Ibu Que Haidar Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Hasrat Luang Masa Bersama Tak Kesampaian
Ibu Que Haidar Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Hasrat Luang Masa Bersama Tak Kesampaian
IBU kepada pelakon Que Haidar meninggal akibat Covid-19 kira-kira pukul 1.20 pagi Ahad di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu, Johor.
Berkongsi berita sedih itu, Que turut memaklumkan ibunya Allahyarham Rahmah Hussein turut menghidapi penyakit lain seperti kencing manis, masalah jantung dan darah tinggi sejak beberapa tahun lalu.
Hasrat pelakon Que Haidar untuk pulang menemui ibunya hujung bulan ini tidak kesampaian selepas ibunya terlebih dahulu dijemput Ilahi sekitar pukul 1.20 pagi tadi.
Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkongsikan berita sedih tersebut dan turut memaklumkan bahawa arwah ibunya menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, masalah jantung dan darah tinggi sejak beberapa tahun lalu.
“Pagi semalam, kakak hubungi saya memaklumkan keadaan arwah. Mak nazak dan mengadu sakit dada padanya.
“Sebelum itu, arwah alami serangan jantung sebanyak empat kali. Kali pertama, terjadi di rumah adik saya di Pasir Gudang manakala selebihnya di hospital.
“Saya segera pulang ke kampung sendirian memikirkan arwah ibu masih kuat. Malah, ketika itu, abang beritahu jantung emak kembali stabil. Namun ternyata, Allah lebih menyayanginya,”katanya.
Que tiba di HSA kira-kira pukul 6 petang, semalam. Ujarnya, kali terakhir dirinya pulang ke kampung bertemu arwah ibu adalah pada Januari lalu
“Kami sempat luangkan masa bersama dan bawa mak keluar berjalan dan menikmati asam pedas kegemarannya. Saya ingatkan nak pulang ke Johor Bahru bulan ini dan mencuri masa bersamanya.
“Kebetulan, ada kerja di sana namun, saya tidak sempat melunaskan hasrat itu,”katanya.
Pelakon Que Haidar, bersyukur pengurusan jenazah ibunya, Allahyarham Rahmah Hussein berjalan lancar dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak, Kulai, Johor, selepas Zohor hari ini.
Lebih bermakna, dia turut mendapat peluang buat kali terakhir untuk terbabit sama dalam urusan pengebumian insan kesayangannya itu.
“Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk sama-sama kebumikan mak. Hanya Tuhan yang tahu macam mana perasaan saya.
“Moga mak tenang disana,” katanya
Menurut Que, arwah ibunya sudah lama tinggal dengan adik perempuannya di Pasir Gudang.
“Rumah kampung ini pula dah lama diduduki oleh adik lelaki saya dan keluarganya.
“InsyaAllah kami akan buat tahlil malam ini. Namun saya tak pasti akan berada lama di sini kerana esok harus memulakan penggambaran telefilem sulung, Bahalol di Mersing.
“Bagaimanapun alhamdulillah ada seorang lagi pengarah yang bersama saya iaitu Zainorhisham Samudin untuk membantu sekiranya berlaku apa-apa masalah yang tak dapat dielakkan,” katanya.
Allahyarham Rahmah meninggalkan 10 anak dan 27 cucu.-HM
Ibu Que Haidar Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Hasrat Luang Masa Bersama Tak Kesampaian
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor
Mahathir semua ‘taktau’
Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu
Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis
Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya
Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO]
BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
Leissner sogok suami Zeti
Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah
Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]
The post Ibu Que Haidar Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Hasrat Luang Masa Bersama Tak Kesampaian appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/06/ibu-que-haidar-meninggal-dunia-akibat-covid-19-hasrat-luang-masa-bersama-tak-kesampaian/