Kadar Pengangguran Pasca Pkp Boleh Cecah 6 5 Kata Badan Pemikir


Sebuah badan pemikir memberi amaran kadar pengangguran boleh mencecah 6.5% pada akhir suku kedua tahun ini.
Dalam taklimat berhubung penunjuk ekonomi suku tahunan, Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERC) yang memetik angka daripada skim insurans pekerjaan kerajaan Perkeso, berkata, 53,952 orang hilang pekerjaan antara Januari dan 4 Julai tahun ini, iaitu mengatasi jumlah keseluruhan tahun lalu.
Angka itu hanya meliputi penyumbang Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso dan tidak mengambil kira 2.7 juta yang bekerja sendiri.
SERC bagaimanapun, berkata dengan tanda-tanda ekonomi kembali pulih secara perlahan, kadar pengangguran akan kembali stabil.
“Itulah sebabnya saya percaya kadar pengangguran kemungkinan akan meningkat hingga suku ketiga,” kata pengarah eksekutif SERC, Lee Heng Guie.
Angka bagi suku kedua belum diterbitkan.
“Ramalannya antara 5.5% dan 6.5%. Kami berharap ia akan kekal pada 5.5%,” tambahnya dengan berkata, kadar pengangguran pada waktu biasa adalah 3.1%. Kadar pengangguran semasa pada suku pertama adalah sebanyak 5%.
Lee berkata, inisiatif pasaran kerja kerajaan, termasuk Program Subsidi Upah dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) berjaya menyelamatkan sekitar 2.7 juta pekerjaan.
Namun katanya, dengan hampir 200,000 orang mendaftar untuk ERP, ini menunjukkan ramai yang hilang pekerjaan.
Lee berkata, wujud keperluan untuk menstabilkan kadar pengangguran bagi memastikan perbelanjaan pengguna berterusan.
“Secara keseluruhan, SERC menjangkakan perbelanjaan persendirian akan perlahan hingga 1.5% pada tahun 2020. Apabila rakyat Malaysia berasa lebih selamat daripada virus dan mempunyai pendapatan yang lebih kukuht, mereka akan mula berbelanja,” tambahnya.
Beliau berkata, orang ramai kini berasa lebih yakin untuk meneruskan semula kehidupan harian mereka, justeru akan meningkatkan perbelanjaan pengguna pada separuh kedua tahun ini.
“Pembelian runcit adalah indikasi utama untuk melihat sama ada kehadiran pengunjung ke pusat membeli-belah utama sudah meningkat.”
Ketika ini katanya, kehadiran di pusat membeli-belah utama adalah sekitar 50% hingga 70%, sementara kadar jualan meningkat sehingga sekitar 40%.
Kira-kira 10% kedai runcit di beberapa pusat membeli-belah pertengahan ditutup.
Lee juga berkata, kestabilan politik dan dasar yang konsisten adalah amat penting untuk menarik pelabur asing dan domestik.
“Bagi pelabur, paling penting adalah kesinambungan dasar dan pembaharuan yang bermakna supaya pelabur mempunyai keyakinan terhadap arah tuju kita.
“Kita mesti hindari dasar yang terumbang-ambing.”
Beliau juga berkata, perlu ada penekanan pada pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI), dan untuk ini berlaku, kejelasan dasar adalah penting.
” Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (Penjana) menggariskanlangkah-langkah yang bermanfaat untuk mendorong FDI dan DDI, terutama industri kecil dan sederhana (IKS).”
Untuk belanjawan akan datang, Lee berkata, beliau berharap kerajaan akan mempertimbangkan insentif seperti menurunkan cukai korporat dari 24% ke 22%, dan dari 17% ke 15% untuk IKS, serta meningkatkan insentif dan elaun untuk pelaburan.
FMT
The post Kadar pengangguran pasca PKP boleh cecah 6.5%, kata badan pemikir appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/09/kadar-pengangguran-pasca-pkp-boleh-cecah-6-5-kata-badan-pemikir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja Kilang Menambah Susu Badan Kurang Ketika Boleh Puasa

Kerja Kilang Menambah Susu Badan Kurang Ketika Boleh Puasa

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 403 hits
Kerja Kilang Menambah Susu Badan Kurang Ketika Boleh PuasaKerja Kilang Menambah Susu Badan Kurang Ketika Boleh Puasa Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak dan bekerja di kilang swasta Setiap hari saya bekerja dari jam 8 pagi sehingga 5 pet...
10 Persediaan Ibubapa Dan Anak Sebelum Kembali Ke Sekolah Pasca Pkp

10 Persediaan Ibubapa Dan Anak Sebelum Kembali Ke Sekolah Pasca Pkp

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 771 hits
Sekolah kembali dibuka setelah berbulan lamanya ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Berakhirnya satu penantian terutama buat ibubapa yang mempunyai anak anak yang masih bersekolah Dan mungkin sebilangan anak anak yang sud...
Dr M Kata Pemimpin Parti Melayu Saja Boleh Jadi Pm

Dr M Kata Pemimpin Parti Melayu Saja Boleh Jadi Pm

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 461 hits
PM 6 bulan Katakan lah Mahathir jadi PM 6 bulan Beliau bentuk kabinetnya Baru menteri basuh kaki masuk opis sempat mkn gaji 6 bulan kononnya Anwar pula jadi PM Anwar pula bentuk Kabinet baru Ertinya sepanjang tempuh 6 bulan itu PM tak boleh...
Pkp Boleh Diisytiharkan Tidak Sah

Pkp Boleh Diisytiharkan Tidak Sah

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 314 hits
MOHD ALI HASHIM Sepanjang perjuangan rakyat dan negara melawan penularan pandemik wabak Covid 19 kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020 sehinggakan Parlimen yang sepatutnya bersidang pada 18 Mei 2020 hanya...
Payung Gergasi Boleh Memayungi Seluruh Badan

Payung Gergasi Boleh Memayungi Seluruh Badan

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 281 hits
Saat hujan lebat dan diiringi dengan angin kencang terkadang payung biasa tidak cukup untuk menjaga tubuh yang kering Untuk menjaga tubuh tetap tertutup payung anti hujan ini pertama kali dilihat di Jepun Payung moden ini nampak seperti 5 p...
Umno Kata Dr Latif Contoh Mp Yang Boleh Djual Beli

Umno Kata Dr Latif Contoh Mp Yang Boleh Djual Beli

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 378 hits
Umno kata Dr Latif contoh MP yang boleh djual beliUmno menyifatkan Menteri Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latif Mohamad adalah contoh Ahli Parlimen yang boleh dijual beli Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Umno Bahagian Mersing Mohd Youzaimi Yus...
Adakah Makan Malam Boleh Menggemukkan Badan

Adakah Makan Malam Boleh Menggemukkan Badan

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 435 hits
Tahukah anda bahawa Malaysia telah menjadi salah satu daripada negara yang mempunyai ramai penduduk obesiti Adakah Makan Malam Boleh Menggemukkan Badan Credit Pic Menurut kajian yang dijalankan pada 2015 di negara kita setiap seorang daripa...
Dr Mahathir Boleh Kerjasama Dengan Kerajaan Jika Blok Bebas Kata Annuar

Dr Mahathir Boleh Kerjasama Dengan Kerajaan Jika Blok Bebas Kata Annuar

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 385 hits
July 11 2020 4 47 PMMenteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata berbeza dengan pembangkang Dr Mahathir Mohamad akan bersama sama kerajaan dalam isu nasional dan kepentingan rakyat KUALA LUMPUR Annuar Musa menyambut baik keputusan Dr Mah...
Mahalnya Nilai Lidah Kita Apa Yang Kita Kata Nanti Boleh Jadi Doa

Mahalnya Nilai Lidah Kita Apa Yang Kita Kata Nanti Boleh Jadi Doa

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 671 hits
hi semua mahalnya nilai lidah kita apa yang kita kata nanti boleh jadi doa Sebabtu mungkin kenapa lidah kita ni Allah pagarkan dengan gigi dan bibir Kot kot kalau tanpa gigi lidah ni mungkin suka ke kiri ke kanan ke atas ke bawah dan ditamb...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi

Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan