K Jaan Tidak Jamin Harga Ron95 Tak Naik Harga Pasti Naik Saifuddin Nasution
DECEMBER 10, 2018
Facebook
Kerajaan akan memastikan harga petrol RON95 bagi pengguna yang tidak layak mendapat subsidi bersasar, tidak meningkat dengan margin terlalu besar walaupun harga bahan api itu diapungkan mengikut harga pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata peningkatan dengan margin terlalu besar akan memberi kesan langsung kepada Indeks Harga Pengguna (IHP), sekali gus menyebabkan inflasi meningkat.
"Katakanlah pada hari pertama pelaksanaan nanti, perbezaan harganya 30 sen. Itu kita tidak mahu berlaku.
"Walaupun harus berlaku kenaikan 30 sen, ia harus dilakukan secara berdikit-dikit dalam satu tempoh tertentu contohnya antara enam ke lapan bulan," katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian, di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata kementerian juga mendapatkan panduan daripada Jabatan Statistik yang membuat simulasi impak kenaikan bahan api pada kadar tertentu terhadap kenaikan IHP dalam menetapkan harga bahan api.
Ditanya sama ada penetapan harga minyak akan dibuat secara mingguan atau bulanan seperti yang dilaksanakan kerajaan terdahulu, Saifuddin berkata perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan.
“Sebelum ini diputuskan berdasarkan mingguan. Kami menerima banyak maklum balas daripada pengedar dan syarikat minyak serta orang ramai.
"Oleh itu, kita perlu mengkaji secara menyeluruh untuk menentukan format yang terbaik," katanya.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata hari ini adalah hari terakhir tender terbuka bagi membangunkan sistem subsidi minyak bersasar dan Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan syarikat yang terpilih dalam masa terdekat.
Beliau sebelum ini dilaporkan sebagai berkata tender itu bagi mencadang, mengkaji, mereka bentuk, membangun, membekal, memasang, menguji dan mentauliah serta mengoperasi perkakasan perisian dan aplikasi untuk sistem subsidi minyak secara bersasar bagi petrol RON95 yang dijangka dilaksanakan pada suku kedua 2019. - Bernama
Kesimpulannya, harga petrol RON95 pasti akan naik, bercanggah dengan manifesto PH yang kata nak turunkan harga petrol. Kena kencing lagi rakyat Malaysia!
Sumber: http://www.abuleman.com/2018/12/kjaan-tidak-jamin-harga-ron95-tak-naik.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/kjaan-tidak-jamin-harga-ron95-tak-naik.html