Kadar Kematian Akibat Covid 19 Meningkat Tetapi Kj Kata Ia Lebih Rendah Berbanding Gelombang Varian Delta


Kadar kematian akibat Covid-19 meningkat, tetapi KJ kata ia lebih rendah berbanding gelombang varian Delta



Kadar kematian akibat Covid-19 kembali meningkat, namun ia dilihat lebih rendah berbanding ketika negara berhadapan gelombang varian Delta, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.


Beliau menerusi ciapan di Twitter hari ini berkata ini sekali gus membuktikan bahawa, vaksin sangat berkesan melindungi diri daripada kesan buruk Covid-19, seperti kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian.


"Mengapa CFR (kadar kematian kes) semakin turun? Sebab majoriti kes tidak serius. Walaupun jumlah kes naik mendadak, kes serius naik sedikit sahaja. Yang terkini, setiap 100,000 kes, 200 yang meninggal dunia," katanya.


Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), 115 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, dengan Johor merekodkan angka tertinggi iaitu 25 kes, diikuti Sabah dengan 24 kes, Selangor (18), masing-masing lapan kes di Kedah dan Negeri Sembilan dan Perak dengan tujuh kes.


Selain itu, enam kes kematian direkodkan masing-masing di Pahang dan Kuala Lumpur, Kelantan (empat), Pulau Pinang (tiga), masing-masing dua di Melaka dan Perlis serta satu kes direkodkan masing-masing, di Sarawak dan Terengganu.


Khairy yang berkongsi carta kematian per 100,000 populasi, mengikut status vaksinasi bagi tempoh 17 Februari hingga 2 Mac, yang menunjukkan kematian bagi individu berusia 80 tahun ke atas dan tidak menerima dos penggalak adalah lebih tinggi berkata, carta berkenaan jelas menunjukkan bahawa dos penggalak dapat melindungi warga emas daripada kematian akibat Covid-19.


"Sebab itu strategi kita sekarang mesti melindungi mereka yang paling berisiko tinggi seperti warga emas.


"Data kematian untuk tahun ini menunjukkan 91 peratus yang meninggal akibat Covid-19, belum ambil dos penggalak atau booster," katanya.


Beliau berkata selain itu, jumlah kes kematian di luar hospital (BID) juga turut meningkat semula dan daripada 113 kes BID yang dianalisa bagi tempoh 5 hingga 21 Februari, hanya sembilan peratus mengetahui mereka telah dijangkiti Covid-19 manakala baki 91 peratus disahkan positif selepas meninggal dunia.


"Sangat penting bagi golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang ada komorbid, serius untuk mendapatkan booster dengan segera.


"Keluarga atau komuniti juga diminta pantau keadaan kesihatan warga emas. Kalau demam atau batuk sikit pun, bawa jumpa doktor. Tolonglah," katanya.


Sumber: Bernama


Sumber: Kadar kematian akibat Covid-19 meningkat, tetapi KJ kata ia lebih rendah berbanding gelombang varian DeltaBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2022/03/kadar-kematian-akibat-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seminggu Ke Depan Jadi Penentu Gelombang Ketiga Covid 19 Begini Kata Kemenkes

Seminggu Ke Depan Jadi Penentu Gelombang Ketiga Covid 19 Begini Kata Kemenkes

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 242 hits
Semoga kasus Covid 19 segera mereda dan kita bisa beraktivitas seperti dulu lagi
Data Menunjukkan Kadar Kematian Pesakit Tanpa Vaksin Lebih Tinggi

Data Menunjukkan Kadar Kematian Pesakit Tanpa Vaksin Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 158 hits
KUALA LUMPUR Kadar kematian pesakit Covid 19 dalam kalangan mereka yang tidak mengambil vaksin adalah jauh lebih tinggi berbanding mereka yang mengambil vaksin lengkap dan mendapat dos penggalak Menurut data Kematian per 100 000 Populasi me...
Negara Kita No 1 Tertinggi Kematian Akibat Covid 19

Negara Kita No 1 Tertinggi Kematian Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 270 hits
HAMDAN TAHANegara kita di asean berada no 1 tertinggi kematian di sebabkan covid 19 Di Asia kita berkongsi dengan Iran Jordan dan Lubnan 4 negara tertinggi jumlah kematian mengikut jumlah penduduk Persoalan saya di mana yang ramai orang ber...
Ibu Que Haidar Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Hasrat Luang Masa Bersama Tak Kesampaian

Ibu Que Haidar Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Hasrat Luang Masa Bersama Tak Kesampaian

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 313 hits
Ibu Que Haidar Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Hasrat Luang Masa Bersama Tak Kesampaian IBU kepada pelakon Que Haidar meninggal akibat Covid 19 kira kira pukul 1 20 pagi Ahad di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu Johor Berkongsi berita se...
Rakyat Tak Perlu Takut Keluar Mengundi Di Prn Johor Walaupun Kes Covid 19 Meningkat Annuar Musa

Rakyat Tak Perlu Takut Keluar Mengundi Di Prn Johor Walaupun Kes Covid 19 Meningkat Annuar Musa

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 200 hits
Rakyat tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor 12 Mac depan walaupun ketika ini berlaku peningkatan kes Covid 19 Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata...
Purata Hujan Lebih Sebulan Dalam 2 Jam Punca Banjir Kilat Kata Menteri

Purata Hujan Lebih Sebulan Dalam 2 Jam Punca Banjir Kilat Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 174 hits
Hujan berkenaan menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi menyebabkan air bertakung di kawasan terjejas kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man PETALING JAYA Hujan lebat me...
Peralatan Asas Yang Perlu Ada Jika Anda Dikuarantin Di Rumah Akibat Covid 19

Peralatan Asas Yang Perlu Ada Jika Anda Dikuarantin Di Rumah Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 213 hits
Oleh kerana sekarang ni ramai yang positif dan kena HSO dikongsikan beberapa perkara yang kena buat bila dah tahu diri sendiri positif Sila kemas kini result positif anda di MySejahtera serta merta 1 Thermometer Siapa yang ada simptom demam...
Pickids Seramai 58 Kanak Kanak Mengalami Kesan Sampingan Akibat Vaksin Covid 19

Pickids Seramai 58 Kanak Kanak Mengalami Kesan Sampingan Akibat Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 206 hits
KUANTAN Seramai 58 kanak kanak mengalami kesan sampingan akibat vaksin COVID 19 sejak Program Imunisasi COVID 19 Kanak kanak dilaksanakan 3 Februari lalu Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kanak kanak terbabit h...
Pelawak Transgender Dorce Gamalama Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Dikebumikan Sebagai Lelaki

Pelawak Transgender Dorce Gamalama Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Dikebumikan Sebagai Lelaki

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 218 hits
Pelawak Transgender Dorce Gamalama Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Dikebumikan Sebagai Lelaki SELEBRITI dan pelawak transgender Indonesia Dorce Gamalama meninggal dunia pada usia 58 tahun akibat Covid 19 Berita duka itu disahkan rakannya He...
How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala