Pasangan Kekasih Lari Pemeriksaan Polis Sebelum Terbabas Ke Dalam Longkang


BUTTERWORTH, 20 Okt (Bernama) — Dua pelajar sebuah pusat latihan kemahiran yang juga pasangan kekasih ditahan kerana melarikan diri daripada pemeriksaan polis sehingga melanggar sebuah motosikal sebelum kereta dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam longkang dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLLB), di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, lelaki berumur 19 tahun memandu kereta jenis Perodua Bezza berkenaan sedang berdua-duaan dengan kekasihnya berumur 25 tahun di dalam kenderaan yang diletakkan di laluan kecemasan lebuh raya tersebut.
“Kereta polis unit rondaan (MPV) yang sedang meronda di kawasan itu berhenti di belakang kenderaan mereka sebelum seorang anggota polis turun dan mengetuk cermin Proton Bezza tersebut untuk membuat pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki yang berada di bahagian tempat duduk pemandu terkejut dengan kehadiran anggota polis itu dan terus bertindak melarikan diri dengan memecut laju keretanya sebelum MPV polis mengejar kenderaan tersebut.
Menurutnya, pemandu Perodua Bezza itu terus memecut dan enggan menghentikan kenderaannya walaupun telah diarahkan untuk berhenti oleh polis sehingga kereta tersebut melanggar palang tol di Plaza Tol Bagan Ajam menghala Sungai Dua.
Noorzainy berkata lelaki itu terus memandu laju dan ketika sampai di Kilometer 11.1 LLLB, kereta tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang seorang lelaki yang berada di laluan sama.
“Kedua-dua kenderaan itu terhumban ke dalam longkang besar di tepi lebuh raya tersebut sebelum mereka diselamatkan oleh polis MPV dan pengguna jalan raya. Penunggang motosikal berusia 28 tahun itu mengalami patah kedua-dua kaki dan dirawat di Hospital Seberang Jaya manakala pasangan kekasih itu tidak mengalami kecederaan dan ujian air kencing mendapati mereka negatif dadah,” katanya.
Beliau berkata pasangan kekasih yang menuntut di pusat latihan kemahiran di Kedah itu kemudiannya ditahan untuk siasatan menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam perkembangan lain, Noorzainy berkata polis menahan lima remaja lelaki berumur antara 13 dan 18 tahun kerana berlumba haram dan menunggang motosikal secara berbahaya dalam Op Samseng di LLLB awal pagi, hari ini.
Menurutnya dalam operasi bermula pukul 1 pagi itu, polis melakukan pemantauan serta penyamaran di kawasan itu sejak beberapa hari lepas sebelum berjaya mengekori lima remaja tersebut berlumba haram sebelum menahan mereka di hentian Rehat dan Rawat Bagan Ajam.
“Mereka menunggang motosikal secara melulu dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain dengan menduga kelajuan sambil melakukan aksi membongkokkan badan, menundukkan kepala serta aksi zigzag dari Plaza Tol Bagan Ajam menghala ke lampu isyarat Pelabuhan Kontena Butterworth Utara dan kemudian berpatah balik ke arah plaza tol menghala ke Sungai Dua,” katanya.
Beliau berkata empat remaja berusia 13 hingga 16 tahun itu sudah tidak bersekolah manakala seorang lagi rakan mereka merupakan pekerja sebuah restoran dan kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/20/pasangan-kekasih-lari-pemeriksaan-polis-sebelum-terbabas-ke-dalam-longkang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkejut Disergah Polis Saat Tengah Asmara Kereta Pelajar Terbabas Masuk Longkang

Terkejut Disergah Polis Saat Tengah Asmara Kereta Pelajar Terbabas Masuk Longkang

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 409 hits
Dua pelajar sebuah pusat latihan kemahiran yang juga pasangan kekasih ditahan kerana melarikan diri daripada pemeriksaan polis sehingga melanggar sebuah motosikal sebelum kereta dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam longkang dalam ...
Aksi Akrobatik Pasangan Kekasih Menyebabkan Mereka Dihukum

Aksi Akrobatik Pasangan Kekasih Menyebabkan Mereka Dihukum

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 268 hits
Kisah pilu terjadi keatas pasangan kekasih apabila video mereka melakukan aksi akrobatik ketika memandu tular Aksi berkenaan dipercayai dilakukan ketika memandu dilorong tengah yang dirakam oleh pengguna jalan raya yang lainDipetik dari Met...
Dah Larang Sebelum Ni Tapi 8 Anggota Polis Tentera Ditahan Disyaki Terlibat Penyalahgunaan Dadah

Dah Larang Sebelum Ni Tapi 8 Anggota Polis Tentera Ditahan Disyaki Terlibat Penyalahgunaan Dadah

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 655 hits
Lapan anggota polis termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur awal pagi tadi Kesemua lapan anggota terbabit adalah antara 47 o...
Pasangan Kekasih Warga Afrika Dalang Black Money Ditahan

Pasangan Kekasih Warga Afrika Dalang Black Money Ditahan

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR 14 Okt Seorang lelaki dan wanita warga Afrika ditahan kerana disyaki menjadi dalang sindiket penipuan Black Money dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Taman Ria Taman Gembira di sini pada Selasa Ketua Polis Kuala Lumpur Datu...
Kembali Meringkuk Selepas Lari Dari Penjara Dua Hari Sebelum Dibebaskan

Kembali Meringkuk Selepas Lari Dari Penjara Dua Hari Sebelum Dibebaskan

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 438 hits
MELAKA Berbaki dua hari sebelum dibebaskan seorang pemuda terpaksa kembali meringkuk di tirai besi setahun lagi selepas bertindak cuba melarikan diri diri dari penjara Julai lalu Keputusan itu dibuat oleh majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim...
6 Hal Keuangan Yang Wajib Ditanya Ke Pasangan Sebelum Sah Memang Mau Kena Prank Habis Nikah

6 Hal Keuangan Yang Wajib Ditanya Ke Pasangan Sebelum Sah Memang Mau Kena Prank Habis Nikah

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 283 hits
Yuk kepoin segera sebelum sah di pelaminan habis tunangan Bukannya matre tapi bisa jadi ia yang selalu memberikanmu ini itu ternyata saldo tabungannya kosong Yah kena deh
Saya Nak Jaga Dia Je Pasangan Kekasih Dicekup Di Hotel Disyaki Berkhalwat

Saya Nak Jaga Dia Je Pasangan Kekasih Dicekup Di Hotel Disyaki Berkhalwat

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 230 hits
Seorang lelaki ditahan bersama teman wanitanya di sebuah bilik hotel di Pekan Jitra semalam disyaki berkhalwat Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkat...
Beza Label Guna Sebelum Dan Baik Sebelum Pada Produk Makanan

Beza Label Guna Sebelum Dan Baik Sebelum Pada Produk Makanan

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 864 hits
Beza Label Guna Sebelum dan Baik Sebelum Pada Produk Makanan Satu kemestian beli produk makanan mesti tengok tarikh luput Tapi kalau perasan pada label tu ada beza tulis Guna Sebelum dan Baik Sebelum Apa bezanya Beza Label Guna Sebelum dan ...
Baik Sebelum Atau Guna Sebelum

Baik Sebelum Atau Guna Sebelum

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 934 hits
AssalamualaikumBerkongsi 1 info yang amat berguna dari Fb Dr Kamarul mengenai penjelasan isitilah BAIK SEBELUM dan GUNA SEBELUM vs Tahu tak beza dua istilah ni pada label pek makanan atau minuman Tak tahu GUNA SEBELUM Selepas tarikh yang di...
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Hari Ke 29 Rezeki Datang

Fast Paced Roulette Action Spin Win At 389sports Login

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Bahan Kimia Pengganggu Endokrin Dan Kesuburan Anda

Pn Belum Habis Mengigau

Don Did Chinese Emperor Reveal Pas Hypocrisy Or Newfound Tolerance