Penganalisis Strategi Dr M Ph Masih Di Peringkat Awal


Ramieza Wahid
BERITA

Penganalisis politik, Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata masih terlalu awal untuk menjangka strategi Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) minggu lalu.

Katanya, apa yang boleh dilihat kini, Dr Mahathir bersama PH cuba melancarkan serangan balas terhadap Perikatan Nasional yang diketuai perdana menteri, Muhyiddin Yassin dengan meraih sokongan akar umbi dan rakyat.

“Tun (Dr Mahathir) dan sekutu sekarang tengah melancarkan serangan balas iaitu dengan menyatakan kerajaan sekarang adalah kerajaan minoriti dan merosakkan integriti.

“Mereka turut menjelaskan cerita sebenar punca kemelut berlaku waktu mesyuarat Majlis Presiden PH seperti di ceramah umum untuk raih sokongan (rakyat dan ahli parti).

“Masih di peringkat awal, kita tak dapat nak lihat hasilnya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kerajaan PH tumbang susulan tindakan beberapa parti politik, termasuk Bersatu yang diketuai Muhyiddin Yassin dan sekumpulan anggota parlimen dari PKR diketuai Azmin Ali berkumpul di hotel Sheraton pada Ahad, 23 Feb lalu.

Perkara itu berlaku dua hari selepas mesyuarat tertutup Majlis Presiden PH bagi membincangkan peralihan kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Berikutan pertemuan di hotel Sheraton itu, Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu, manakala Bersatu pula membuat keputusan keluar dari PH.
Yang di-Pertuan Agong kemudian melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri sementara.

Dalam tempoh itu, Mahathir mengumumkan hasrat membentuk kerajaan merentasi parti, memaksa PH mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Bagaimanapun PH mengubah semula keputusan dengan menamakan semula Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka.

Bagi menyelesaikan krisis berkenaan, Agong memanggil semua anggota parlimen bagi menentukan siapakah calon perdana menteri yang mendapat sokongan majoriti anggota dewan.

Selepas seminggu pergolakan politik berlaku - dengan sokongan yang berubah-ubah dan kedua-dua pihak saling mendakwa memiliki majoriti - Yang di-Pertuan Agong akhirnya melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan.

Muhyiddin membentuk kerajaan baru dengan mendapat sokongan Umno, PAS, kumpulan Azmin yang keluar dari PKR dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Langkah Muhyiddin itu dianggap sebagai pengkhianatan oleh Dr Mahathir sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan PH dan kembalinya Umno menjadi kerajaan.

Muhyiddin selepas dilantik sebagai perdana menteri berkata beliau tidak mengidam jawatan berkenaan dan hanya mahu menyelamatkan keadaan ekoran krisis politik yang melanda negara.

Usul undi tak percaya harus dilakukan secara teliti

Sementara itu, Prof Kartini Aboo Thalib dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menjelaskan usul undi tidak percaya harus dilaksanakan dengan penuh teliti jika PH mahu menjadi kerajaan semula.

“Rasanya jika PH masih mahu mengadakan undi tidak percaya, mereka harus atur strategi untuk pastikan mendapat undi yang mencukupi sementara dewan rakyat masih tunda.

“Kumpulkan betul MP (anggota parlimen) yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, Anwar berkata usul tersebut akan dibawa oleh anggota parlimen PH dalam sidang Dewan Rakyat kelak, yang kini ditangguhkan sehingga Mei.

Tambahnya, PH bersepakat untuk kembali mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/penganalisis-strategi-dr-m-ph-masih-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabinet Tanpa Tpm Strategi Baik Untuk Survival Muhyiddin Kata Penganalisis

Kabinet Tanpa Tpm Strategi Baik Untuk Survival Muhyiddin Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 257 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik memuji langkah Muhyiddin Yassin mengecualikan jawatan timbalan perdana menteri daripada Kabinetnya yang disifatkan strategi baik bagi membantu memastikan survival politiknya Kamarul Zaman Yusoff da...
Cuba Pisahkan Tempat Tidur Tapi Masih Di Bilik Yang Sama Antara Langkah Awal Sebelum Pisahkan Bilik Tidur Anak

Cuba Pisahkan Tempat Tidur Tapi Masih Di Bilik Yang Sama Antara Langkah Awal Sebelum Pisahkan Bilik Tidur Anak

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 433 hits
Seorang bapa yang sangat prihatin pernah bertanyakan soalan penting Beliau mempunyai anak berumur 5 tahun Anaknya sangat rapat dengannya berbanding ibunya Si bapa ini mahu mendidik anak agar tidur berasingan darinya dan isteri Namun seringk...
Anwar Masih Aset Ph Tetapi Dap Mesti Dikawal Kata Penganalisis

Anwar Masih Aset Ph Tetapi Dap Mesti Dikawal Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 219 hits
Nicholas Chung PETALING JAYA Dua ahli akademik tidak bersedia menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin politik yang gagal selepas partinya hilang kuasa kerajaan persekutuan dengan berkata beliau paling berkemapuan memastikan kelangsungan ...
Masih Awal Untuk Bincang Ruu 355 Kata Wakil Rakyat Pas

Masih Awal Untuk Bincang Ruu 355 Kata Wakil Rakyat Pas

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 258 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen PAS Khairuddin Aman Razali berkata parti Islam itu belum menimbulkan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah atau RUU 3555 kepada gabungan baru Parikatan Nasional kerana masih awal untuk berbuat demikian Ahli Parl...
Ibu Berusia 80 Tahun Yang Masih Rela Jadi Pemulung Di Makassar

Ibu Berusia 80 Tahun Yang Masih Rela Jadi Pemulung Di Makassar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 206 hits
Kesederhanaan kerja keras dan semangat pantang menyerah yang dibalut dengan cinta dan kasih sayang adalah sesuatu yang selalu diajarkan Daeng Bello seorang ibu berusia 80 tahun di Makassar Ia mengajarkan anak anaknya untuk bekerja keras dan...
Tak Rugi Baca Malaysia Masih Berada Dalam Safe Hands 2 Hero Ini

Tak Rugi Baca Malaysia Masih Berada Dalam Safe Hands 2 Hero Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 240 hits
THE KING AND THE CHIEF SERVANT Fenomena yang sedang melanda Malaysia ni dipanggil government formation deadlock Deadlock ni boleh berpunca daripada samada hung parliament
Jam Pulang Kantor Ini Ruas Jalan Jakarta Yang Masih Banjir

Jam Pulang Kantor Ini Ruas Jalan Jakarta Yang Masih Banjir

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 162 hits
Update pukul 17 30 WIB hari ini penutupan masih terjadi di Jalan Tol Jakarta Cikampek Rest Area Km 19 ditutup sementara karena genangan di dalam rest area sekitar 30cm tulis Humas PT Jasa Marga Dwimawan Heru lewat siaran pers diterima Selas...
Tuhan Dah Bagi Amaran Tu Gadis Bersyukur Terlibat Kemalangan Masuk Dalam Lori Tapi Masih Selamat Sebab Pakai Seat Belt

Tuhan Dah Bagi Amaran Tu Gadis Bersyukur Terlibat Kemalangan Masuk Dalam Lori Tapi Masih Selamat Sebab Pakai Seat Belt

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 328 hits
Malang tidak berbau lebih lebih lagi bagi pengguna jalan raya yang sangat berisiko untuk terlibat dalam kemalangan Bagi pemandu kereta bagaimanapun terdapat beberapa elemen keselamatan seperti tali pinggang keledar dan air bag yang bertinda...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii