Kenaikan Harga Tol Plus Dibekukan 38 Tahun


PUTRAJAYA — Kadar tol bagi pengguna kenderaan persendirian di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dikurangkan 18 peratus bermula seawal 1 Feb 2020, dan sehingga 2058, tiada kenaikan kadar tol akan berlaku.

Loading… Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini berkata keputusan penting berkaitan PLUS, yang turut diputuskan kekal milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), termasuk pengurangan kadar tol dibuat pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 15 Jan lepas.
Sejajar dengan keputusan itu, tempoh konsesi untuk semua lebuh raya PLUS dilanjutkan selama 20 tahun dari 2038 ke 2058 bagi memastikan PLUS mampu menjalankan kegiatan penyelenggaraan dan operasi lebuh raya mereka tanpa bergantung kepada kerajaan, menurut kenyataan itu.
Lebuh raya yang terlibat adalah Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).
Dengan pengurangan sebanyak 18 peratus, kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan sebagai contoh akan berkurang daripada 13.6 sen/km kepada 11.15 sen/km, dan apabila ia dilaksanakan, kadar tol baharu itu lebih rendah daripada kadar tol pada 1999 iaitu 11.24 sen/km.
Sebagai contoh, kadar tol baharu Jalan Duta ke Alor Setar akan ditetapkan pada RM45.50 berbanding RM55.50, manakala kadar tol Jalan Duta ke Skudai menurun kepada RM38.50 daripada RM47 sekarang.
“Tiada sebarang bayaran akan dibuat oleh kerajaan kepada PLUS sebagai timbal balas berikutan pengurangan kadar tol tersebut,” menurut kenyataan PMO itu.
Menurut PMO, walaupun perjanjian konsesi sebelum ini memperuntukkan kenaikan kadar tol secara berperingkat namun keputusan terbaru itu akan memastikan tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat selama 38 tahun iaitu dari 2020 sehingga 2058.
Pejabat Perdana Menteri juga menjelaskan bahawa kerajaan tidak lagi akan menanggung beban membayar pampasan kepada PLUS, dan kerajaan bakal mendapat penjimatan yang dianggarkan RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi tersebut.
“Penjimatan RM42 bilion kini boleh digunakan oleh kerajaan untuk inisiatif-inisiatif yang menguntungkan rakyat,” kata PMO.
PMO berkata PLUS kekal sebagai pengendali dan akan terus memegang aset dan liabiliti syarikat serta mengurus pembiayaan kos operasi dan penyelenggaraan.
Mengenai keputusan Khazanah dan KWSP kekal sebagai pemegang saham PLUS, PMO berkata ia dibuat berdasarkan kajian lebih setahun dan pertimbangan menyeluruh pelbagai pihak termasuk Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
“Jemaah Menteri telah menyemak dan menimbang pelbagai cadangan yang telah dikemukakan, agar dapat memutuskan keputusan terbaik untuk semua pihak, terutamanya rakyat,” katanya.
Pejabat Perdana Menteri berkata kerajaan yakin keputusan tersebut akan memberi banyak manfaat kepada rakyat melalui pengurangan beban kadar tol, dan dalam masa yang sama, membolehkan PLUS untuk terus beroperasi dengan kedudukan kewangan yang baik.
Pelaksanaan pengurangan kadar tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan daripada pemegang saham PLUS, kata PMO.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/01/kenaikan-harga-tol-plus-dibekukan-38-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penurunan 18 Kadar Tol Plus Bermula 1 Februari Ini Lebih Murah Berbanding Tahun 1999

Penurunan 18 Kadar Tol Plus Bermula 1 Februari Ini Lebih Murah Berbanding Tahun 1999

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 620 hits
Sebelum ini ada ura ura mengatakan kerajaan bakal menjual Lebuh Raya PLUS dan sekarang keputusan itu ditangguhkan dan akan kekal menjadi milik Khazanah Nasional dan KWSP Kerajaan turut mengumumkan pengurangan kadar tol sebanyak 18 bermula p...
Diamlah Netizen Konsesi Tol Lanjut 20 Tahun

Diamlah Netizen Konsesi Tol Lanjut 20 Tahun

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 354 hits
Najib Razak berkata kerajaan Pakatan Harapan baru melanjutkan konsesi PLUS Malaysia Berhad selama 20 tahun lagi sehingga 2058 susulan keputusan Kabinet tidak menjual kepentingan dalam pengendali lebuh raya terpanjang di negara ini Bekas per...
Dah 2020 Masih Lagi Harga Sama Macam 10 Tahun Lepas Nabila Huda Bengang Dengan Sikap Produksi

Dah 2020 Masih Lagi Harga Sama Macam 10 Tahun Lepas Nabila Huda Bengang Dengan Sikap Produksi

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 433 hits
Siapa tak bengang bila kita bekerja dan gaji yang ditawarkan tak berubah dan sama seperti kita melakukan kerja pada 10 tahun lepas Situasi ini dialami oleh para pelakon di mana sebelum ini Didie Alias telah meluahkan perasaan kecewa di Inst...
Ph Baru Lanjut Tol Plus Hingga 2058 Kata Najib

Ph Baru Lanjut Tol Plus Hingga 2058 Kata Najib

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 417 hits
Pada 2017 PLUS dilaporkan berkata berdasarkan perjanjian konsesi yang disemak semula pada 2011 kutipan tol dijadualkan berakhir pada 31 Dis 2038 PETALING JAYA Najib Razak berkata kerajaan Pakatan Harapan baru melanjutkan konsesi PLUS Malays...
Tol Turun 18 Peratus Tetapi Dilanjutkan Lagi 20 Tahun

Tol Turun 18 Peratus Tetapi Dilanjutkan Lagi 20 Tahun

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 286 hits
Kadar tol Lebuhraya Plus Malaysia Bhd akan diturunkan 18 peratus tahun ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkannya berkata penurunan itu akan membabitkan semua lebuh raya kendalian PLUS Putrajaya memutuskan bahawa syar...
Plus Guna Teknologi Dron Pantau Pergerakan Trafik Sempena Tahun Baharu Cina

Plus Guna Teknologi Dron Pantau Pergerakan Trafik Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 251 hits
PETALING JAYA 14 Jan Plus Malaysia Berhad akan menggunakan teknologi dron bagi memantau pergerakan trafik di beberapa lokasi yang dikenalpasti di lebuh raya kendaliannya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina kali ini Pengerusinya Datuk Moha...
Jalan Tol Buat Pemudik Gunakan Angkutan Umum Turun Di Libur Natal Dan Tahun Baru

Jalan Tol Buat Pemudik Gunakan Angkutan Umum Turun Di Libur Natal Dan Tahun Baru

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 203 hits
Direktur Perhubungan Darat Kemenhub Budi Setiyadi mengatakan penurunan tersebut disebabkan banyaknya masyarakat yang hendak mencoba jalan tol seperti Trans Jawa dan Trans Sumatera dengan kendaraan pribadi
Ambil Alih Tol Plus Keputusan Minggu Depan Ambil Alih Tol Plus Keputusan Minggu Depan

Ambil Alih Tol Plus Keputusan Minggu Depan Ambil Alih Tol Plus Keputusan Minggu Depan

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 366 hits
Ambil alih tol PLUS Keputusan minggu depanOleh January 09 2020Keputusan sama ada kerajaan akan mengambilalih lebuh raya PLUS Malaysia Bhd bagi mengurangkan kadar tol akan diumumkan minggu hadapanThe Star memetik sumber Kementerian Kerja Ray...
5 Fakta Di Balik Pembatasan Subsidi Elpiji 3 Kg Siap Siap Harga Naik Tengah Tahun

5 Fakta Di Balik Pembatasan Subsidi Elpiji 3 Kg Siap Siap Harga Naik Tengah Tahun

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 251 hits
Pemerintah berencana mencabut subsidi pada elpiji 3 kilogram Harga elpiji 3 Kg diperkirakan akan naik menjadi Rp35 000 dari harga saat ini berkisar Rp18 000 sampai Rp21 000 Harga Elpiji 3 Kg yang saat ini murah karena disubsidi per tabung n...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai