Lantikan Kabinet Berkaliber Boleh Atasi Tentangan Terhadap Kerajaan Baru Kata Penganalisis

PETALING JAYA: Penganalisis percaya tentangan terhadap pelantikan  Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri baru boleh diatasi dengan  melantik menteri yang berkaliber dan berkebolehan. 
Pakar geostrategik dari Universiti Teknologi Malaysia Azmi Hassan  berkata, walaupun pelantikan beliau sebagai perdana menteri ke-8 tidak  bercanggah dengan mana-mana peruntukan perlembagaan persekutuan, tetapi  wujud persoalan dari segi moral.
 Katanya, lantikan itu dilihat sebagai satu usaha mewujudkan “kerajaan  pintu belakang” kerana masih tiada bukti menunjukkan beliau mendapat  sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat bagi membolehkannya membentuk  kerajaan. 
“Etika dan moralnya jadi persoalan kerana dalam pilihan raya umum  lepas, (rakyat) jelas memilih perdana menteri yang berlainan,” katanya  ketika dihubungi FMT.
      Azmi berkata, Muhyiddin boleh mengurangkan tentangan terhadap  kerajaannya dengan melantik menteri Kabinet yang benar-benar berkaliber  dan berupaya menjalankan tugas dengan baik. 

Azmi HassanKatanya, dengan cara itu, persepsi dan tanggapan negatif mengenai lantikan dan pimpinan kerajaan dapat dihentikan.
 “Berikan juga peluang kepada muka-muka baru untuk menyertai Kabinet kerajaan baru,” katanya.
 Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri ke-8 susulan peletakan  jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada 24 Feb, sekali  gus menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH). 
PH yang anggotai PKR, DAP dan Amanah kemudiannya menyokong Mahathir  untuk dicalonkan semula sebagai perdana menteri, manakala Barisan  Nasional (BN), PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), beberapa bekas ahli  Parlimen PKR serta ahli Parlimen PPBM menyokong Muhyiddin. 
Kedua-dua blok politik tersebut dlihat saling berebut mendapatkan  bilangan wakil rakyat untuk meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa  mereka mempunyai sokongan majoriti bagimenubuhkan kerajaan baru.
  Namun sehingga kini, blok Muhyiddin dan PH masih belum mempunyai bukti kukuh bilangan wakil rakyat yang menyokong mereka.
MR :  Setuju..
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/lantikan-kabinet-berkaliber-boleh-atasi.html