Terkejut Disergah Polis Saat Tengah Asmara Kereta Pelajar Terbabas Masuk Longkang


Dua pelajar sebuah pusat latihan kemahiran yang juga pasangan kekasih ditahan kerana melarikan diri daripada pemeriksaan polis sehingga melanggar sebuah motosikal sebelum kereta dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam longkang dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLLB), di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, lelaki berumur 19 tahun memandu kereta jenis Perodua Bezza berkenaan sedang berdua-duaan dengan kekasihnya berumur 25 tahun di dalam kenderaan yang diletakkan di laluan kecemasan lebuh raya tersebut.

Loading… “Kereta polis unit rondaan (MPV) yang sedang meronda di kawasan itu berhenti di belakang kenderaan mereka sebelum seorang anggota polis turun dan mengetuk cermin Proton Bezza tersebut untuk membuat pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki yang berada di bahagian tempat duduk pemandu terkejut dengan kehadiran anggota polis itu dan terus bertindak melarikan diri dengan memecut laju keretanya sebelum MPV polis mengejar kenderaan tersebut.
Menurutnya, pemandu Perodua Bezza itu terus memecut dan enggan menghentikan kenderaannya walaupun telah diarahkan untuk berhenti oleh polis sehingga kereta tersebut melanggar palang tol di Plaza Tol Bagan Ajam menghala Sungai Dua.
Noorzainy berkata lelaki itu terus memandu laju dan ketika sampai di Kilometer 11.1 LLLB, kereta tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang seorang lelaki yang berada di laluan sama.
“Kedua-dua kenderaan itu terhumban ke dalam longkang besar di tepi lebuh raya tersebut sebelum mereka diselamatkan oleh polis MPV dan pengguna jalan raya. Penunggang motosikal berusia 28 tahun itu mengalami patah kedua-dua kaki dan dirawat di Hospital Seberang Jaya manakala pasangan kekasih itu tidak mengalami kecederaan dan ujian air kencing mendapati mereka negatif dadah,” katanya.
Beliau berkata pasangan kekasih yang menuntut di pusat latihan kemahiran di Kedah itu kemudiannya ditahan untuk siasatan menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam perkembangan lain, Noorzainy berkata polis menahan lima remaja lelaki berumur antara 13 dan 18 tahun kerana berlumba haram dan menunggang motosikal secara berbahaya dalam Op Samseng di LLLB awal pagi, hari ini.
Menurutnya dalam operasi bermula pukul 1 pagi itu, polis melakukan pemantauan serta penyamaran di kawasan itu sejak beberapa hari lepas sebelum berjaya mengekori lima remaja tersebut berlumba haram sebelum menahan mereka di hentian Rehat dan Rawat Bagan Ajam.
“Mereka menunggang motosikal secara melulu dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain dengan menduga kelajuan sambil melakukan aksi membongkokkan badan, menundukkan kepala serta aksi zigzag dari Plaza Tol Bagan Ajam menghala ke lampu isyarat Pelabuhan Kontena Butterworth Utara dan kemudian berpatah balik ke arah plaza tol menghala ke Sungai Dua,” katanya.
Beliau berkata empat remaja berusia 13 hingga 16 tahun itu sudah tidak bersekolah manakala seorang lagi rakan mereka merupakan pekerja sebuah restoran dan kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut. — Bernama  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/10/terkejut-disergah-polis-saat-tengah-asmara-kereta-pelajar-terbabas-masuk-longkang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Kekasih Lari Pemeriksaan Polis Sebelum Terbabas Ke Dalam Longkang

Pasangan Kekasih Lari Pemeriksaan Polis Sebelum Terbabas Ke Dalam Longkang

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 320 hits
BUTTERWORTH 20 Okt Dua pelajar sebuah pusat latihan kemahiran yang juga pasangan kekasih ditahan kerana melarikan diri daripada pemeriksaan polis sehingga melanggar sebuah motosikal sebelum kereta dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke da...
Pelantikan Gus Dur Jadi Presiden Saat Indonesia Tengah Terpuruk

Pelantikan Gus Dur Jadi Presiden Saat Indonesia Tengah Terpuruk

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 305 hits
Bangsa Indonesia tengah terpuruk akibat krisis ekonomi 1998 Kondisi politik dalam negeri juga tidak stabil pasca Soeharto dilengserkan sebagai presiden setelah 32 tahun berkuasa
Kejadian Mistis Saat Syuting Film Perempuan Tanah Jahanam Ada Penampakan Masuk Ke Kamera

Kejadian Mistis Saat Syuting Film Perempuan Tanah Jahanam Ada Penampakan Masuk Ke Kamera

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 337 hits
Ada penampakan hantu yang masuk ke dalam film lho Kamu perlu buktiin sendiri deh dengan nonton filmnya langsung
Demo Mahasiswa Bersama Vc Polis Tahan Pelajar Wanita

Demo Mahasiswa Bersama Vc Polis Tahan Pelajar Wanita

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 354 hits
Diterbitkan Hari ini 4 06 petangPolis hari ini menahan seorang pemimpin pelajar wanita yang berdemo di hadapan pintu pagar Universiti Malaya bagi menzahirkan sokongan terhadap Naib Canselor universiti itu Kejadian berlaku pada kira kira jam...
Video Bengang Kereta Kena Clamp Parking Oku Owner Honda Tibai Pak Guard Ditahan Polis

Video Bengang Kereta Kena Clamp Parking Oku Owner Honda Tibai Pak Guard Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 998 hits
Kelakuan seorang lelaki memaki hamun menumbuk dan memukul pengawal keselamatan warga Nepal dengan kayu golf kerana tidak puas hati keretanya dikunci tayar mengundang padah apabila ditahan polis lapor HMetro Dalam kejadian 1 30 tengah hari i...
Habis Tercampak Mama Kat Tengah Jalan Raya Anak Bengang Pemandu Kereta Lari Lepas Rempuh Ibu

Habis Tercampak Mama Kat Tengah Jalan Raya Anak Bengang Pemandu Kereta Lari Lepas Rempuh Ibu

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 485 hits
Kurang ajar itu apa yang dikongsikan oleh seorang gadis mengenai sebuah rakaman kejadian kemalangan yang menimpa ibunya baru baru ini Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Kuching ibu gadis tersebut yang menaiki motosikal dipercay...
Perdana Menteri Berpendapat Polis Trakfik Turut Terpaksa Terbang Jika Kereta Terbang Dijual

Perdana Menteri Berpendapat Polis Trakfik Turut Terpaksa Terbang Jika Kereta Terbang Dijual

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 529 hits
Nampaknya harapan rakyat Malaysia untuk melihat kereta terbang pertama di Malaysia dan di dunia terpaksa ditangguhkan lagi apabila Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi bayangan ianya akan ditangguhkan Sebelum ini ada menteri yang menyataka...
Dap Tidak Harus Masuk Campur Urusan Polis

Dap Tidak Harus Masuk Campur Urusan Polis

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 405 hits
Oleh Ab Jalil Backer Polis telah menangkap dua adun DAP di bawah SOSMA kerana disyaki mempunyai maklumat mengenai rancangan kumpulan pemberontak LTTE melakukan serangan ke atas kedutaaan Sri Lanka di Malaysia Apa yang turut mengejutkan kita...
Van Sekolah Dirempuh Kereta Tujuh Pelajar Tercedera

Van Sekolah Dirempuh Kereta Tujuh Pelajar Tercedera

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 417 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana

Bayam Merah

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Emas Sukan Dunia Hadiah Sempena Hari Kebangsaan Cheong Min

Bot Ronda Filipina Aibkan Tentera Laut China Yang Berlanggar Sesama Sendiri Semasa Mengusirnya