Adakah Makan Malam Boleh Menggemukkan Badan



Tahukah anda bahawa Malaysia telah menjadi salah satu daripada negara yang mempunyai ramai penduduk obesiti? 

Adakah Makan Malam Boleh Menggemukkan Badan?
Credit Pic : SUMBER
Menurut kajian yang dijalankan pada 2015 di negara kita, setiap seorang daripada dua individu dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. 

Adakah Makan Malam Boleh Menggemukkan Badan?
Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan untuk membendung permasalahan ini? Jawapannya, mungkin berkaitan dengan waktu makan kita. Jom ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut. 

Apa kaitan waktu makan dengan berat badan?

Menurut kajian yang dilakukan oleh The Obesity Society, pengawalan waktu makan mampu mempengaruhi berat badan kita dengan mengurangkan selera selain membakar lebih kalori. 

Contoh caranya adalah dengan berpuasa secara berselang-seli atau mengambil makanan pada waktu yang lebih cepat. Ini merupakan kajian pertama yang membuktikan bahawa waktu makan individu akan memberi kesan kepada tenaga dan metabolisma.

Menurut Eric Ravussin yang merupakan salah seorang pengkaji dan Pengarah Eksekutif bagi Louisiana State University’s Pennington Biomedical Research Center di Baton Rouge, strategi pengawalan waktu makan mengikut ritma sirkadian, suatu ritma dalaman hidupan yang sentiasa berjalan mengikut kitaran 24 jam merupakan strategi yang berkuasa untuk mengurangkan selera dan memperbaiki kesihatan metabolisma.

Manakala menurut Courtney M. Peterson yang merupakan ketua pengkaji dan pembantu profesor di Department of Nutrition Sciences at the University of Alabama di Birmingham pula, majoriti daripada individu mendapati bahawa strategi pengawalan waktu makan adalah sangat membantu dalam mengawal berat badan mereka kerana strategi ini secara semula jadinya akan mengurangkan selera sekali gus membuat individu mengambil makanan lebih sedikit.

Menurut para pengkaji, strategi pengawalan waktu makan akan membantu individu membakar lebih banyak kalori lemak secara purata dalam sistem 24 jam. Early Time-Restricted Feeding (eTRF), atau makan makan malam pada waktu tengah hari, akan membantu menukar keupayaan individu daripada membakar karbohidrat untuk tenaga kepada membakar lemak untuk tenaga, yang merupakan aspek metabolisma yang dikenali sebagai fleksibiliti metabolisma.

Walau bagaimanapun, kajian ini hanya merupakan sebuah kajian awal yang memerlukan kajian lanjutan berkenaannya. Sama ada strategi ini akan membantu individu hilang lemak dalam badan perlu diuji dalam tempoh kajian yang lebih panjang.

Kajian ini meneliti seramai 11 lelaki dan wanita dewasa yang mengalami berat badan berlebihan. Peserta kajian ini direkrut antara November 2014 sehingga Ogos 2016. Mereka dipilih berdasarkan kesihatan umum yang baik, berusia 20 hingga 45 tahun, mempunyai BMI antara 25 hingga 35 kg/m2, mempunyai berat badan antara 68 hingga 100 kg, mengamalkan waktu tidur antara pukul 9:30 malam hingga 12:00 pagi dan untuk wanita, mempunyai kitaran haid yang normal.

Peserta kajian akan mencuba dua strategi waktu makan yang berbeza secara rawak. Strategi pertama adalah pengawalan waktu makan di mana peserta akan makan 3 sajian sepanjang tempoh 12 jam dengan sarapan pada 8:00 pagi dan makan malam pada 8:00 malam. Strategi kedua pula adalah eTRF di mana peserta akan makan 3 sajian sepanjang tempoh 6 jam dengan sarapan pada 8:00 pagi dan makan malam pada 2:00 petang. 

Amaun dan jenis makanan adalah sama sahaja bagi kedua-dua strategi ini. Maksudnya di sini, waktu berpuasa bagi strategi pengawalan waktu makan adalah 12 jam sehari manakala strategi eTRF adalah 18 jam sehari. 

Peserta kajian akan mengikut strategi ini selama 4 hari. Pada hari ke 4, para pengkaji akan meneliti kadar metabolisma bagi setiap peserta dengan meletakkan mereka dalam sebuah bilik menggunakan peralatan yang boleh menyukat sebanyak mana kalori, karbohidrat, lemak dan protein yang dibakar. Pengkaji juga akan meneliti selera peserta bagi setiap tiga jam mereka berjaga serta hormon lapar bagi setiap pagi dan petang.

Meskipun eTRF tidak akan memberi kesan yang signifikan terhadap kalori yang dibakar, pengkaji mendapati bahawa eTRF akan menurunkan hormon lapar, ghrelin dan memperbaiki aspek selera. Ia juga akan meningkatkan pembakaran lemak dalam masa 24 jam.

Menurut Hollie Raynoe yang merupakan seorang profesor Department of Nutrition, College of Education, Health, and Human Sciences di The University of Tennessee, Knoxville, kajian ini sangat membantu memberi informasi tentang bagaimana pengawalan waktu makan adalah sangat penting dalam pengawalan berat badan, bukan sekadar apa yang anda ambil sahaja.

Para pengkaji menyimpulkan bahawa kajian ini dapat membantu individu di luar sana memahami kaitan pengawalan waktu makan akan membantu pengawalan berat badan dengan membakar lebih kalori serta mengurangkan selera. Kajian pada tikus makmal telah membuktikannya namun kajian lanjut terhadap manusia perlu dijalankan. 

SUMBER

Baca Juga : Kenapa Cap Jari Semua Orang Tidak Sama?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2020/07/adakah-makan-malam-boleh-menggemukkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Ke Makan Kismis Boleh Membuatkan Anak Menjadi Bijak

Betul Ke Makan Kismis Boleh Membuatkan Anak Menjadi Bijak

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 516 hits
Anda mesti pernah dimomokkan dengan ungkapan Bagilah anak makan kismis baru anak bijak Tapi realitinya adakah ia betul Dan bagaimana pula dari aspek kandungan nutrisinya Teruskan membaca perkongsian artikel ini Betul Ke Makan Kismis Boleh M...
Adakah Orang Tua Yang Tiada Parti Boleh Tentukan Arah Tuju Ph Masa Untuk Kita Pertahankan Ph

Adakah Orang Tua Yang Tiada Parti Boleh Tentukan Arah Tuju Ph Masa Untuk Kita Pertahankan Ph

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 267 hits
Nampaknya kita di bawah yang masih sayangkan PH harus menggandakan usaha di dalam pertempuran dengan orang tua yang bernama Mahathir ini Tingkah lakunya semakin melampau dan meloyakan Tindakan beliau mengheret Dap dan Amanah untuk berpakat ...
Ltte Adakah Sebab Mereka Dap Saya Tak Boleh Sentuh

Ltte Adakah Sebab Mereka Dap Saya Tak Boleh Sentuh

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 292 hits
SUARA MERDEKA KETUA Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay melahirkan kekesalan berkaitan kes melibatkan kumpulan yang disyaki berkaitan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam yang ditahan sebelum ini Ketika itu Ayob Khan merupakan Ket...
4 Sebab Jangan Makan Lewat Malam Ada Kaitan Dengan Jantung Betul Ke

4 Sebab Jangan Makan Lewat Malam Ada Kaitan Dengan Jantung Betul Ke

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 454 hits
Ramai individu yang sedang gigih berusaha untuk menurunkan berat badan Antara pantang larang yang diamalkan adalah jangan makan malam atau lebih tepat lagi makan lewat malam Ya petua yang diamalkan oleh golongan ini wajar juga dipraktikkan ...
Resepi Rasam Telur Selain Sedap Di Makan Ianya Juga Boleh Kuatkan Antibodi

Resepi Rasam Telur Selain Sedap Di Makan Ianya Juga Boleh Kuatkan Antibodi

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 881 hits
Resepi Rasam Telur Selain Sedap Di Makan Ianya Juga Boleh Kuatkan AntibodiRasam telur pernah makan Katanya boleh kuatkan antibodi badan kalau demam selesema
Gogopot Delivery Di Mana Mana Boleh Makan Steamboat Dan Grill

Gogopot Delivery Di Mana Mana Boleh Makan Steamboat Dan Grill

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 665 hits
Hi Korang Boleh plak sekarang ni musim hujan petang ek rasenya mostly area Klang Valley dan Selangor je kot bile kak lily tepon mak kat Melaka dia cakap ujan apo Semedang panas terik je hah kipas asyik bukak full sampai rasanye nak pasang a...
Makan Malam Nasi Goreng Seafood Yang Sedap

Makan Malam Nasi Goreng Seafood Yang Sedap

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 656 hits
Makan Malam Nasi Goreng Seafood Yang Sedap Malam ini kami sekeluarga makan di luar sebab kat rumah dah kehabisan stok lauk Tengok freezer kosong je maka kenalah isi perut tumpang dapur orang lain Hehe Sebelum makan malam kami singgah Maslee...
Resepi Laksa Tumis Boleh Makan Sampai Kenyang

Resepi Laksa Tumis Boleh Makan Sampai Kenyang

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 503 hits
RESEPI LAKSA TUMIS BOLEH MAKAN SAMPAI KENYANGSaya buat laksa tumis sedap sangat sangat saya guna ikan udang dan ayam Kalau nak guna sejenis saja pun boleh
Koyak Bahagian Berkulat Yang Elok Bagi Anak Makan Roti Expired Boleh Buat Anak Demam Panas

Koyak Bahagian Berkulat Yang Elok Bagi Anak Makan Roti Expired Boleh Buat Anak Demam Panas

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 786 hits
Roti yang dibeli kemudian tidak dihabiskan sebelum tarikh luput adalah perkara biasa Biasanya sehari dua selepas tarikh luput permukaan roti masih elok dan boleh dimakan Tetapi ada juga keadaan di mana permukaannya sudah mula ditumbuhi kula...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama

Aaliyah Massaid Umumkan Hamil Anak Pertama Tepis Gosip Miring Di Awal Pernikahan

Mihun Goreng Melimpah