Kabinet Tanpa Tpm Strategi Baik Untuk Survival Muhyiddin Kata Penganalisis



PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik memuji langkah Muhyiddin Yassin mengecualikan jawatan timbalan perdana menteri daripada Kabinetnya yang disifatkan strategi baik bagi membantu memastikan survival politiknya.

Kamarul Zaman Yusoff daripada Universiti Utara Malaysia berkata, pemilihan calon daripada mana-mana parti komponen Perikatan Nasional untuk jawatan itu akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kritikan dalam kalangan gabungan berkenaan terhadap Muhyiddin.

“Ada individu daripada Umno dan PPBM yang akan menyasarkan jawatan TPM. Memberinya kepada sebuah parti akan menyebabkan parti lain tidak puas hati,” katanya kepada FMT.

Sebaliknya, beliau berkata, mengosongkan jawatan itu akan memastikan saingan sihat dalam kalangan mereka yang menyasarkan jawatan timbalan perdana menteri selepas tempoh Muhyiddin tamat.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan barisan Kabinetnya yang menyaksikan jumlah timbalan menteri melebihi menteri, iaitu 38 berbanding 32 orang.

Bagaimanapun, Kamarul berkata, ini tidak dapat dielakkan.

“Muhyiddin perlu mendapatkan seramai mungkin ahli Parlimen bagi mengelakkan mereka menyokong blok lain.”

Dengan menambah bilangan menteri dan timbalan menteri dari Malaysia Timur, katanya, Muhyiddin turut memastikan sokongan lebih baik dari Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini melantik 4 menteri penuh dan 3 timbalan menteri dari Malaysia Timur, manakala Muhyiddin pula melantik 6 menteri penuh dan 11 timbalan menteri.

James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania berkata, Kabinet Muhyiddin sama dengan kerajaan lama Barisan Nasional yang lebih ramai daripada PH.

Katanya, Muhyiddin mungkin menunjukkan kesediaannya mencuba “sesuatu yang baru” dengan memperkenalkan menteri kanan bagi menyelaras pelbagai kementerian.

“Sama ada ia akan berhasil atau tidak, kita perlu tunggu dan lihat,” katanya kepada FMT.

Chin berkata, antara “pemenang” terbesar dalam Kabinet Muhyiddin ialah bekas pemimpin PKR yang bersekutu dengan Mohamed Azmin Ali, semua kecuali seorang yang dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri.

Katanya, Rashid Hasnon ialah timbalan speaker Dewan Rakyat, manakala pelantikan Hanifah Hajar Taib, ahli Parlimen Mukah dan anak perempuan Gabenor Sarawak Abdul Taib Mahmud, menunjukkan bekas ketua menteri itu masih “sangat berpengaruh”.

Beliau berkata, komposisi Kabinet itu untuk memastikan survival Muhyiddin dan ia mungkin berubah menjelang pilihan raya umum ke-15 nanti.

Azmi Hassan daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata, pelantikan Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, Fadillah Yusof sebagai seorang daripada 4 menteri kanan menunjukkan Muhyiddin memfokuskan keperluan Sabah dan Sarawak.

“Malah, bagi saya, Sabah dan Sarawak ialah pemenang terbesar. Mereka mempunyai lebih ramai wakil, seorang menteri kanan, seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan portfolio khas untuk hal ehwal Sabah dan Sarawak.”

Katanya, 4 menteri kanan itu ialah cerminan kepada 4 parti yang “membentuk Perikatan Nasional bersama sebagai sebuah kerajaan” dan skala besar Kabinet itu menunjukkan keperluan untuk perkongsian kuasa dalam gabungan berkenaan.

MR :  PN kena kemas strategi untuk hidup lama..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/kabinet-tanpa-tpm-strategi-baik-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blok Umno Diketepi Secara Tidak Adil Dalam Kabinet Muhyiddin Kata Tok Mat

Blok Umno Diketepi Secara Tidak Adil Dalam Kabinet Muhyiddin Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 337 hits
March 13 2020 11 39 PMTimbalan Presiden Umno Mohamad Hasan PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mendakwa ahli Parlimen parti itu sebagai blok terbesar yang membentuk kerajaan baru diketepikan secara tidak adil dalam Kabinet Mu...
Tanpa Tpm Muhyiddin Umum Senarai Kabinet

Tanpa Tpm Muhyiddin Umum Senarai Kabinet

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 307 hits
SHAH ALAM 9 MAC Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan senarai Kabinet baharu di Perdana Putra Putrajaya Tiada jawatan timbalan perdana menteri dalam senarai itu yang diumum selepas mendapat perkenan Yang di Pertuan A...
Lantikan Kabinet Berkaliber Boleh Atasi Tentangan Terhadap Kerajaan Baru Kata Penganalisis

Lantikan Kabinet Berkaliber Boleh Atasi Tentangan Terhadap Kerajaan Baru Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 248 hits
PETALING JAYA Penganalisis percaya tentangan terhadap pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri baru boleh diatasi dengan melantik menteri yang berkaliber dan berkebolehan Pakar geostrategik dari Universiti Teknologi Malaysia Azmi...
Zahid Tidak Mahu Dilantik Dalam Kabinet Muhyiddin

Zahid Tidak Mahu Dilantik Dalam Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 332 hits
Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri untuk tidak dilantik ke sebarang jawatan dalam Kabinet Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Cawangan Umno Bagan Datuk di Dewan Pe...
Gps Terima Lamaran Muhyiddin Setuju Masuk Kabinet

Gps Terima Lamaran Muhyiddin Setuju Masuk Kabinet

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 394 hits
Gabungan Parti Sarawak bersetuju untuk menyertai Kabinet Kerajaan Persekutuan yang akan dibentuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg bagaimanapun berkata pihaknya mahu Kerajaan Pers...
Okt Minta Okt Dimasukkan Dalam Kabinet Muhyiddin

Okt Minta Okt Dimasukkan Dalam Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 189 hits
Beberapa pemimpin Umno negeri menyarankan agar presiden mereka Ahmad Zahid Hamidi diberi tempat dalam kabinet ketika ia masih belum ditentukan selepas lebih seminggu Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Hari ini Penger...
Penganalisis Strategi Dr M Ph Masih Di Peringkat Awal

Penganalisis Strategi Dr M Ph Masih Di Peringkat Awal

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 174 hits
BERITAPenganalisis politik Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata masih terlalu awal untuk menjangka strategi Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan minggu lalu Katanya apa yang boleh dilihat kini Dr Mah...
Ku Li Disebut Sebut Bakal Menteri Kanan Kabinet Muhyiddin

Ku Li Disebut Sebut Bakal Menteri Kanan Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 744 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali Ku Li disebut sebut bakal menjadi menteri kanan dalam Kabinet Perikatan Nasional Sebuah page Facebook Friends Of Najib Razak mendakwa pelantikan itu diterima ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai