alih 4 lebuhraya tol – iaitu satu aset yang nilainya semakin berkurang setiap tahun kerana konsesi-konsesi mereka akan tamat tidak lama lagi.
Pak Kadir tahu beza tak? Dia tahu meniaga ke
Najib Razak




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/28/kadiaq-mulut-longkang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Pemanis Mulut Untuk Minum Petang

Menu Pemanis Mulut Untuk Minum Petang

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 574 hits
Petang seringkali teringin macam macam makanan yang pastinya manis pemanis mulut tidak dilupai Andai ada tetamu yang bakal menjengah ke rumah boleh hidangkan tetamu dengan menu pemanis mulut yang menyelerakan Mungkin inspirasi kuih muih ber...
Semua Anak Pandai Tengah Marah Panggil Bodoh Keluar Dari Mulut Ibu Jadi Doa

Semua Anak Pandai Tengah Marah Panggil Bodoh Keluar Dari Mulut Ibu Jadi Doa

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 526 hits
Anak anak yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak dilahirkan terus bijak Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk jati diri serta keinginan anak untuk belajar Perhatikan potensi dan tahap kemampuan anak anda dan beri sokongan ke...
Hiburan Cik B Rasa Rendah Diri Dato Vida Buka Mulut Isu Kecaman Gambar Anaknya Jadi Cover Majalah

Hiburan Cik B Rasa Rendah Diri Dato Vida Buka Mulut Isu Kecaman Gambar Anaknya Jadi Cover Majalah

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 658 hits
Walaupun selalunya Cik B lebih gemarkan gaya ringkas dan santai tetapi dia cuba membawa kelainan dengan tampil bergaya dengan solekan tebal sebagai model untuk kulit muka majalah Remaja edisi terbaru ini Rata rata netizen juga telah memuji ...
Kucing Diikat Dibuang Dalam Longkang

Kucing Diikat Dibuang Dalam Longkang

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 281 hits
Kejamnya manusia Dibela bila suka dibuang bila dah kurang kasih sayang Itulah nasib yang menimpa seekor kucing hitam yang hampir mati terbiar di dalam longkang Gambar yang dimuat naik Facebook Dunia Kucing Malaysia pada 22 Oktober lalu meru...
Pasangan Kekasih Lari Pemeriksaan Polis Sebelum Terbabas Ke Dalam Longkang

Pasangan Kekasih Lari Pemeriksaan Polis Sebelum Terbabas Ke Dalam Longkang

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 308 hits
BUTTERWORTH 20 Okt Dua pelajar sebuah pusat latihan kemahiran yang juga pasangan kekasih ditahan kerana melarikan diri daripada pemeriksaan polis sehingga melanggar sebuah motosikal sebelum kereta dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke da...
Terkejut Disergah Polis Saat Tengah Asmara Kereta Pelajar Terbabas Masuk Longkang

Terkejut Disergah Polis Saat Tengah Asmara Kereta Pelajar Terbabas Masuk Longkang

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 435 hits
Dua pelajar sebuah pusat latihan kemahiran yang juga pasangan kekasih ditahan kerana melarikan diri daripada pemeriksaan polis sehingga melanggar sebuah motosikal sebelum kereta dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam longkang dalam ...
Mayat Suspek Cuba Pecah Rumah Di Temui Dalam Longkang

Mayat Suspek Cuba Pecah Rumah Di Temui Dalam Longkang

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 407 hits
KUANTAN Mayat seorang lelaki disyaki terlibat dalam percubaan memecah masuk sebuah rumah ditemukan dalam longkang di Taman Inderapura di sini semalam Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mayat itu ditemui orang awam...
Singgah The Sheep Sanctuary

Welded Fittings The Leak Free Pipe Connections By Unitrade

Din Cendol D Kebun Seksyen 7 Shah Alam Port Makan Chill Dalam Kebun

300 000 Hit By Unscheduled Water Cut In Jb

Bicara Muafakat Siri 15 Rakyat Resah Janji Kosong Muafakat 20 05 2025

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Surat An Nisa Ayat 6 Arti Perkata Dan Tafsir

Many Malaysian Graduates Are Earning Just Enough To Survive Says Report


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pakai Susuk Relevan Atau Tak Zaman Sekarang

Nasi Goreng

Dryer Taking Too Long To Dry Here S What That Means And Who Can Fix It In Okc

Sekumpulan Hacker Malaysia Menyerang Israel

Mangsa Mh17 Sempat Memuat Naik Video Ke Laman Instagramnya

Mh17 Wartawan Rusia Letak Jawatan Kecewa Liputan Berat Sebelah